Category: Pelaburan Emas

  • Graf Kenaikan Emas & Perak Januari – Julai 2011

    Graf Kenaikan Emas & Perak Januari – Julai 2011

    Graf Kenaikan Emas & Perak Januari - Julai 2011

    Blog Pelabur Jutawan hari ini berkongsi tentang graf kenaikan harga Emas dan Perak untuk para pelabur yang melabur mulai Januari hingga Julai 2011. Bagi mereka yang masih belum percaya atau sangsi dengan graf kenaikan harga emas dan perak di sini saya kongsikan maklumat terperinci peratus kenaikan harga emas dan perak untuk tempoh sehari, sebulan, tujuh bulan dan satu tahun.
    (more…)

  • Harga emas RM202.57 segram

    Harga emas RM202.57 segram

    Masuk bulan Julai, Saya update sikit berita pasal harga emas. Seperti dijangka, hari ini Berita Harian mengumumkan bahawa komoditi emas akan terus meningkat dan mencecah sehingga RM202.57 segram menjelang 2014. Teruskan bacaan dengan laporan oleh Mahanum Abdul Aziz.

    Graf Kenaikan Emas 2011

    HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global.

    Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.

    (more…)

  • Perbezaan Emas dan Wang Kertas

    Perbezaan Emas dan Wang Kertas

    a

    Wang kertas dan Emas merupakan dua perkara penting yang perlu ada dalam kehidupan seharian. Wang kertas untuk perbelanjaan harian, manakala emas sebagai pelaburan. Wang kertas mempunyai nilainya sendiri yang diistiharkan oleh bank negara. Demikian juga negara-negara lain mengamalkan sistem yang sama.

    (more…)

  • RHB Bank perkenal pajak gadai Ar Rahnu-i

    Bar Emas Public Gold

    Ar Rahnu-i ialah skim pajak gadai Islam yang membolehkan barang kemas diguna pakai sebagai jaminan untuk tunai. Pihak Bank akan menyimpan emas sebagai cagaran dan mengenakan bayaran untuk perkhidmatan penyimpanan. Pihak Bank akan memberi pinjaman kepada Pelanggan dimana jumlah yang diberi akan dinilai berdasarkan harga pasaran emas.

    Jumlah pinjaman yang diberikan walau bagaimanapun, adalah lebih rendah daripada nilai barang kemas bergantung kepada peratusan yang ditentukan oleh Bank dan jenis emas tersebut. Tempoh simpanan barang kemas dan fi ditentukan terlebih dahulu dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak (Bank dan Pelanggan). Pada tempoh matang, jumlah pinjaman mesti dibayar balik kepada Bank dan barang kemas yang digunakan sebagai cagaran akan dikembalikan kepada Pelanggan.

    Tiada faedah akan dikenakan ke atas apa-apa jumlah yang tertunggak. Walau bagaimanapun, jika pinjaman tidak dibayar balik dalam tempoh masa yang dipersetujui, Bank mempunyai hak untuk melelong barang kemas tersebut.

    Ar Rahnu-i RHB Bank layak kepada individu 18 tahun ke atas untuk memajak barang kemas dan Emas 999, 950, 916, 860, 835 dan 750 (tanpa batu permata).

    (more…)

  • Graf Kenaikan Dinar Emas Februari – Jun 2011

    Graf Kenaikan Dinar Emas Februari – Jun 2011

    Graf Kenaikan Dinar Emas Februari - Jun 2011

    Lama tak bercerita tentang pelaburan emas. Sejak duduk saja di Perlis, semua aktiviti sembang emas dihentikan. Tak ada prospek! Okay, mari kita teruskan dengan mengaji satu graf kenaikan dinar emas bagi tempoh Februari 2011 hingga Jun 2011.

    Dalam tempoh lima bulan ini, harga terendah satu dinar emas ialah RM 618 dan harga tertinggi iaitu pada 11 Jun ialah RM 710. Kiraan mudah keuntungan untuk tempoh tersebut ialah RM 710 – RM 618 = RM 92. Tahniah kepada pelabur emas sekalian!

    Suka untuk saya quote daripada entri Pelabur Jutawan tentang kepentingan menyimpan emas, Mahu Simpan Wang Kertas Atau Emas?

    Bayangkan jika pada tahun 2009 dulu, dengan wang RM36,000 itu saya boleh membeli Emas seberat 343 gram (RM36,000 / RM105 (Harga emas segram) = 343g, dan jika saya menjual emas tersebut pada ketika ini saya boleh mendapat tunai sebanyak RM60,711 (343g x RM177/g)!!!

    (more…)

  • Tukar MYR kepada Dinar Emas

    Tukar MYR kepada Dinar Emas

    Selepas menukar matawang US Dolar kepada Ringgit Malaysia, inilah fasa terakhir untuk menjamin wang anda daripada inflasi. Bagaimana? Saya membeli satu dinar emas 4.25 gram 916 karat keluaran Public Gold untuk simpanan.

    Untuk pengetahuan, Public Gold ialah syarikat yang pertama di Malaysia yang diberikan lesen untuk memproses dan menjual emas dan perak di Malaysia selain Maybank dan mereka telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

    Bagaimana membeli dan menyimpan emas dapat menjamin masa depan? Konsepnya emas ialah komoditi yang nilainya akan sentiasa meningkat. Saya ambil contoh satu keping dinar emas dijual pada harga RM600 pada awal 2011. Hari ini selepas empat bulan harganya mencecah RM660. Secara logik, saya sudah untung RM60 berbanding kerugian RM30 apabila menyimpan not dolar Amerika. Anda perlu ingat nilai matawang akan sentiasa susut akibat inflasi!

    P/S: Simpan dinar banyak banyak dah boleh terus buat hantaran perkahwinan nanti :)