Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • Keputusan Piala Malaysia 17 Sept

    Keputusan Piala Malaysia Perlawanan Kedua, 17 September 2010

    Time Home Away
    8:45:PM Negeri Sembilan vs Kuala Lumpur, PLUS FC
    8:45:PM Selangor PKNS 0 – 1 Kelantan
    8:45:PM Pahang vs Kuala Lumpur
    8:15:PM Sabah 2 – 2 Terengganu
    8:45:PM Kedah 2 – 0 Perak
    8:45:PM ATM 0 – 1 Johor FC
    8:45:PM Terengganu PBDKT T-Team 4 – 0 Perlis
    8:45:PM Kuala Lumpur Felda United FC 1 – 4 Selangor

    Permainan Perlis Kuala Terengganu tidak menjadi malam ini. Beberapa kelalaian telah memberi peluang kepada Terengganu T-Team untuk menang besar keatas Singa Utara.

  • Reviu Perlis lwn Felda United FC

    Reviu Perlis lwn Felda United FC

    Perlawanan pembukaan di Stadium Utama Negeri Kangar membawa tuah kepada pasukan Singa Utara apabila berjaya mengalahkan pasukan berstatus kelab, Felda United FC 3-2 di sini. Walaupun bermula dengan berhati-hati pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan mula menunjukkan taring mereka selepas sepak mula separuh masa kedua. Gol pertama Felda United yang berpunca daripada sepakan penalti berjaya disempurnakan oleh Faturazi Rozi (m-49) untuk gol pertama. Gol penyamaan Perlis dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani pada minit ke 55.

    (more…)

  • Jadual Piala Malaysia 2010

    Musim 2010 Piala Malaysia akan dimulakan pada 14 September dengan lapan perlawanan di seluruh negara. Berikut adalah senarai pasukan yang layak bertanding dalam Piala Malaysia mengikut kumpulan.

    (more…)

  • MUFORS Road Reels & RM10,000

    MUFORS (Malaysians Unite For Road Safety) sudah banyak kali memanggil saya dan rakan-rakan daripada Jabatan Penyiaran FKPM untuk menyertai Pertandingan Filem Pendek MUFORS Road Reels melalui poster-poster yang ditampal di sekitar fakulti sejak sebulan lepas.

    Panggilan mereka benar-benar mengujakan dengan hadiah yang ditawarkan ialah RM10,000 kepada setiap pemenang bagi tiga kategori yang dipertandingkan. Tema yang dipertandingkan ialah “Attitudes on Roads – A Malaysian Journey” yang bertujuan untuk mengalakkan penuntut IPTA dan IPTS untuk sama-sama menyuarakan pendapat mereka (kami) tentang kesedaran keselamatan jalan raya di Malaysia disamping membantu MUFORS mempromosikan kempen keselamatan jalan raya kepada masyarakat sekitar.

    Tiga kategori utama yang dipertandingkan ialah Filem Pendek, Khidmat Pesanan Masyarakat atau Mini Dokumentari dan Animasi.  Inilah masanya para penuntut IPTA dan IPTS menyuarakan pendapat mereka tentang kesedaran keselamatan jalan raya di Malaysia dan tabiat rakyat Malaysia semasa berada di atas jalan raya. Melihat kepada masa yang ada, saya seperti bercadang untuk turut serta. Maklumat lanjut pertandingan ini boleh didapati daripada laman web rasmi MUFORS di www.mufors.org.my. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 Oktober 2010.

  • Penutupan Dermarian.com

    Assalamualaikum. Dengan ini dimaklumkan bahawa laman web Dermarian.com akan ditutup mulai 30 Julai 2010 kerana pihak pentadbir mendapati bahawa laman web ini tidak digunakan sepenuhnya oleh para pengguna. Selain daripada itu pentadbir juga tidak mempunyai staf yang cukup untuk mentadbir laman web ini disamping laman web ini mula diserang oleh spam.

    Terima kasih atas sokongan anda sepanjang 5 tahun kewujudan Dermarian.com

    Adam Roeslani Roslan

  • Senarai Hotel & Homestay di Perlis

    Wood Valley Lodge Perlis

    Mencari hotel dan homestay untuk kunjungan ke Perlis bukanlah suatu yang sukar. Banyak homestay ‘tumbuh’ bagi menyediakan tempat singgah yang selesa untuk pengunjung. Berikut adalah senarai homestay di Kangar, Arau dan Kuala Perlis.

    Hotel di Kangar

    1. Putra Palace – Tel: (+604) 976 7755 Fax: (+604) 976 1049
    2. Hotel Federal – Tel: 04-9766288
    3. Hotel Sri Garden – Tel: +604-977 3701 / +604-977 3702 / +604- 977 3703
    4. Sri Kayangan Inn – Tel: 04-9768121/3039 FAX : 04-9764840
    5. Hotel Kangar – Tel/Faks : 04-9767225
    6. Hotel Malaysia – Tel : 04-9761366 Fax : 04-9761366
    7. Sooguan Villa Motel (Jejawi) – Tel : 04-9772250 Fax : 04-9772250
    8. Ayu Villa Hotel (Seriab) – Tel : 04-9762434 Fax: 04-9770450

    Hotel di Kuala Perlis

    1. Putra Brasmana – Tel : 04-976 7755 Fax : 04-976 1049
    2. Kuala Perlis Seaview – Tel : 04 – 9852171
    3. Hotel T – Tel : 04-9853888/9852888 Faks : 04-9855888
    4. Azika Motel & Restaurant – Tel : 012-5694149
    5. Q Motel – Tel: En Azmir (019-5280428) / Puan Jasniyati (012-5876054)

    Resort

    1. Bukit Ayer Jungle Park Resort – Tel: 04-9777285
    2. Teratai Putih Restaurant & Resort Padang Besar (U) – Tel : 04-9493549
    3. Tasoh Lake Resort & Retreat – Tel: 04 938 7186
    4. Wood Valley Lodge, Mata Ayer Tel: 017-215 0196