Category: Daily Craps

  • Barangan Giant murah 30% berbanding Tesco

      Harga Giant dan Tesco

    Giant mendakwa harga mereka lebih murah sehingga 30% berbanding pesaing mereka, Tesco.

    Perbandingan ni ada juga logiknya, tapi harga barangan 99 Speedmart lebih murah daripada Giant. 

    Maka, matematiknya marilah membeli di 99 Speedmart. 

  • Diskaun lebih 50% di Lexis & Grand Lexis Port Dickson

    Diskaun lebih 50% di Lexis & Grand Lexis Port Dickson

    Sempena musim cuti sekolah, Lexis, Grand Lexis dan Lexis Hibiscus Port Dickson menawarkan diskaun lebih 50% bagi semua pembelian secara online. Walaubagaimanapun, harga yang ditawarkan ini tidak termasuk sarapan pagi.

    • Premium Tower Sea View RM816 RM 300
    • Deluxe Water Chalet RM1049 RM 330
    • Premium Water Chalet RM1515 RM 430
    • Deluxe Suite RM2332 RM 530
    • Sky Pool Villa RM2332 RM 630
    • Grand Pool Villa RM3264 RM 730

    Manakala untuk Lexis Hibiscus pula menawarkan bilik Premium Pool Villa pada harga diskaun serendah RM750 satu malam tanpa sarapan pagi.

    • Premium Pool Villa RM3614 RM 750

    Tawaran hebat ini akan berakhir pada 20 September. Untuk tempahan, beli baucar online melalui laman web Lexis Port Dickson dan hubungi 06-653 2000 untuk tempahan.

  • Panduan Melabur di Amanah Saham Public Mutual

      
    Alhamdulillah bulan lepas ada rezeki lebih untuk mula buat pelaburan. Kawan di universiti dulu sibuk mempromosikan pelaburan amanah saham/unit trust yang diselia oleh Public Mutual. 

    Asasnya sama, simpan duit dan tunggu pulangan 8-12% dalam masa satu tahun hingga 5 tahun. Konsepnya sama macam ASB atau Tabung Haji yang berikan pulangan yang lebih berbanding akaun simpanan biasa. 

    Ada dua cara melabur di Public Mutual, iaitu melalui potongan KWSP atau tunai. Untuk KWSP, baki akaun 1 mestilah mempunyai baki mencukupi untuk dilaburkan. 

    Untuk pelaburan tunai, deposit minima RM1000 diperlukan. Selepas itu anda boleh masukkan secara berjadual setiap bulan. 

    Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Public Mutual dan kira kira ROI pelaburan anda, hubungi Natrah seperti yang tertera di atas. 

  • Diskaun 42% TV Panasonic 40″ Sempena Riang Ria Raya Lazada

    Panasonic TV Viera Lazada

    Panasonic 40″ Full HD LED TV TH-40A400K VIERA adalah sebuah produk yang diberi diskaun gila-gila oleh Lazada sempena Riang Ria Raya. Kempen ini berlangsung selama sebulan, untuk kaki shopping yang bersiap sedia menyambut raya.

    Samsung 40″ Full HD LED TV – UA40H5008ARXXM Series 5 juga dilihat diberi potongan harga 37%, daripada RM 1,580.00 kepada RM 990.00. Pendek kata, semua barangan elektrik dan elektronik di Lazada diberi harga gila-gila.

    (more…)

  • Guna Prepaid XOX Tahan 2 Tahun

    Selepas beralih kepada Maxisone, aku tak perlu lagi risau dengan bil telefon walau sebanyak mana penggunaan. Had sama rata diberikan dengan tiada had panggilan dan SMS, pada harga RM128 sebulan. Bagi pengguna tegar macam aku, aku rasa ini lebih daripada berbaloi kerana bulan lepas aku telefon lebih 6 jam. 

    Kemudian aku memilih ONEXOX sebagai nombor kedua. Sebab paling utama adalah XOX berikan tempoh aktif 24 bulan dengan topup minima RM50. Faedah lain aku belum kaji walaupun aku diterangkan oleh beberapa orang. 

    Antara lain ialah caj 5 sen pada 10 saat pertama. Tak macam provider lain yang caj pada blok 30 saat. 

  • Kelebihan Mikrotik untuk Streamyx

    image

    Mikrotik adalah pengeluar kepada Routerboard, perkakasan khusus untuk rangkaian komputer dan penyedia Internet tanpa wayar.

    Bahasa mudahnya, Routerboard adalah peranti seakan router yang berupaya menjadi pelayan kepada rangkaian Internet hotspot. Produk ini digunakan secara meluas dalam industri wireless hotspot. Dengan peranti ini, aku boleh mulakan perniagaan Internet berkupon di kawasan kediaman.

    Maksud kupon ialah owner boleh generate username dan password kemudian dijual kepada jiran. Ada yang cas RM30 sebulan atau RM2 sehari.

    (more…)