Facebook Dislike: Lagi satu cara hacking

Facebook Dislike Button

Selepas Facebook Securify, hari ini saya didatangi dengan satu lagi mesej daripada rakan-rakan yang sudah terpedaya dengan fungsi terbaru Facebook Dislike Button. Facebook sendiri tidak pernah membuat pengumuman bahawa mereka telah melancarkan Facebook Dislike Button, jadi perkara ini adalah satu cubaan untuk mencuri akaun anda.

Wall saya dipenuhi dengan beberapa mesej seperti yang berikut, yang dihantar secara diam-diam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah mempunyai kuasa untuk mengawal akaun yang telah dihack.

Facebook Dislike ButtonSelepas klik Activate Dislike Button, saya dibawa ke laman web “http://lnktrn.ch/dislike/” dan diminta untuk menuruti beberapa langkah sebelum munculnya butang Dislike di Wall saya.

Facebook Dislike ScriptSudah terang lagi bersuluh, selepas sahaja anda salin dan tampak kod di atas, maka secara diam-diam akaun anda sudah berada di bawah kawalan hacker berkenaan. News Feed saya pada satu ketika dipenuhi dengan mesej yang dihantar oleh akaun yang dihack, seperti yang dihantar di atas.

Jadi, sebagai peringatan, anda JANGAN sesekali percaya mesej seperti ini dan elakkan daripada menjalankan KOD yang anda sendiri tidak tahu apa fungsinya. Banyak cara dan teknik yang digunakan oleh para penggodam ini untuk mendapatkan akses ke akaun anda untuk kepentingan mereka sendiri.

P/S: Facebook Phishing sebenarnya.

Comments

14 responses to “Facebook Dislike: Lagi satu cara hacking”

  1. sya Avatar

    susah betol melayan spam2 ni.. adei.. btw. nice blog.bw here :)

    1. Adam Roslan Avatar

      Jangan dilayan. Kalau betul Facebook perkenal butang Dislike, dah awal awal lagi ada. Tak payah nak copy paste kod bagai.

  2. sembil9n Avatar

    aku kesian dan bengang ngn dyorg yg mmg suke2 nk tekan bnde tu…tak peke lgsg =_=”

    1. Adam Roslan Avatar

      Selalunya yang buat ni sebab terpengaruh kot. Sama jugak dengan video-video yang dikatakan mengujakan. Tapi sebenarnya ni salah satu teknik marketing. Internet Marketer pandai memanipulasi Facebook.

  3. shark Avatar

    fb pn dh boleh hack skang..
    hehe
    mmg trus xdek privasi

    1. Adam Roslan Avatar

      Facebook itu selamat, tapi yang tak selamat bila kita sebagai pengguna mudah sangat diperdaya. Facebook Application yang dibuat oleh pihak ketiga sebenarnya yang membahayakan.

  4. feeza Avatar

    fyi, farahin taylor tu my friend kat fb jugak. n got da same news feed jegak semalam. tanx ya! :))

    1. Adam Roslan Avatar

      Haha. Dia dapat publisiti disini. Maaf ya Farahin. Kasitau sama kawan kawan untuk abaikan benda ni okay. Bahaya.

  5. MuhdBurn Avatar

    sy dah terkena dah pun

    1. Adam Roslan Avatar

      Kalau kena, cuba tukar password secepat mungkin, atau seberapa kerap untuk elakkan dihijack lagi.

  6. echa rierie Avatar

    saya pun tak suka spam..
    penuh feed dgn spam bila kawan2 klik macam2..
    hoho~

  7. anati Avatar

    benci betul bende2 mcm ni T.T’

    1. Adam Roslan Avatar

      Yeah! Jadi kita sama-sama kongsi ilmu ini untuk kawan-kawan yang tak ada informasi ini. Bahaya benda ni sebab dia ada kemampuan untuk hijack akaun kita.

  8. anamizu Avatar

    aah betol3..x suke bende2 nih..
    mintak izin nak share ye ^__^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *