MUFORS (Malaysians Unite For Road Safety) sudah banyak kali memanggil saya dan rakan-rakan daripada Jabatan Penyiaran FKPM untuk menyertai Pertandingan Filem Pendek MUFORS Road Reels melalui poster-poster yang ditampal di sekitar fakulti sejak sebulan lepas.
Panggilan mereka benar-benar mengujakan dengan hadiah yang ditawarkan ialah RM10,000 kepada setiap pemenang bagi tiga kategori yang dipertandingkan. Tema yang dipertandingkan ialah “Attitudes on Roads – A Malaysian Journey” yang bertujuan untuk mengalakkan penuntut IPTA dan IPTS untuk sama-sama menyuarakan pendapat mereka (kami) tentang kesedaran keselamatan jalan raya di Malaysia disamping membantu MUFORS mempromosikan kempen keselamatan jalan raya kepada masyarakat sekitar.

Tiga kategori utama yang dipertandingkan ialah Filem Pendek, Khidmat Pesanan Masyarakat atau Mini Dokumentari dan Animasi. Inilah masanya para penuntut IPTA dan IPTS menyuarakan pendapat mereka tentang kesedaran keselamatan jalan raya di Malaysia dan tabiat rakyat Malaysia semasa berada di atas jalan raya. Melihat kepada masa yang ada, saya seperti bercadang untuk turut serta. Maklumat lanjut pertandingan ini boleh didapati daripada laman web rasmi MUFORS di www.mufors.org.my. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 Oktober 2010.
Leave a Reply