Category: Muzik, Filem & TV

  • Skrip Hikayat Merong Mahawangsa Lemah

    Skrip Hikayat Merong Mahawangsa Lemah

    Semalam, tanggal 10 Mac 2010 industri filem Malaysia menjadi kecoh apabila filem epik Hikayat Merong Mahawangsa yang diarahkan oleh Yusry KRU terbitan KRU Studios mula ditayangkan. Saya masih belum berkesempatan untuk ke panggung bagi menonton filem ini tetapi bunyi-bunyi di Facebook turut mempengaruhi saya untuk terus menonton filem ini. Berikut adalah satu komen yang menarik untuk dikongsi.

    Menurut Shahnon Salleh, pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam, Hikayat Merong Mahawangsa hebat dan bertaraf antarabangsa, namun kelemahan yang paling ketara ialah jalan cerita. Kenyataan ini disokong kuat oleh rakan beliau bahawa Yusry KRU sebagai penulis skrip masih menyalin dan tampal babak daripada filem yang sama genre untuk menjadikan Hikayat Merong Mahawangsa.

    Apa kata anda? Sama-sama kita saksikan kehebatan filem epik ini di pawagam berhampiran!

    Hikayat Merong Mahawangsa

    (more…)

  • Imran Ajmain Hilang Punca

    Nah, Imran Ajmain kembali dengan projek remix, Hilang Punca yang dengan adunan semula lagu Punca dan Tindakan. Remix ini disiapkan oleh produser daripada Singapura dan Malaysia dalam pelbagai versi lagu. Kalau sebelum ini lagu asal dimasukkan dalam playlist untuk tidur, lagu remix boleh didengar ketika trafik jem. Imran Ajmain juga membenarkan anda memuat turun lagu ekslusif ini melalui pautan yang disediakan dalam playlist dibawah.

    Hilang Punca (2011) by Imran Ajmain

  • Trailer: The Mechanic

    Arthur Bishop (Jason Statham) is a ‘mechanic’ – an elite assassin with a strict code and unique talent for cleanly eliminating targets. It’s a job that requires professional perfection and total detachment, and Bishop is the best in the business. But when his mentor and close friend Harry (Donald Sutherland) is murdered, Bishop is anything but detached. His next assignment is self-imposed – he wants those responsible dead.

    (more…)

  • Review Haq: Satu Eksperimentasi

    Review Haq: Satu Eksperimentasi

    Review Filem HaqMula ditayangkan pada 27 Januari 2011, filem aksi tempatan ini sedikit telah membuka mata para pengkaji filem tempatan. Filem terbitan KasehDia Pictures Sdn. Bhd yang diarahkan oleh Jumaatun Azmi dan CL Hor ini mendapat beberapa pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-20.

    Filem ini berkisar tentang Haq (Zul Huzaimy) dan Bad (Adi Putra) yang bersaudara. Bad mencemburui Haq dan telah menyimpan dendam sehingga mereka dewasa.

    Dendam Bad terhadap Haq mula dibalas dengan membunuh ayah Haq, Haji Ibrahim (lakonan Zulkifli Ismail) dan kemudian membuat perancangan lain termasuk menggoda Aina (Raja Farah) untuk kepentingannya. Mak Lang (Fatimah Abu Bakar), ibu kepada Bad turut memainkan peranan untuk membangkitkan mood cerita. Filem ini berakhir apabila Aina dan Zahra lakonan Nanu Baharuddin diculik lalu diselamatkan oleh Haq sebelum mereka berlawan ala-ala Street Fighter.

    Secara keseluruhannya, filem ini berjalan dengan sangat perlahan. Satu babak memakan masa 3-6 minit untuk dihabiskan. Beberapa ayat seperti “You pergi mana, I call you tak jawab” beberapa kali diulang oleh Nanu menjadikan penonton boleh mengagak apa yang akan dikatakan olehnya pada babak seterusnya.

    Filem ini juga boleh dikatakan berjaya dengan kesan khas yang digunakan. Oleh itu saya melabelkan filem ini sebagai satu filem eksperimentasi yang berjaya dari segi kesan khas, sinematografi dan grafik janaan komputer. Kesan futuristik yang cuba ditonjolkan agak keterlaluan! Dari segi jalan cerita, konsepnya sama seperti drama bersiri Ayoub (pernah ditayangkan di TV3 dan saya mengikutinya).
    (more…)

  • Lirik Maher Zain Insya Allah (Melayu)

    Lirik Maher Zain Insya Allah (Melayu)

    Lirik Maher Zain Insya Allah (Melayu)POPULARITI penyanyi kelahiran Lebanon yang mencetus fenomena di seluruh dunia menerusi lagu dakwah sememangnya tidak dapat disangkal. Dalam tempoh yang singkat, gelombang Maher Zain melanda di seluruh dunia dan negara kita turut tidak terlepas terkena tempiasnya.

    Aura pemilik nama Maher Zain lain dari yang lain kerana dia tidak perlu mengejar populariti menerusi kontroversi tetapi sekadar menyampaikan lagu berunsurkan dakwah dalam bentuk kontemporari. – Utusan

    [audio:http://www.adamroslan.com/wp-content/video/Maher Zain Inshaallah (Malay Version).mp3]

    (more…)