≡ Menu

RHB Bank perkenal pajak gadai Ar Rahnu-i

Bar Emas Public Gold

Ar Rahnu-i ialah skim pajak gadai Islam yang membolehkan barang kemas diguna pakai sebagai jaminan untuk tunai. Pihak Bank akan menyimpan emas sebagai cagaran dan mengenakan bayaran untuk perkhidmatan penyimpanan. Pihak Bank akan memberi pinjaman kepada Pelanggan dimana jumlah yang diberi akan dinilai berdasarkan harga pasaran emas.

Jumlah pinjaman yang diberikan walau bagaimanapun, adalah lebih rendah daripada nilai barang kemas bergantung kepada peratusan yang ditentukan oleh Bank dan jenis emas tersebut. Tempoh simpanan barang kemas dan fi ditentukan terlebih dahulu dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak (Bank dan Pelanggan). Pada tempoh matang, jumlah pinjaman mesti dibayar balik kepada Bank dan barang kemas yang digunakan sebagai cagaran akan dikembalikan kepada Pelanggan.

Tiada faedah akan dikenakan ke atas apa-apa jumlah yang tertunggak. Walau bagaimanapun, jika pinjaman tidak dibayar balik dalam tempoh masa yang dipersetujui, Bank mempunyai hak untuk melelong barang kemas tersebut.

Ar Rahnu-i RHB Bank layak kepada individu 18 tahun ke atas untuk memajak barang kemas dan Emas 999, 950, 916, 860, 835 dan 750 (tanpa batu permata).

Margin pinjaman minima ialah RM100 dan pinjaman maksima ialah 70% daripada harga pasaran barang kemas. Harga pasaran berdasarkan jenis emas dipajak.

Tempoh simpanan adalah enam bulan dan tempoh  lanjutan gadaian diberikan dalam gandaan 6 bulan dengan syarat penggadai menjelaskan upah simpan dan lain-lain kos yang masih berbaki. Tempoh maksima sesuatu gadaian adalah 12 bulan.

Penggadai boleh membayar pinjaman ini secara beransur-ansur selama 6 bulan atau menebus semula barang-barang kemas yang digadai secara sekaligus sebelum atau pada tarikh matang bersama-sama dengan upah simpanan.

Buat masa ini, Ar Rahnu-i dibuka di RHB Islamic Bank Kubang Kerian dan Kota Bahru, Kelantan. Maklumat lanjut hubungi RHB Islamic Bank Berhad, Level 11, Menara Yayasan Tun Razak, 200 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Tel: 03 9206 8118 / 082 276 118, Faks: 03 9206 8088 / 082 276 088, Emel: customer_service@rhbbank.com.my, atau di laman web Ar-Rahnu-i RHB Bank.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment