Category: Laman Web

  • Hadiah Hello Bar daripada Liza Razak

    Hadiah Hello Bar daripada Liza Razak

    Entri kali ni berbaur mengampu sikit. Bukanlah. Terima kasih kepada Liza Razak (menulis di www.lizarazak.com) yang sudi menjemput saya menjadi pengguna Hello Bar.

    Liza Razak

    Apa itu Hello Bar? Bar melintang berwarna oren di atas page saya dipanggil Hello Bar. Bar ini masih lagi dalam peringkat percubaan dan pengguna yang berminat untuk menggunakannya mestilah melalui jemputan. Kalau anda berminat nak letak di blog anda, anda boleh mendapatkan invitation daripada saya ataupun Liza Razak.

    Kenapa Hello Bar? Bagi blogger yang sukakan kekemasan atau minimalis, penggunaan Hello Bar sangat sesuai dengan anda. Notifikasi atau pengumuman (termasuk pengiklanan) dapat dipaparkan di sana dan merupakan ayat pertama yang akan pengunjung baca kerana terletak paling atas blog anda.

    (more…)

  • Facebook Dislike: Lagi satu cara hacking

    Facebook Dislike: Lagi satu cara hacking

    Selepas Facebook Securify, hari ini saya didatangi dengan satu lagi mesej daripada rakan-rakan yang sudah terpedaya dengan fungsi terbaru Facebook Dislike Button. Facebook sendiri tidak pernah membuat pengumuman bahawa mereka telah melancarkan Facebook Dislike Button, jadi perkara ini adalah satu cubaan untuk mencuri akaun anda.

    Wall saya dipenuhi dengan beberapa mesej seperti yang berikut, yang dihantar secara diam-diam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah mempunyai kuasa untuk mengawal akaun yang telah dihack.

    Facebook Dislike ButtonSelepas klik Activate Dislike Button, saya dibawa ke laman web “http://lnktrn.ch/dislike/” dan diminta untuk menuruti beberapa langkah sebelum munculnya butang Dislike di Wall saya.

    (more…)

  • Facebook Phishing: Jangan Securify-kan Facebook Anda!

    Facebook Phishing: Jangan Securify-kan Facebook Anda!

    Assalamualaikum WBT. Saya ada terima satu mesej yang ditinggalkan di wall saya tentang perlunya saya perlu ‘Securify’ (mungkin gabungan perkataan Security dan Verify) daripada seorang rakan yang telah dijangkiti virus yang berkaitan. Mesejnya berbunyi, “Securify is a feature that enhances safety of users of Facebook. Please click ‘Securify’ under the comment is to improve the security of your account.”

    Facebook Securify Message

    Lalu saya klik dan saya dibawa ke sebuah laman web yang beralamat di http://yayasan1malaysia.org/securify/, milik Yayasan 1Malaysia. Yayasan 1Malaysia ialah “Yayasan 1Malaysia was established in July 2009 as a non-partisan, independent, and non-profit foundation. The foundation is set up by a group of like-minded Malaysians who are keen to see the concept of 1Malaysia, which is guided by the Federal Constitution, become central in the lives of all Malaysians.” Dianggotai oleh Dr Chandra Muzaffar, Tan Sri Lee Lam Thye, Dato’ Dr. Mahani Zainal Abidin dan nama-nama besar yang lain.

    Facebook Phishing: Securify Yayasan 1MalaysiaModus operandinya sangant mudah, apabila para pengguna klik butang “Log In”, ruang username dan password akan terpapar dan para pengguna akan memasukkan username dan password di ruang sebelum diverify. Selepas diverify, pengguna akan terus dihantar ke laman utama Facebook.

    Sebenarnya, semasa username dan password dimasukkan, proses “Verify” ini menghantar username dan password anda ke database atau ke email yang tidak dikenali. Skrip di bawah menerangkan, apabila +email+ dan +pass+ sudah diisi, arahan di go.php akan menghantar ke email atau ke database.

    Facebook Phishing: Securify Yayasan 1Malaysia

    Pesan saya, sila berhati hati dengan aplikasi seperti ini dan anda tidak perlu risau akan tahap keselamatan Facebook kerana sehingga hari ini adalah terbaik kecuali anda leka dengan mengisi password dan username anda di luar daripada lelaman Facebook.

    Beberapa tips saya kepada anda untuk mengelakkan daripada password dan username anda dicuri,

    • Jangan sesekali login (dengan maksud lain letakkan username dan password Facebook anda) di URL selain daripada Facebook.com (rujuk gambar di atas, anda telah memasukkan username dan password di URL www.yayasan1malaysia.org, bukannya Facebook.com).
    • Pastikan anda log-out selepas anda selesai sesi bersosial di Facebook kerana kelalaian anda akan membawa padah.
    • Jangan sesekali ‘Remember Me’ jika anda menggunakan komputer yang dikongsi (seperti perpustakaan atau siber kafe) kerana orang lain boleh retrieve password anda.

    (more…)

  • Jalankan RefererX dengan VPSLand

    Menjalankan RefererX (dikenali sebagai RX) di PC atau laptop sendiri semestinya suatu yang memeritkan dan sedikit leceh bagi yang banyak kerja-kerja lain di luar. Saya sendiri pada awalnya menggunakan kaedah online untuk jalankan RX. Hal ini memerlukan saya untuk berada di depan komputer pada masa-masa tertentu dan biarkan laptop saya untuk beberapa tempoh untuk menghabiskan database.

    Sebagai alternatif, saya telah mendaftar akaun VPS di VPS Land. Apa kelebihan saya menjalankan RX di VPS?

    1. Saya cuma perlu log in ke VPS dan run RX. Kemudian log out dan biarkan RX berjalan. Saya dapat jimatkan tenaga elektrik dan biarkan VPS menjalankan kerjanya.
    2. Memandangkan mesin saya ini dari keluarga Macbook, saya risau mesin saya ini cepat panas. Selepas menggunakan VPS, saya tidak lagi perlu risau kerana Macbook hanya digunakan untuk login ke VPS sahaja ;)
    3. Anda tidak perlu risau Windows crash kerana beroperasi dengan Windows Server 2008, 512MB RAM.

    Kos bulanan untuk menyewa VPS ialah sekitar USD18 sebulan atau RM54.00 sebulan. Klik sini untuk mendaftar atau melihat pakej yang ditawarkan!

    Klik untuk Mendaftar di VPS Land!

  • Jana Pendapatan melalui Pay per Click

    Ramai kenalan yang tanya saya, macam mana sebenarnya saya buat duit di Internet. Walaupun ada 1001 cara untuk anda menjana pendapatan melalui Internet, tapi sehinga hari ini saya masih fokus kepada yang satu ini. Internet adalah medium yang paling luas dan tanpa batasan untuk anda mula menjana laman pendapatan sampingan, tapi hari ini sudah ramai yang menjadikan pendapatan daripada Internet sebagai pendapatan utama!

    Okay, mari saya cerita sedikit tentang program Pay Per Click (PPC). Menurut Wikipedia, PPC boleh didefinisikan sebagai,

    Pay per click (PPC) is an Internet advertising model used on websites, where advertisers pay their host only when their ad is clicked. With search engines, advertisers typically bid on keyword phrases relevant to their target market. Content sites commonly charge a fixed price per click rather than use a bidding system.

    Cost per click (CPC) is the sum paid by an advertiser to search engines and other Internet publishers for a single click on their advertisement which directs one visitor to the advertiser’s website.

    (more…)

  • Spammers Semakin Bijak!

    Spammers Semakin Bijak!

    Adam baru selesai membaca sebuah entri daripada Saudara Anarm bertajuk Tolong hentikan hantar email spam! di blog beliau. Di sana, beliau ada kongsikan tips untuk mengelakkan daripada anda dispam melalui e-mel. Salah satu cara yang popular kita gunakan untuk elak alamat e-mel kira daripada dikesan oleh spambot atau mailcrawler ialah menggantikan tanda ‘@’ dengan [at] atau [@]. Rasanya, kaedah ini sudah lapuk dan dengan mudah dikesan oleh mail crawler ini juga. Untuk tips lain, anda boleh terus ke laman blognya.

    Apa yang menarik yang hendak dikongsikan di sini ialah sejurus selepas selesai membaca posting beliau, Adam terus membuka e-mel untuk memeriksa kalau-kalau ada e-mail baru daripada rakan. Satu e-mel asing dibuka, dan berikut adalah kandungan e-mel tersebut.

    Teknologi Spamming

    Ini kalau tak salah, cara untuk mereka mengesahkan yang e-mel kita adalah masih aktif. Sekiranya anda membuat balasan, mereka akan mendapat pengesahan yang kita masih aktif menggunakan alamat emel ini lalu kita akan terus menerus menerima e-mel spam yang lebih teruk. Macam mana nak buat? Abaikan e-mel tersebut dan biarkan dia bermain dalam kotak ‘Spam’ sehingga cukup tempoh matang, dan akan terpadam dengan sendirinya. Kalau anda terus mahu padam, tiada masalah!