Category: Daily Craps

  • Murahnya harga barang di Lazada!

    Okay ini cerita betul. Tadi saya ke Digital Mall PJ untuk jalan jalan. Niat ada nak beli barang, tapi tak beli pun.

    Sambil sambil survey laptop Dell, mana tau kalau kalau ada yang kena dengan jiwa. Sekali sekala dok teringit nak angkat Macbook Pro. Boleh buat banyak kerja kat situ.

    Bila tanya tanya harga, dah macam nak setuju. Tapi mintak masa untuk fikir dulu dari pekedai.


    Lepastu surveylah di Lazada. Power bank Romoss 10000mAh dijual RM79.90, percuma Lightning Cable, pouch bag dan 250 AirAsia Big Point.

    Okay tak lawak, dengan RM79.90 dapat 1+ 3 item. Harga power bank tu di kedai pulak RM120.00. Power bank saja lah.

    Jadi budaya sekarang, kita ke kedai untuk pegang dan rasa; tapi beli di Lazada. Harga potong habis!

  • Infra red (IR) extender untuk extend remote TV


    Lebih sebulan saya bergelut dengan masalah remote TV yang tak boleh tukar channel dan ubah volume. Puncanya sebab sound bar telah tutup receiver infra red (IR) TV. 


    Untuk selesaikan masalah ni, saya terjumpa IT Extender kat Lazada. Harganya cuma RM15 yang dipos dari China. Bendanya pelik, tapi peranti ni akan selesaikan masalah orang kat dunia ni. 

    Lepas ni tak lagi perlu terjengket jengket nak tukar channel. 

    * Gambar ihsan Google.

  • Blog ialah kedai maya yang juga perlukan pelanggan 


    Saya perlu menulis lebih kerap dan konsisten lepas ni. Saya hairan macam mana blogger kental macam Cikgu Faizal (beliau menulis di ahmadfaizal.com) menulis dengan konsisten setiap hari. 

    Setiap hari ada barang baik dibawa masuk. Diletakkan dalam kedai supaya pelanggan tertarik dan akhirnya terbeli. 

    Kandungan yang tidak menjual, tapi crowd yang masuk masih mahu membeli. Fuh power. 

    Setahun kebelakangan ni saya sibuk menulis di blog yang menjual, saya fokus. Fokus satu produk. Banyak hasilnya di sana. Tapi kat sini tak boleh lupa. 

    Ada tips tak macam mana nak menulis dengan konsisten setiap hari? Blogwalking tak boleh lupa.

  • Internet laju dengan TM Unifi 30 Mbps

    Teruja. Itulah perasaannya bila kali pertama pasang Unifi 30Mbps di rumah. Itu belum lagi promosi free upgrade 50 Mbps untuk semua pelanggan Unifi yang mendaftar sebelum Mac 2017.

    Dengan internet laju ni, dapatlah siapkan kerja online dengan lebih cepat. Tak macam sebelum ni, dengan Streamyx 4 Mbps memang sangat kena sabar.

    Dengan 30 Mbps ni dapat juga stream movie laju laju dengan apps Kodi. Hehehe. Contact ejen Unifi 013 425 7121 kalau kalau nak servis laju macam ni. Terima kasih bro!

  • Promosi Kuantan River Cruise sempena Tahun Melawat Pahang 2017

    Sempena Tahun Melawat Pahang 2017, Kuantan River Cruise di Jeti Shahbandar menawarkan promosi hebat kepada pengunjung.

    Untuk mendapatkan harga hebat ini, sila tempah bot anda dengan menghubungi En Zainal di talian +6011-10663202 atau +6019-7431988 sekarang.

  • Perbezaan Harga dan Kelajuan Unifi, Time & Maxis

    Saya suka-suka survey pakej fibre broadband di Malaysia. Calon utama ialah TM Unifi, yang menang dari segi kawasan liputan. Keduanya Time Fibre Broadband yang terkenal dengan kelajuan hingga 300 Mbps dan Maxis yang boleh digabungkan dengan Astro.

    Soyacincau membandingkan ketiga-tiga penyedia Internet tersebut dalam jadual di bawah.

     

    Time Broadband menawarkan 100 Mbps pada harga serendah RM149 (sama macam pakej Streamyx sekarang) tapi kawasan liputan sangat terhad. Unifi pula mendominasi kawasan liputan dan menawarkan harga yang tinggi untuk 30 Mbps iaitu RM199.

    Saya cuba untuk survey Celcom Broadband yang masuk ke jadual dengan menawarkan 10 Mbps pada harga RM145. Nampaknya kena pindah ke kondo yang support Time Broadband kalau nak laju dan jimat.