Category: Daily Craps

  • Padlock-kan Blog Adam Roslan dengan SSL

    Padlock-kan Blog Adam Roslan dengan SSL

    Laporan Amaz menyebut yang Google Chrome Tidak Lagi Akan Melabelkan Laman Web HTTPS Sebagai “Selamat” Bermula September.

    Untuk kekal konsisten di Internet, kita mestilah ikut apa yang Google mahu. Syukur apabila hosting Exabytes memberikan SSL cert percuma kepada pakej yang saya langgan ni.

    Terima kasih, sekarang layari Internet tanpa was-was.

  • Konsultan Mary Kay Perlis/Kedah

    Hai saya Waney, konsultan kecantikkan Mary Kay bagi negeri Perlis. Kecantikkan luaran mencerminkan keperibadian kita. Betul tak?

    Mar Kay Perlis

    Saya sukakan hobi ini sekadar suka suka selepas diperkenalkan dengan produk Mary Kay. Kini, dengan ilmu yang ada saya mahu kongsikan kelebihan produk Mary Kay untuk anda semua.

    Jom Whatsapp Waney untuk pertanyaan lanjut di +60 18-288 4890 sekarang

  • Tonton Netflix US dengan DNS Proxy

    Netflix ialah platform menonton movie berbayar. Bersaing dengan iflix, Netflix menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna. 

    Walaubagaimanapun, koleksi Netflix Malaysia masih terhad dan lambat jika dibandingkan dengan Netflix US. Maka, peminat movie akan berusaha untuk mendapatkan Netflix US. 

    Salah satu caranya ialah menggunakan DNS atau proksi USA. Anda boleh dapatkan percubaan percuma selama 14 hari di sini. DNS Proxy ini akan mengelirukan Netflix dan anda boleh menonton Netflix US dengan senang lenang. 

    Tutorial penuh akan menyusul kemudian. 

  • Wishlist iWatch Nike+, RM1749


    Berangan lebih, simpan hajat. Walaupun jam jenis kena caj sehari sekali, tapi fungsinya sangat banyak. 

    Boleh connect ke iPhone, rekod aktiviti harian, dan banyak lagi. 

    Beza Apple Series 1 dan Series 2

    Apple iWatch didatangkan dalam dua saiz iaitu 38mm dan 42mm, dan mempunyai perbezaan untuk siri 1 dan siri 2. 

    It is rated water resistance to 50 meters, so you can safely swim with it. However, it should not be used for deep submersion or high-velocity water activities. Built-in GPS and GLONASS provide accurate speed, pace, distance, and location information, even if you don’t have your iPhone with you. And the second-generation display is more than twice as bright as before.

    Letak angan angan dulu, ada modal boleh kita beli ? 

  • Nekad simpan bar emas sebulan 1 gram

    Dah lama tinggalkan jual beli emas, sejak grad degree di Shah Alam. Kalau dulu rajin beli dinar emas satu semester satu. Alhamdulillah, dinar emas dikumpul dan dibuat sebagai mas kahwin.

    Mulai bulan April 2017, saya kembali nekad untuk kumpul gold bar setiap bulan. Bermula dengan 1 gram setiap bulan. Ada rezeki lebih boleh ambil 5 gram.

    Untuk rekod, ada perbezaan kalau ambil 1 gram x 5 keping, harganya RM1100. Kalau ambil 5g x 1 keping, harganya RM1050.

    Sebelum terlupa, beli emas daripada Public Gold untuk elakkan masalah dikemudian hari. Ini bukan skim ya.

  • Idea bisnes flash stamp dari rumah

    Flash stamp atau biasa kita panggil cop adalah satu bisnes yang menguntungkan. Bermodalkan RM2,000 dah boleh mula dengan mesin khas. 


    Flash stamp gunakan foam untuk simpan ink. Rubber stamp pula guna getah. Dua dua ada kelebihan tapi flash stamp lebih mudah disiap, ambil masa dalam 15 minit. 

    Rubber stamp lebih murah, kosnya RM1 sahaja tapi prosesnya rumit. Kena bancuh, basuh dan keringkan. Sekarang, ramai dah guna laser untuk ukir rubber stamp. 

    Bisnes Flash Stamp Untung!

    Saya pernah obses tentang bisnes flash stamp dan rubber stamp ni, sampai cadang nak beli mesin RM30k! Haha. 


    Tapi, dengan modal rendah pun dah boleh jalan, tapi marginnya kecil. Contohnya, untuk satu handle yang ada ink, kosnya RM8-15 bergantung kepada saiz. Dijual pada RM25-30. Instant dapat jual lebih tinggi. 

    Kos dapat dikurangkan bila beli bulk. Saya pernah survey, beli 10 handle akan percuma 1. Jadi untung bersih dah satu unit. 

    Dengan untung RM15, target untuk jual sehari 1 unit. Buat combo dan jual di group setempat, lebih banyak untung. Maybe buat jual online juga. Masuk industri kraf yang tinggi juga permintaan kepada flash stamp. 

    Jual pada parents yang ramai anak, buat cop nama. Tak payah lagi tulis nama atas buku ? 

    Saya rasa pakej dari Usahawan.com ni sesuai untuk mula. Pandai marketkan, semua boleh buat duit!