≡ Menu

(SINOPSIS) Nur Kasih the Movie

(SINOPSIS) Nur Kasih the Movie

BERKISAR mengenai Adam dan Aidil, dua jasad dari darah yang sama menyimpang jauh dari segi perwatakan. Aidil anak muda penuh pegangan agama manakala Adam penuh dengan jiwa memberontak. Dalam memenuhi wasiat terakhir ayah tercinta, Adam dan Nur Amina dinikahkan dengan penuh meriah tanpa terlihat kesengsaraan yang dilalui Aidil yang dalam diam mencintai Nur Amina sepenuh hati.

Enam tahun berlalu, Aidil, Adam dan Nur berada di persimpangan kemuncak kehidupan mereka. Aidil kehilangan isteri tercinta, Aliya menyebabkan dia membesarkan dua anak comelnya Ilyas dan Maryam secara sendirian.

Adam dan Nur pula walau bahagia tapi dalam diam bergelut dengan rontaan apabila masih gagal menimang cahaya mata. Untuk mengisi ruang kosong di hati, mereka menjadi sukarelawan di Pusat Perlindungan Kanak-Kanak Terbiar. Adam juga punya kesinambungan hitam dari kejadian letupan di Mumbai.

Semua harapan kini bersinar bila Nur disahkan berbadan dua. Namun bencana tidak diundang menimpa dan memisah dua hati ini sekali lagi. Di sinilah konflik Nur Kasih the Movie bermula.

Sumber: Berita Harian Online

P/S: Meh sama-sama memeriahkan tayangan Nur Kasih the Movie di pawagam di seluruh Malaysia mulai hari ini!

Other articles you might like;

13 comments… add one
  • xidi ,

    Tq adam share sinopsis ni =) sy baca n3 adam sume berinfo..sy follow yer. tq again =) hihi. jmput dtg blog sy & bg support k…kalo suka follow la yer.
    Entri terkini xidi: Part 6- Bahagia!My Profile

    • Terima kasih singgah sini. Saya suka kalau setiap entri ada info sekurangnya orang ada tujuan nak dibaca. Kalau nak tulis pasal peribadi sampai bila pun tak habis, kan ;)

      I follow.

  • shark ,

    xmo tau sinopsis..
    nk tau braper ler kutipan diorg semalam.
    Entri terkini shark: nk menunjuk lagiMy Profile

    • Alamak, tak dapat lagi info ni. Nanti aku cuba calling-calling Khabir, mana tau dah dapat figure kutipan.

  • x sbr nak tgk cerita ni…

    *balas kunjungan..tq ya*

    • Terima kasih daun keladi.

      Kena tengok cepat, sana sini dok bersembang pasal Nur Kasih. Fenomena ni. Dikhabarkan takkan ditayangkan di Astro First. Kena tunggu keluar DVD lah macam tu.

  • icee ,

    em..tak tgk lagi…bila lah nak tgk:)

    • Jom. Order tiket online, nanti sampai panggung tak payah nak beratur. Memang laku Nur Kasih the Movie.

  • tgk trailer je da nampak bes even x ikuti drama Nur Kasih ni dulu ;)

    tak sabar nak balik kursus,..!!!

    • Yeah. Ramai mengaku jalan cerita dia menarik. Kursus dimana tu?

  • hebat promosi diaorg
    Entri terkini Liza @ Adzriel AB: Nilai wang di mata kitaMy Profile

    • Kalau tengok TV3, memang hari hari ada promosi sebab Nur Kasih the Series dapat 19 juta penonton. Naik ranking TV3 tu.

  • alaa….nak tau ending..cer citer
    Entri terkini jungrara: Top 20 Richest IdolMy Profile

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3