Category: Muzik, Filem & TV

  • (REVIEW) Nur Kasih the Movie

    (REVIEW) Nur Kasih the Movie

    Poster Nur Kasih

    Akhrinya, Adam berkesempatan menonton Nur Kasih the Movie selepas empat hari ditayangkan di pawagam. Sejak diumumkan bahawa Nur Kasih the Series akan difilemkan, sudah ramai yang menaruh harapan yang tinggi terhadap filem ini, selepas mencetuskan fenomena kira-kira dua tahun lepas melalui siri televisyennya.

    Saya yakin sejak ditayangkan, pawagam pasti penuh. Hari ini juga full-house sejak ditayangkan bermula jam 10.30 pagi di Jitra Mall Cinema. Keseluruhan filem ini adalah hebat, daripada segi plot dan skrip yang ditulis oleh Mira Mustaffa.

    Sinopsis

    Nur Kasih The Movie ini adalah kesinambungan daripada drama siri TV popular Nur Kasih. Filem ini adalah selepas lapan tahun kisah didalam drama Nur Kasih berakhir.

    Filem ini dibuka dengan satu kejadian kemalangan yang ngeri berlatarbelakangkan pemandangan padang pasir Jordan yang indah. Kemalangan ngeri yang disaksikan oleh dua orang arab Badwi itu adalah satu permulaan kisah yang menyentuh hati didalam filem Nur Kasih The Movie ini.

    Filem ini kemudian membawa penonton ke Kuala Selangor dimana Nur Amina dan Adam sedang bernostalgia mengimbau kenangan lalu. Satu demi satu cerita terungkap dan dapat diketahui bahawa isteri Aidil, Aliyah telah meninggal dunia.

    Anak Aidil, Ilyas dan Maryam mempunyai personaliti yang berbeza. Ilyas seperti ayahnya Aidil, lebih suka memendam perasaan dan meratapi pemergian ibunya dalam diam dan lebih mengambil berat tentang keadaan ayahnya. Manakala Maryam pula masih terlalu kecil untuk memahami situasi yang berlaku. Aidil melepaskan beban penderitaan batin yang ditanggungnya dalam satu peristiwa yang menyayat hati.

    Adam dan Nur Amina kembali ke Kuala Lumpur dimana mereka menghabiskan masa menjadi sukarelawan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak bermasalah. Tujuannya kerana untuk menghilangkan perasaan rindu terhadap anak-anak kerana telah lama mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata. Di pusat jagaan ini, watak Mamat, Sara, dan Jamal akan mewarnai kisah mereka.

    Apabila mengetahui Nur Amina mengandung, Adam bersyukur kepada Allah, namun takdir menentukan, bayi didalam kandungan Nur Amina keguguran. Kejadian ini membuatkan Adam hilang pertimbangan dan mula berpaling daripada ajaran Allah. Walaubagaimanapun, Aidil berjaya memimpin Adam kembali ke jalan yang benar.

    Adam dan Nur Amina bercadang melawat Mekah dan kemudian menyusul ke Jordan pula. Di Jordan, pasangan ini menemui kedamaian yang dicari, namun Adam kembali dihantui oleh igauan ngeri. Adam sering terbayang Nur Amina akan mati. Adam merasakan bahawa ada satu petanda buruk yang akan berlaku. Keimanan dan kesabaran akan teruji lagi. Adam dan Nur Amina mengalami satu kemalangan dahsyat. Didalam serpihan kemalangan itu, Adam mendapati Nur Amina terbaring kaku. via The Best Films dot Net

    Tema

    Nur Kasih the Movie

    Nur Kasih the Movie mengangkat tema percintaan, keagamaan dan kekeluargaan. Setiap babak yang dipertontonkan tidak terlepas daripada mengaitkan dengan hubungan baik antara keluarga, sikap seorang Muslim yang baik dan kasih sayang antara seorang suami dan isteri serta ibu bapa dan anak-anak.

    (more…)

  • (SINOPSIS) Nur Kasih the Movie

    (SINOPSIS) Nur Kasih the Movie

    (SINOPSIS) Nur Kasih the Movie

    BERKISAR mengenai Adam dan Aidil, dua jasad dari darah yang sama menyimpang jauh dari segi perwatakan. Aidil anak muda penuh pegangan agama manakala Adam penuh dengan jiwa memberontak. Dalam memenuhi wasiat terakhir ayah tercinta, Adam dan Nur Amina dinikahkan dengan penuh meriah tanpa terlihat kesengsaraan yang dilalui Aidil yang dalam diam mencintai Nur Amina sepenuh hati.

    Enam tahun berlalu, Aidil, Adam dan Nur berada di persimpangan kemuncak kehidupan mereka. Aidil kehilangan isteri tercinta, Aliya menyebabkan dia membesarkan dua anak comelnya Ilyas dan Maryam secara sendirian.

    Adam dan Nur pula walau bahagia tapi dalam diam bergelut dengan rontaan apabila masih gagal menimang cahaya mata. Untuk mengisi ruang kosong di hati, mereka menjadi sukarelawan di Pusat Perlindungan Kanak-Kanak Terbiar. Adam juga punya kesinambungan hitam dari kejadian letupan di Mumbai.

    Semua harapan kini bersinar bila Nur disahkan berbadan dua. Namun bencana tidak diundang menimpa dan memisah dua hati ini sekali lagi. Di sinilah konflik Nur Kasih the Movie bermula.

    (more…)

  • Maharaja Lawak 6 – Jambu

    Maharaja Lawak 6 – Jambu

    Maharaja Lawak Jambu

    Rupanya dah masuk minggu ke-6 Maharaja Lawak. Maharaja Lawak sememangnya telah menjadi satu fenomena baru yang mana setiap hari Jumaat, orang ramai akan berkumpul di kedai-kedai makan bersama rakan atau keluarga untuk menonton Maharaja Lawak yang ditayangkan di Astro Warna secara langsung dari Studio Soundstage Finas, Ampang.

    Pada minggu ini ialah Jozan masih mengungguli carta diikuti dengan Jambu, dan Amir di tangga tercorot. Selepas berakhirnya persembahan minggu ke-6, kesemua tujuh peserta masih lagi bertahan dalam persaingan merebut takhta Maharaja Lawak selepas Jihan disingkirkan pada minggu ke-5.

    (more…)

  • (Reviu) Penunggu Istana

    Pada Februari 2009, kru sebuah produksi TV yang menjalani penggambaran untuk siri drama Warkah Terakhir mengalami pengalaman yang ngeri dan dahsyat.

    Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri itu bagi menyiasat perkara sebenarnya yang berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah Warkah Terakhir).

    Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama tujuh hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti kewujudan kuasa misteri.  Segala tindak balas atau perkara yang berlaku ketika penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.

    Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari mereka tidak berseorangan, malah ditemani oleh penghuni yang lama menetap di istana itu – sejak hari pertama mereka di situ.

    Melalui temubual, kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat khas yang lain, terdapat imej yang ganjil dan menyeramkan ditemui di sebalik misteri tinggalan istana lama ini. (Berita Harian, 2011)

    (more…)

  • Reviu Rango: Siapa Diriku?

    Satu sebab kenapa saya tak berapa suka nak layan animasi adalah kerana kategori filem animasi adalah dikhususkan kepada kanak-kanak. Lagi lagi bila Nickelodeon yang buat cerita mesti ada satu tanggapan tak sehebat Pixar. Tapi harini saya terpaksa rela mengikut rakan-rakan menonton Rango. Sesudah cerita, memang saya tak menyesal kerana menonton filem ini.

    Filem ini mengisahkan seekor sumpah-sumpah yang hidupnya terkurung dalam kotak cermin (akuarium). Dia mempunyai krisis identiti dan sering tidak yakin dengan dirinya sendiri.

    Sinopsis

    Pada suatu hari dia dibawa bercuti oleh tuannya. Tiba tiba kenderaan mereka terlanggar seekor tenggiling dan mengakibatkan Rango dan akuariumnya terpelanting daripada kereta. Di situ bermulahlah perjalanan mencari identiti dirinya yang sebenar.

    Dia bertemu dengan tenggiling yang dilanggar kereta tuannya yang meminta tolong membawanya ke tepi jalan. Si Tenggiling menyuruh Rango ke sebuah pekan yang dikenali sebagai Dirt. Dalam kembara mencari setitik air, Rango terpaksa menghadapi banyak halangan seperti menjadi buruan burung helang.

    Setibanya di Dirt, Rango yang cuba untuk mencipta identiti baru untuk dirinya menyamar sebagai Roh dari Barat, yang menjadi sanjungan penduduk pekan tersebut. Rango telah mereka beberapa cerita untuk meyakinkan penduduk Dirt tentang kehebatannya. Jadi bermulalah kehidupan Rango sebagai seorang hero di pekan tersebut.

    (more…)