≡ Menu

Harga Slow Juicer Morphy Richards di Harvey Norman dan Lazada

  
Semalam terlayan Astro Go Shop pasal produk Hurom Slow Juicer. Mesin slow juicer atau cold press ni macam trend baru pulak sekarang. Perah buah untuk lebih vitamin dan anti oksidan, berbanding kisar. Harga boleh tahan sekitar RM1,500. 

Kalau di Juicera harga sebotol boleh cecah RM10 dan ke atas dalam botol kecik sangat, ada kot 100 ml? Haha. Mungkin. Tadi sempat singah ke Harvey Norman Sunway Pyramid, ushar harga. 

Harga asal Morphy Richards Slow Juicer ialah RM799 dengan 2 tahun waranti. Sempena promosi; dia offer RM709 dengan 5 tahun waranti. Menarik. 

Carian di Lazada menemukan harga yng lebih murah, RM598 (klik untuk beli) dan sebuah kedai elektrik di Setapak menjual dengan harga RM599 dengan waranti 2 tahun. 

Aku tetap pilih Harvey Norman sebab ada extend waranti 3 tahun dengan tambahan RM100, barang elektrik kan mudah rosak?

Kalau mencari Coway Slow Juicer, boleh klik sini dengan waranti motor 7 tahun. Sesuai untuk beginner atau pencinta jus buah. 

Other articles you might like;

3 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3