Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • Keputusan Permohonan UPU hari ini

    Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, daripada jumlah itu, 28,663 orang atau 70.7 peratus adalah bumiputera, 9,569 (23.6 peratus) calon Cina dan 2,304 (5.7 peratus) calon India serta lain-lain. Menurutnya, seramai 22,967 (56.7 peratus) adalah calon aliran sains manakala 17,539 (43.3 peratus) merupakan calon sastera.

    Kata beliau, keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi program pengajian lepasan STPM dan setaraf boleh disemak mulai pukul 12 tengah hari esok (18 Jun) melalui laman web http://jpt.uum.edu.my, http://www.jpt.utm.my dan http://upu.mohe.gov.my.

    Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA juga boleh disemak melalui hotline (03-88835858), helpline (03-88835848) atau sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888 dengan menaip UPU RESULT diikuti nombor kad pengenalan.

    Radin Umar berkata, semua IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya mulai 19 Jun dan calon perlu mengesahkan penerimaan tawaran sebelum 24 Jun melalui laman web IPTA berkenaan.

    Katanya, calon yang gagal menerima tawaran pula boleh mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-rayuan melalui http://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan.

  • VeriSign umum kenaikan harga domain .com dan .net

    VeriSign umum kenaikan harga domain .com dan .net

    VeriSign, hari ini telah menaikkan harga domain TLD .com dan .net sebanyak 7% atau bersamaan dengan USD$0.48 berkuat kuasa pada 1 Julai 2010. Pendaftar domain di Malaysia mula mengeluarkan pengumuman bahawa mereka juga terpaksa menaikkan harga domain sebanyak RM 1.65 bagi mengelakkan syarikat menanggung kerugian selepas harga domain dinaikkan oleh VeriSign.

    NetKL antara yang pertama membuat pengumuman bahawa domain TLD mereka akan dinaikkan dari RM29.95 kepada RM31.60 setahun, antara yang terendah di Malaysia.

  • Projek Tafsir Malaysia

    Projek Tafsir Malaysia

    Projek Tafsir Malaysia ialah satu lagi projek jangka panjang Sisi Seni selepas menerbitkan majalah mereka, Sisa Se Saat. Projek ini akan menghimpunkan filem-filem pendek berkonsepkan patriotisme dan terbuka kepada semua, tak kira individu atau kelab-kelab sosial. Semua filem-filem pendek ini akan dikompil ke format DVD dan diselerakkan di seluruh Malaysia untuk tontonan umum. Sebarang info lanjut berkaitan program ini, anda boleh terus menghubungi Ezzat di talian 012-3482462 atau Cech 017-9023310.

  • Hive Hosting Perkenal Web SMS

    Hive Hosting Perkenal Web SMS

    Penyedia hosting berbayar Hive Hosting hari ini melancarkan perkhidmatan Hive Hosting Web SMS. Perkhidmatan nilai tambah ini meliputi SMS Promotion Blast, Notifikasi SMS, Pengumuman SMS, Peringatan SMS, penghantaran fail MMS, penghantaran VCARD dan banyak lagi. Sebagai promosi pelancaran, mereka mengumumkan untuk memberikan pendaftaran percuma kepada individu/syarikat yang berminat dan diberikan 10 kredit percuma. Harga kredit yang ditawarkan ialah serendah RM0.10 dan jika pembelian melebihi 1000 SMS kredit, anda hanya perlu membayar RM100 untuk 1,000 SMS.

    Pada pendapat saya, harga yang ditawarkan oleh Hive Hosting adalah berpatutan dan lebih rendah berbanding penyedia Web SMS yang lain di Malaysia. Jika anda berminat, anda boleh terus mendaftar secara PERCUMA dalam masa terhad ini. Maklumat lanjut di laman web Hive Hosting.

  • MET-R BMW X6 Interceptor

    MET-R BMW X6 Interceptor

    MET-R BMW X6 Interceptor adalah salah satu modifikasi terbaik keatas BMW X6 yang ditala oleh syarikat berpangkalan di Russia ini. Kit rekaan terbaru Met-R ini meliputi bumper depan yang dilengkapi dengan empat lampu fog, skirting sisi baru, spoiler trunk belakang dan bumper belakang yang dipadankan dengan sistem exhaust dan penyebar udara.

    Model X6 yang ditala ini akan mula berada di atas jalan raya dalam masa terdekat. Belum ada pengumuman rasmi tentang tarikh pengeluaran.

  • Sinar FM kini radio bahasa Melayu nombor satu

    RADIO Sinar FM menjadi stesen radio bahasa Melayu nombor satu di Malaysia, satu kejayaan amat mengagumkan kerana berjaya meraih pendengar sejumlah 4.1 juta. Ini menjadikannya stesen radio paling cemerlang dalam tempoh 12 bulan kebelakangan ini. Bahkan, segmen Sarapan Sinar FM juga menduduki carta nombor satu dengan dengan 2.1 juta pendengar.

    Sementara itu, radio Era pula terus menambat hati pendengar Melayu. Stesen radio yang mengetengahkan ‘Muzik Terkini’ – hidangan muzik dan hiburan kontemporari masa kini, menjadi peneraju radio bahasa Melayu berformat ini mempunyai sejumlah empat juta pendengar setiap minggu. Program Sarapannya terbukti menawan pendengar Melayu, dengan jangkauan 1.8 juta pendengar. via Berita Harian