Category: Laman Web

  • Apakah #NSFW dan Kaitannya Dengan Blog?

    Apakah #NSFW dan Kaitannya Dengan Blog?

    Apakah #NSFW dan Kaitannya Dengan Blog?Sejak blog menjadi medium utama kepada orang ramai untuk berkongsi kisah menarik mereka di Internet, muncul beribu-ribu blog baharu saban hari. Paling tidak, mereka akan berkongsi gambar atau video yang difikirkan menarik kepada orang ramai. Niche epik dan humor dipercayai mempunyai pengikut yang ramai kerana mendedahkan gambar-gambar pelik yang tidak boleh didapati di media arus perdana seperti gambar kemalangan, gambar separa lucah atau isu-isu yang hanya ‘halal’ di Internet dan ditapis di media arus perdana.

    Contoh blog yang terkenal dengan niche ini ialah Blog Serius dan Oh! Tidak yang memulakan trend ini. Kemudian, datang pula beberapa nama lain dan hari ini ramai yang mengambil gambar-gambar daripada sekitar Internet untuk dijadikan artikel di blog mereka. Namun demikian, kehadiran muka-muka baru ini menjadikan niche ini penuh dengan lambakan blog-blog dan mereka bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan pembaca.

    (more…)

  • Peraduan Review Alexa Pacifista.my

    Peraduan Review Alexa Pacifista.my

    Klik Gambar untuk Sertai Jom Review Alexa @ Pacifista.my

    Ramai rakan blogger yang sudah maklum bahawa Pacifista.my kini kembali dengan Jom Review Alexa @ Pacifista.my atau Peraduan Review Alexa siri kedua. Pada siri pertama, Affan Ruslan dan Izwan Nizam berkongsi tempat pertama dengan review yang terbaik dengan membawa pulang RM100 setiap seorang.

    (more…)

  • Innity Hadkan 3 Slot Iklan Setiap Laman

    Innity Ads

    Sedar atau tidak, Innity sekarang hanya membenarkan tiga slot iklan diletakkan di dalam setiap muka surat. Selepas tinjauan ke blog 2dayblogger, beliau telah mengurangkan slot iklan Innity kepada tiga slot sahaja. Berbanding sebelum ini mengamalkan tekniknya tersendiri sehingga menjana pendapatan 4 angka sebulan.

    (more…)

  • 3 Langkah Buang Nombor Telefon daripada Facebook

    3 Langkah Buang Nombor Telefon daripada Facebook

    Facebook memperkenalkan Facebook Contacts yang bertujuan menghimpunkan senarai rakan daripada buku telefon bimbit anda. Fungsi ini juga membantu anda untuk mendapatkan senarai cadangan rakan yang mungkin anda kenali. Walaubagaimanapun, fungsi ini didakwa menceroboh privasi pengguna dan ramai pengguna Facebook yang tidak senang dengan fungsi ini.

    3 Langkah Buang Nombor Telefon daripada Facebook

    (more…)

  • Kembalikan Riben Merah PunchTab di Butang Google +1

    Kembalikan Riben Merah PunchTab di Butang Google +1

    Hari ini ramai pemilik blog menggunakan aplikasi Punch Tab bagi menjalankan kempen ‘rewards’ kepada pengunjung yang dihargai. Antara blog terkenal yang menggunakan aplikasi ini ialah Denaihati, Amanz.my, Ariffshah, Pacifista, dan ramai lagi.

    Dengan adanya Punch Tab, kerja-kerja merekod kutipan mata menjadi senang dengan setiap Like, Tweet, Plus One dan Komen akan diberikan mata yang boleh ditebus dengan hadiah.

    Kembalikan Riben Merah PunchTab di Butang Google +1

    (more…)

  • Tip Blogging Terbaik: Jangan Letak CPA di Blog

    Tip Blogging Terbaik: Jangan Letak CPA di Blog

    Tip Blogging Terbaik: Jangan Letak Iklan CPA di Blog

    Dunia penulisan blog hari ini tidak boleh dipisahkan dengan pengiklanan. Semasa zaman penulisan blog masih lagi baru, pengguna Internet masih lagi di Friendster dan MySpace, pengiklanan bukanlah sesuatu yang menjadi isu kenapa mereka menulis blog. Tetapi zaman telah berubah dimana semua penulis blog berlumba-lumba memasukkan iklan untuk buat duit dengan blog seiring dengan saranan Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Internet sebagai medium menjana pendapatan. Jadi, apakah tip blogging terbaik untuk mereka?

    Mungkin terlalu taksub, penulis blog hari ini banyak menggunakan taktik kotor (black hat) untuk mendapatkan klik ke laman web masing-masing bagi membolehkan blog mereka terus menjadi mesin wang. Antara yang dilakukan oleh mereka ialah meletakkan entri berbaur lucah (termasuk seksi), berkongsi fail yang mempunyai hak cipta dan menggunakan tajuk yang ‘misleading’. Saya menghormati penulis Azmie (menulis di www.azmie.net), yang menulis sejak tahun 2003 dan sehingga hari ini blog beliau meletakkan iklan yang amat minimum.

    Entri ini bukanlah untuk menghalang penulis blog daripada meletakkan iklan ataupun buat duit dengan blog, tetapi sekadar untuk mengingatkan sama sendiri tentang iklan CPA. Meletakkan iklan berbentuk banner atau iklan kreatif lain seperti popup sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan penulis blog di Malaysia. Namun, kehadiran iklan berformat CPA atau Cost Per Action sedikit merencatkan proses sesebuah blog.

    (more…)