Tukar MYR kepada Dinar Emas

Selepas menukar matawang US Dolar kepada Ringgit Malaysia, inilah fasa terakhir untuk menjamin wang anda daripada inflasi. Bagaimana? Saya membeli satu dinar emas 4.25 gram 916 karat keluaran Public Gold untuk simpanan.

Untuk pengetahuan, Public Gold ialah syarikat yang pertama di Malaysia yang diberikan lesen untuk memproses dan menjual emas dan perak di Malaysia selain Maybank dan mereka telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

Bagaimana membeli dan menyimpan emas dapat menjamin masa depan? Konsepnya emas ialah komoditi yang nilainya akan sentiasa meningkat. Saya ambil contoh satu keping dinar emas dijual pada harga RM600 pada awal 2011. Hari ini selepas empat bulan harganya mencecah RM660. Secara logik, saya sudah untung RM60 berbanding kerugian RM30 apabila menyimpan not dolar Amerika. Anda perlu ingat nilai matawang akan sentiasa susut akibat inflasi!

P/S: Simpan dinar banyak banyak dah boleh terus buat hantaran perkahwinan nanti :)

Comments

10 responses to “Tukar MYR kepada Dinar Emas”

  1. syukri Avatar

    menarik ni.. huhu.. nk try lah..

    1. Adam Roslan Avatar

      Cuba jangan tak cuba ;)

  2. Abyan Avatar
    Abyan

    Hantaran untuk saya ke? :)

  3. zul Avatar
    zul

    saya tinggal di kelantan. kat mane boleh beli dinar or dirham?

    1. Adam Roslan Avatar

      Assalamualaikum.

      Tuan boleh hubungi Zarul (012-3849119) untuk KB. Dia ada rangkaian sekitar Kelantan.

      1. zul Avatar
        zul

        tu agent ke? boleh caya ke? boleh tak beli dr bank?

        1. Adam Roslan Avatar

          Ya agen. Tuan boleh tengok laman web beliau, http://www.danishgold.com.
          Beliau memang buat perniagaan jual beli emas dan dinar di sekitar Kelantan.
          Boleh, contohnya Kijang Emas Maybank. Tapi kelemahan ialah spread untuk jual semula tinggi dan emas tidak boleh calar atau bengkok.

  4. […] Kayanya saya ada RM47,200! Macam macam boleh dibuat dengan duit ini, tapi saya nak simpan. Bolehkah saya terus simpan di bank atau tukarkan kepad kepingan emas? Dalam kes ini, saya akan tukarkan kepada kepingan dinar emas. Bagaimana menukarkan Ringgit Malaysia kepada Dinar Emas? […]

  5. BloggerHowtt Avatar

    Nak tahu info pasal Public Gold

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *