Assalamualaikum WBT. Saya ada terima satu mesej yang ditinggalkan di wall saya tentang perlunya saya perlu ‘Securify’ (mungkin gabungan perkataan Security dan Verify) daripada seorang rakan yang telah dijangkiti virus yang berkaitan. Mesejnya berbunyi, “Securify is a feature that enhances safety of users of Facebook. Please click ‘Securify’ under the comment is to improve the security of your account.”
Lalu saya klik dan saya dibawa ke sebuah laman web yang beralamat di http://yayasan1malaysia.org/securify/, milik Yayasan 1Malaysia. Yayasan 1Malaysia ialah “Yayasan 1Malaysia was established in July 2009 as a non-partisan, independent, and non-profit foundation. The foundation is set up by a group of like-minded Malaysians who are keen to see the concept of 1Malaysia, which is guided by the Federal Constitution, become central in the lives of all Malaysians.” Dianggotai oleh Dr Chandra Muzaffar, Tan Sri Lee Lam Thye, Dato’ Dr. Mahani Zainal Abidin dan nama-nama besar yang lain.
Modus operandinya sangant mudah, apabila para pengguna klik butang “Log In”, ruang username dan password akan terpapar dan para pengguna akan memasukkan username dan password di ruang sebelum diverify. Selepas diverify, pengguna akan terus dihantar ke laman utama Facebook.
Sebenarnya, semasa username dan password dimasukkan, proses “Verify” ini menghantar username dan password anda ke database atau ke email yang tidak dikenali. Skrip di bawah menerangkan, apabila +email+ dan +pass+ sudah diisi, arahan di go.php akan menghantar ke email atau ke database.
Pesan saya, sila berhati hati dengan aplikasi seperti ini dan anda tidak perlu risau akan tahap keselamatan Facebook kerana sehingga hari ini adalah terbaik kecuali anda leka dengan mengisi password dan username anda di luar daripada lelaman Facebook.
Beberapa tips saya kepada anda untuk mengelakkan daripada password dan username anda dicuri,
- Jangan sesekali login (dengan maksud lain letakkan username dan password Facebook anda) di URL selain daripada Facebook.com (rujuk gambar di atas, anda telah memasukkan username dan password di URL www.yayasan1malaysia.org, bukannya Facebook.com).
- Pastikan anda log-out selepas anda selesai sesi bersosial di Facebook kerana kelalaian anda akan membawa padah.
- Jangan sesekali ‘Remember Me’ jika anda menggunakan komputer yang dikongsi (seperti perpustakaan atau siber kafe) kerana orang lain boleh retrieve password anda.
P/S: Saya fikir laman web Yayasan 1Malaysia juga telah dihack untuk diletakkan script sedemikian. Semoga anda lebih berhati hati.
Other articles you might like;
owh, baru tahu.. kesimpulannya jgn berani2 beri passwood kt mana2 ruang dlm internet ni..
thnks ADAM.. =)
Betul. Password dan Username hanyalah di URL Facebook. Jangan terkena dengan taktik kotor hacker ini.
ohh bahaya yer camni,, penguna facebook kena lebih berhati-hati pasni
Salam bro..mintak izin utk share.
Memang bagus info ni. Ramai yg dah terkena tanpa sedar.
Lately ni kat facebook banyak betoi link2 yang bukan2….. walopon masih selamat…tapi kite tak tau sampei bile facebook bulih selamat…
1st time awok singgah kat sini
as salam..macam mana kalo sy da “securify”kan??..adakah FB sy telah di”hack” tanpa pengetahuan sy??..
Wassalam. Saya sarankan untuk tukar password Facebook anda dengan kadar segera sebelum hacker tersebut berbuat sesuatu.
thanks!………it’s very useful..sy siap tukar email ag..haha..:D..pape pun teruskan usaha anda dalam membantu kami2 yg kurang pemahaman lam cyber crime ini..!..
Salam.. bagus maklumat nie.. tadi kawan saya pun terkena.. tak boleh log in pulak fb dia lepas dia ikut arahan tu.. kecian tengoknye.. tak tahulah boleh guna ke tidak lagi fb dia..
erm macam2..ntah bior je lah
Salam bro..baru petang tadi terima pertanyaan mengenai perkara nie. Dah agak dah..anyway..gua Link entri nie nanti kat entri gua ek for Everybody Knowledge..
uuuuuuuu… sangat jahat… kene lak kat orang cam saye yang jarang bukak fb ni, mesti cepat tertipu T___T
banyak sangat dah spam macam ni sekarang..
bagus info ni…mcm2 benda yg dieorg buat nk menipu ek…semua benda nak di hack…
Thanks for info..copy cikit info dari blog adamroslan untuk sharing knowledge..thanks
http://informations-the.blogspot.com/2011/05/betol-betol-hangat-hati-hati-dengan.html
saya dah ter ‘ securify ‘ !!!
mantop..o_O
thank you info… mmg x suka pun click2 link yg mcm ni… huhu…
singgah sini :)
thnx for sharing this,
ada gak dapat post nih.. tapi x wat pape pun… hehe
thanks for the info, very useful :) naseb baik memang tak rajin tekan :D haha
Kalau ia digodam kenapa sampai sekarang admin tak buang lagi file-file tu..