Category: Pelaburan Emas

  • Sikit Sikit Cerita Emas

    Sikit Sikit Cerita Emas

    Kaji kaji balik, dah masuk tengah bulan dua dah. Sepatutnya hidup lebih teraturla, tapi lain pulak yang jadi. Semua sebab kekangan masa, tapi aktiviti tak pernah berkurang. Bertambah lagila. Tambah komitmen dan komited dalam buat kerja.

    Public Gold Bar

    Balik cuti haritu, banyak benda menarik yang boleh dikongsi. Paling menarik ialah menceburi bidang jual beli emas. Cerita emas ini dah lama dengar dengar daripada rakan. Tapi tak pernah pun terdetik untuk cuba membeli atau memiliki emas. Tapi selepas bertemu dengan seorang sifu emas, En Rashid Napiah (laman web Emas Perlis) selepas mengajar beliau membina laman web untuk beberapa perniagaannya, hati saya terbuka.

    Beliau banyak bercerita tentang kepentingan dan kenapa perlu memiliki emas. Tambah beliau, harga emas akan mula melambung tinggi dan wang kertas akan mulai hilang nilainya akibat inflasi. Memiliki emas adalah satu pelaburan yang baik berbanding pelaburan lain seperti Amanah Saham Bumiputra kerana jumlah keuntungan (hasil perbezaaan harga hari terkini dan harga dibeli) sangat tinggi. Jika ASB memberi 8% sebagai bonus dan dividen, pelaburan emas boleh memberikan keuntungan sehingga 30%!

    (more…)

  • Perbezaan Pelaburan ASB dan Emas

    Perbezaan Pelaburan ASB dan Emas

    Assalamualaikum WBT. Walaupun saya pernah beberapa kali membaca artikel berkenaan dengan pelaburan emas di Internet, artikel artikel ini masih belum dapat membuka cerita sebenar tentang pelaburan emas. Seminggu sebelum balik ke Shah Alam, saya dipertemukan dengan seorang Master Dealer Public Gold Negeri Perlis dalam satu sesi pembelajaran laman web. Beliau serba sedikit telah memberi pencerahan tentang kepentingan menyimpan emas fizikal.

    Perbezaan Pelaburan ASB dan Emas

    Apa yang menarik tentang pelaburan emas?

    Konsepnya sama seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) dimana anda mempunyai sejumlah wang kemudian dimasukkan ke dalam ASB. Setahun kemudian, anda akan diberi bonus dan dividen sehingga 8% untuk setiap tahun. Sama seperti emas, anda mempunyai sejumlah wang dan anda gunakan wang tersebut untuk membeli emas. Emas tersebut disimpan atau dipajakkan. Anda akan menerima keuntungan sehingga 30% setiap tahun. Bezanya antara ASB dan Emas ialah peratus keuntungan.

    (more…)