Category: Daily Craps

  • Beli Theme dan Plugins WordPress di Themeforest

    Mencari theme yang cantik dan lawa untuk blog atau website anda? Themeforest sudah terkenal sebagai marketplace yang menjual 1001 theme untuk kegunaan persendirian atau laman web perniagaan.

    Saya sejak dulu menjadikan platform ini sebagai tempat mencari idea. Marketplace ini telah mendahului otai-otait WordPress theme seperti Woocommerce dan lain lain.

    Dengan hanya beli theme, laman web anda sudah siap. Mudah bukan? Jom revamp blog anda dengan theme terkini di Themeforest.

  • Projek Upgrade SSD Macbook White


    Pergh, dekat 2 bulan tak ada update apa apa, harapkan organik trafik yang mencari maklumat daripada arkib. 

    Dah lama Macbook White ni perlukan upgrade. Mulanya bercadang nak tambah RAM 3GB ke 8GB, supaya bergerak lagi lancar dan laju. Lepastu ada nampak kawan share di FB pasal upgrade HD ke SSD juga dapat melajukan Macbook. 

    Plan nak pakai Sandisk X300 256GB tapi harga boleh tahan mahal, RM370 di Jayacom. Ada kedai quote RM750. Pelik juga. 

    Akhirnya beli Kingston V300 240GB pada harga RM270, V480 dijual pada harga RM555 tapi fikir balik macam tak berbaloi. Lepas angkat, format sendiri masuk Mac Journaled dan install Yosemite. Sekarang tengah proses ke El Capitan. 

    Tunggu tutorial kalau ada kesempatan. 

  • Pakej Cuti Murah di Selamat Bercuti

      
    Nama pun sempoi, selamatbercuti.com. Lepastu tengok pulak pakejnya semua mengujakan. Mungkin aku jarang compare pakej percutian, sebab baru sekali ke overseas. Lepasni nak rajin rajin follow Selamat Bercuti mana tau dapat pakej terbaik untuk pakej murah ke Euro

    Website nampak kemas dan dibahagikan ikut kawasan. Jadi kalau nak ke Europe, senang nak pilih pakej yang Selamat Bercuti offer. Macam sekarang tengah nak sambar pakej 9 Hari 8 Malam ke Europe Spring Trip: LONDON – AMSTERDAM – BRUSSELS – PARIS. 

    Tanam angan angan dulu lepasni ada modal boleh sambar. Amin. 

  • Harga Slow Juicer Morphy Richards di Harvey Norman dan Lazada

      
    Semalam terlayan Astro Go Shop pasal produk Hurom Slow Juicer. Mesin slow juicer atau cold press ni macam trend baru pulak sekarang. Perah buah untuk lebih vitamin dan anti oksidan, berbanding kisar. Harga boleh tahan sekitar RM1,500. 

    Kalau di Juicera harga sebotol boleh cecah RM10 dan ke atas dalam botol kecik sangat, ada kot 100 ml? Haha. Mungkin. Tadi sempat singah ke Harvey Norman Sunway Pyramid, ushar harga. 

    Harga asal Morphy Richards Slow Juicer ialah RM799 dengan 2 tahun waranti. Sempena promosi; dia offer RM709 dengan 5 tahun waranti. Menarik. 

    Carian di Lazada menemukan harga yng lebih murah, RM598 (klik untuk beli) dan sebuah kedai elektrik di Setapak menjual dengan harga RM599 dengan waranti 2 tahun. 

    Aku tetap pilih Harvey Norman sebab ada extend waranti 3 tahun dengan tambahan RM100, barang elektrik kan mudah rosak?

    Kalau mencari Coway Slow Juicer, boleh klik sini dengan waranti motor 7 tahun. Sesuai untuk beginner atau pencinta jus buah. 

  • Cara Aktifkan Kad Debit Maybank Untuk Google Adwords dan Facebook Ads

    Adwords Debit Card

    Sejak 1 Januari 2016 bank utama di Malaysia telah mengetatkan proses pembayaran kepada vendor antarabangsa. Polisi ini turut menyebabkan Internet marketer tempatan terpaksa pause aktiviti pengiklanan di Google AdWords atau Facebook Advertising.

    Aku turut terjejas bila Google kerap mengeluarkan error “Payment declined: MasterCard  XXXX-XXXX for XXXX.XX. No reason provided by your financial institution” setiap kali nak topup akaun AdWords.

    Untuk membolehkan kad debit membuat tranraksi dengan merchant antarabangsa, pemilik kad debit mestilah menghubungi bank berkenaan untuk aktifkan pembelian untuk tempoh 1 tahun pertama. Tahun kedua dan seterusnya boleh diaktifkan dalam portal Maybank2u.

    Hubungi hotline Maybank 1-300 88 6688 atau CIMB 1-300 88 0900 dan bercakap dengan operator untuk mengaktifkan pembelian merchant antarabangsa.

  • 9 Hujung Minggu Panjang di Tahun 2016

     
    Tahun baru 2016 menjanjikan 9 hujung minggu yang panjang. Cuti yang panjang dapat menjimatkan annual leave yang boleh digunakan untuk merancang percutian yang lain. 

     
    Beruntung bagi rakyat Kedah kerana mereka menyambut Awal Ramadan pada 4 – 6 Jun terus sambug dengan Hari Raya Aidilfitri hingga 10 June.