Tepat jam 8.45 malam ini, pasukan kebangsaan kita akan menghadapi saingan hebat daripada Taiwan dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Menurut kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim dia dan rakan-rakannya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental menentang asakan Taiwan.
Memetik kata-kata beliau daripada Berita Harian, “Selama tujuh bulan lalu kami sekadar beraksi dalam perlawanan persahabatan dan ini peluang terbaik membuktikan kemampuan kami selepas kali terakhir menjulang Piala AFF Suzuki Disember, tahun lalu,†kata tonggak skuad Harimau Malaya itu.
“Sasaran kami adalah untuk pergi sejauh mungkin dalam pusingan kelayakan ini dan mengekal rekod tanpa kalah sepanjang tahun ini. Memang kami tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan sebenar pertama selepas kejohanan peringkat Asia Tenggara tahun lalu.â€
Semoga pasukan kita akan beroleh kemenangan di gelanggang sendiri sebagai pelindung ketika berkunjung ke tempat lawan. Semoga maju jaya!
Other articles you might like;
Kalau berdasarkan ranking dunia dan persembahan semasa, Msia patutnya boleh menang malam ni.
Kalau ikut hitam putihnya, Malaysia boleh layak lebih jauh. :)