Pada Februari 2009, kru sebuah produksi TV yang menjalani penggambaran untuk siri drama Warkah Terakhir mengalami pengalaman yang ngeri dan dahsyat.
Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri itu bagi menyiasat perkara sebenarnya yang berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah Warkah Terakhir).
Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama tujuh hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindak balas atau perkara yang berlaku ketika penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.
Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari mereka tidak berseorangan, malah ditemani oleh penghuni yang lama menetap di istana itu – sejak hari pertama mereka di situ.
Melalui temubual, kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat khas yang lain, terdapat imej yang ganjil dan menyeramkan ditemui di sebalik misteri tinggalan istana lama ini. (Berita Harian, 2011)
Petikan di atas adalah rentetan peristiwa bagaimana sekumpulan pelajar berani untuk turun membuat penggambaran di sebuah istana usang di Papan, Perak Darul Ridzuan. Kisah bermula apabila Mus dan Amar perlu menyiapkan tugasan untuk kursus mereka. Mereka dibantu Sara, Yaya, dan Fira ke Papan, Perak untuk membuat kajian akademik di Istana Billah. Mereka turut dibantu oleh Uncle Seekers dan pembantunya.
Dua hari mereka di sana, mereka telah mendapat satu footage tingkap tertutup. Tetapi, Mus tidak berpuas hati dan membuat keputusan untuk terus berada di sana dan merancang untuk mereka cerita agar kelihatan lebih menakutkan. Semasa membuat lakonan, mereka dikejutkan dengan topeng yang jatuh dari atas meja.
Hari berikutnya mereka menggunakan kemenyan dan tuala wanita yang kotor untuk menyeru penuggu istana tersebut. Pada sebelah malamnya, Amar dimasuki penuggu tersebut. Selang beberapa malam kemudian, Amar sekali lagi dimasuki penunggu tersebut dan bertindak membunuh Mus dan Fira. Cuma Sarah yang terselamat. Apa sebenarnya yang berlaku di pengakhiran cerita?
Cerita terbitan Primeworks Studios ini merupakan percubaan berani oleh penerbit eksekutifnya, Tengku Iesta Tengku Alaudin dalam menerbitkan cerita seram yang lain daripada filem-filem seram sedia ada. Penonton tidak lagi disajikan dengan hantu bayangan orang Melayu seperti pontianak, tetapi cerita berupa dokumentari.
Saya sangat menyokong bagaimana mereka berani untuk memberi nafas baru kepada cerita-cerita seram di Malaysia. Tanpa skrip yang berjela-jela, filem ini cukup lengkap dengan jalan cerita yang hidup. Beberapa teknik fotografi yang digunakan dalam filem ini juga sebenarnya sudah cukup untuk membuatkan saya dan rakan-rakan terkejut dan meremang bulu roma.
Rakaman amatur yang menggunakan empat kamera pegun, berjaya menunjukkan sepenuhnya ruang dalam istana yang mana jalan ceritanya berkisar di dalam istana tersebut. Tahniah!
Other articles you might like;
harap filem melayu terus berkembang :)
betol ke mus n fira di ending cerita ni?
btol2 terjadi ke?