Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • IKEA Meatballs Halal

    IKEA Meatballs Halal

    Dua tiga hari ini kecoh tentang status halal produk keluaran Secret Recipe dan makanan di IKEA Restaurant. Petang semalam, pegawai berkenaan daripada Secret Recipe mengumumkan bahawa produk mereka bebas daripada menggunakan bahan mentah yang mengandungi unsur babi.

    IKEA Meatballs Halal

    Hari ini, status halal makanan di IKEA Restaurant seperti IKEA Meatballs masih menjadi tanda tanya. Menurut salah seorang blogger, Cik Yanmie (menulis di Yanmie Online), beliau menelefon IKEA Mutiara Damansara bagi mendapat pengesahan perkara ini. Semua produk makanan di IKEA Restaurant adalah disahkan halal kerana mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM kepada pembekal bahan mentah mereka iaitu Macfood Services. Sijil halal mereka dapat dilihat daripada laman web Halal JAKIM dengan kata kunci “Macfood Services“.

    (more…)

  • (GAMBAR) Rumah Mewah CEO YTL Corporation

    (GAMBAR) Rumah Mewah CEO YTL Corporation

    Tan Sri Dato' Seri (Dr) Yeoh Tiong Lay

    Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Yeoh Tiong Lay, 81 merupakan seorang jutawan di Malaysia, yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Kumpulan kepada tiga syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur iaitu; YTL Corporation Berhad yang menjalankan kerja-kerja pembinaan dan infrastruktur seperti janakuasa, pembanguan perumahan, pembangunan hotel dan perumahan; YTL Power International Berhad, YTL Cement Berhad, YTL Land & Development Berhad. YTL Corporation mula menembusi pasaran teknologi di Malaysia dengan memperkenalkan internet mudah alih YES 4G.

    (more…)

  • (VIDEO) Angry Birds dengan Domino

    (VIDEO) Angry Birds dengan Domino

    Rovio Angry Birds

    Kegilaan kepada permainan Angry Birds di telefon pintar iPhone dan Android sangat mengujakan. Sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Flippy Cat menyiapkan sebuah video permainan Angry Birds ini menggunakan kepingan domino.

    (more…)

  • Jimat SMS dengan Hotlink Hot Tiket Talk & Text

    Jimat SMS dengan Hotlink Hot Tiket Talk & Text

    Jimat SMS dengan Hotlink Hot Tiket Talk & Text

    Hotlink mengumumkan kadar 1 sen per SMS dan 10 sen seminit ke semua rangkaian dengan Hotlink Tiket Talk & Text melalui kiriman SMS pada awal pagi tadi.

    Selang dua jam kemudian, satu lagi SMS diterima; 5 SMS pertama setiap hari (Maxis ke Maxis) akan di caj pada 2 sen per SMS bermula pada 8 Jun 2011 untuk semua pengguna Hotlink Youth Club. Walaubagaimanapun, SMS selanjutnya hanya di caj pada 1 sen per SMS untuk Maxis ke Maxis.

    Jimat SMS dengan Hotlink Hot Tiket Talk & Text

    Sehingga artikel ini ditulis, laman web rasmi Hotlink Hot Tiket masih memaparkan pakej lama bagi Hot Tiket Talk and Text. Jika 100 SMS x 0.01 sen ialah RM 1.00, kenapa harga masih RM8? Apa pun nantikan update terkini di laman web ini untuk kepastian.

    Kalau benar Hotlink mengenakan cas 1 SMS pada RM0.01, ini adalah berita baik kerana sebelum ini Hotlink Hot Tiket memberi jumlah SMS kepada penggunanya. Jika dihitung, pengguna Hotlink Youth Club rugi besar kerana setiap SMS yang dihantar akan dicas RM0.10 berbanding RM0.01 dengan Hotlink Youth Club.

    (more…)

  • (HEBAHAN) Secret Recipe Malaysia Nafi Kek Ada Unsur Babi

    (HEBAHAN) Secret Recipe Malaysia Nafi Kek Ada Unsur Babi

    Oh, salah faham rupanya. Inilah puncanya kalau misscommunication.

    (HEBAHAN) Secret Recipe Malaysia Nafi Kek Ada Unsur Babi

    Hari ini Secret Recipe Malaysia melalui Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe membuat kenyataan umum bahawa laporan sebuah blog tentang Secret Recipe menggunakan bahan yang mengandungi unsur babi dalam produk mereka adalah palsu.

    Untuk bukti sahih, anda boleh ke laman web rasmi Halal Jakim, dan buat carian “Secret Recipe” atau klik Senarai Sijil Halal Secret Recipe oleh Jakim untuk senarai produk yang mempunyai sijil halal dan  tarikh tamat tempohnya.

    (HEBAHAN) Secret Recipe Malaysia Nafi Kek Ada Unsur Babi

    (more…)

  • Popup Selebriti bersama Amylea Azizan

    Popup Selebriti bersama Amylea Azizan

    Pada 23 April lepas, Velocity Studio mempersembahkan rakaman langsung rancangan Popup Selebriti yang membawakan artis jemputan, Amylea Azizan di Studio TV Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam. Rancangan 7 segmen ini merupakan satu comeback Amylea Azizan dalam industri muzik tanah air selepas agak lama menyepi.

    Rancangan yang dihos oleh Qarami Hasim ini mengupas kisah hidup Amylea Azizan dengan membawa rakan baiknya ke studio untuk berbicara tentang kisah lampau mereka sejak zaman sekolah sehingga hari ini walaupun masing-masing sibuk dengan urusan seharian.

    Amylea juga mempersembahkan enam buah lagu seperti No One, The Climb, Kurnia, Aku Sinderella, Grenade, Aku & Mimpi dan lagu Akan Tiba dinyanyikan oleh Hafiz, seorang penyanyi yang sedang meningkat naik.

    Popup Selebriti bersama Amylea Azizan

     

    Popup Selebriti bersama Amylea Azizan

    Popup Selebriti bersama Amylea Azizan

    (more…)