≡ Menu

Jana Pendapatan melalui Pay per Click

Ramai kenalan yang tanya saya, macam mana sebenarnya saya buat duit di Internet. Walaupun ada 1001 cara untuk anda menjana pendapatan melalui Internet, tapi sehinga hari ini saya masih fokus kepada yang satu ini. Internet adalah medium yang paling luas dan tanpa batasan untuk anda mula menjana laman pendapatan sampingan, tapi hari ini sudah ramai yang menjadikan pendapatan daripada Internet sebagai pendapatan utama!

Okay, mari saya cerita sedikit tentang program Pay Per Click (PPC). Menurut Wikipedia, PPC boleh didefinisikan sebagai,

Pay per click (PPC) is an Internet advertising model used on websites, where advertisers pay their host only when their ad is clicked. With search engines, advertisers typically bid on keyword phrases relevant to their target market. Content sites commonly charge a fixed price per click rather than use a bidding system.

Cost per click (CPC) is the sum paid by an advertiser to search engines and other Internet publishers for a single click on their advertisement which directs one visitor to the advertiser’s website.

Jadi, anda mestilah mempunyai sebuah laman web/blog yang mempunyai trafik bagi membolehkan anda mendapat conversion rate (kadar tukaran) daripada pengunjung kepada klik, dan anda akan mendapat bayaran. Jika anda faham konsep ini, anda akan dibayar apabila iklan di laman web anda di klik — anda sudah boleh memulakannya.

Bagaimana untuk memulakan PPC ini? Anda mestilah bina sebuah laman web yang khas untuk ini atau boleh letakkan iklan di dalam laman web sedia ada. Selepas itu, daftar mana-mana program yang menawarkan PPC seperti senarai berikut.

  1. Google Adsense
  2. BidTraffic
  3. AyuAds
  4. Adbrite
  5. Adhearus.org
  6. Adknowledge.com
  7. Atomicseek.com
  8. Avads.com
  9. Advtise.com
  10. Azoogleads.com
  11. Bigclique.com
  12. Bidvertiser.com
  13. Bclick.com
  14. Clickagents.com
  15. Cpxclick.com
  16. Casalemdia.com
  17. Chikita.com

Saya letakkan Google AdSense senarai paling atas kerana mereka ialah majikan saya ;) Apabila selesai mendaftar, anda boleh mula letakkan kod iklan anda di dalam laman web yang anda kehendaki. Saya boleh bantu anda sekiranya anda mempunyai masalah di bahagian ini. Sila gunakan borang hubungi saya :)

Di Malaysia, Nuffnang adalah nama besar dalam program PPC ini dengan membolehkan bloggers menjana pendapatan melalui iklan yang mereka siarkan di laman web. Selain Nuffnang; Innity, Advertlets dan MangaAds adalah contoh lain program yang menawarkan pengiklanan di blog anda.

Jika laman web anda belum menyertai mana-mana program PPC ini, saya sarankan anda segera bertindak kerana anda tidak akan rugi jika meletakkan iklan mereka di laman blog anda!

Other articles you might like;

2 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3