≡ Menu

Maharaja Lawak 6 – Jambu

Maharaja Lawak Jambu

Rupanya dah masuk minggu ke-6 Maharaja Lawak. Maharaja Lawak sememangnya telah menjadi satu fenomena baru yang mana setiap hari Jumaat, orang ramai akan berkumpul di kedai-kedai makan bersama rakan atau keluarga untuk menonton Maharaja Lawak yang ditayangkan di Astro Warna secara langsung dari Studio Soundstage Finas, Ampang.

Pada minggu ini ialah Jozan masih mengungguli carta diikuti dengan Jambu, dan Amir di tangga tercorot. Selepas berakhirnya persembahan minggu ke-6, kesemua tujuh peserta masih lagi bertahan dalam persaingan merebut takhta Maharaja Lawak selepas Jihan disingkirkan pada minggu ke-5.

Pada minggu ke-6 ini, Jambu dilihat sebagai duo terhebat di mana berjaya mendapat sorakan paling gemuruh di studio. Lawak mereka mendapat pujian daripada juri dan pada minggu hadapan semua peserta ditugaskan untuk membuat persembahan bertemakan ‘silent comedy’ seperti apa yang dipersembahkan oleh Jambu pada malam semalam.

Keputusan Undian Terkini seperti dalam laman web rasmi Astro Maharaja Lawak 2011 menunjukkan Jozan di tempat pertama dengan 24%, Nabil 20%, Sepah 19%, Jambu 18%, Balas 8%, Man 8% dan Amir 3%.

Other articles you might like;

2 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3