Wang kertas dan Emas merupakan dua perkara penting yang perlu ada dalam kehidupan seharian. Wang kertas untuk perbelanjaan harian, manakala emas sebagai pelaburan. Wang kertas mempunyai nilainya sendiri yang diistiharkan oleh bank negara. Demikian juga negara-negara lain mengamalkan sistem yang sama.
Seperti yang kita sedia maklum, wang yang dicetak (kertas atau syiling) oleh setiap negara tidak sama nilainya. Sebagai contoh kuantiti daging lembu yang kita beli dengan RM10 adalah tidak sama dengan kuantiti yang kita perolehi dengan membayar USD10, SGD10 dan AUD10. Tetapi jika emas yang digunapakai sebagai pembelian di mana-mana negara pun, barangan yang kita perolehi itu tetap sama dari segi kuantiti.
Duit kertas yang kita gunakan tidak sah untuk membeli sekilo beras di Amerika. Ini bermakna duit tersebut tidak boleh digunakan melainkan ia ditukarkan dahulu kepada USD. Buat masa ini, RM3.30 boleh ditukarkan kepada USD1. Andaikata nilai duit kita jatuh pada masa akan datang misalnya RM3.30 cuma boleh ditukarkan dengan USD0.50, bukankah ia suatu yang sangat rugi?
Untuk mengelakan kerugian inilah emas mampu menjadi pelindung, ianya kalis inflasi dan nilainya sentiasa tinggi. Berikut adalah ciri-ciri unggul emas.
- Medium pertukaran yang diterima dunia
- Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri
- Wang tanpa sempadan
- Tidak boleh dibinasakan
- Mudah dibahagikan
- Sukar diperolehi/ditiru
- Price to weight ratio yang tinggi
- Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang
Berbanding emas, terdapat beberapa kelemahan penggunaan wang kertas dalam pelaburan atau kehidupan seharian.
- Bernilai kerana disokong kerajaan- jika tiada kerajaan maka tiada nilai (contoh Iraq)
- Ada had sempadan
- Tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik kerana nilainya merosot dalam jangka masa panjang
- Mudah rosak (koyak)
- Jika kemerosotan nilai terlalu tinggi, maka manusia akan menolak terus wang kertas berkenaan (bukti sejarah: Wang pisang Jepun dan Wang kertas Dollar Zimbabwe)
- Nilai wang kertas boleh dicetak sesuka hati menyebabkan ia kehilangan nilai.
Sumber: Amygold 9999
Other articles you might like;
Emas lagi berbaloi!!