Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • Al-Fatihah Zami Ismail

    Berita Harian melaporkan pelawak veteran, Zami Ismail, 67, atau lebih dikenali sebagai Pak Uda Pi Mai Pi Mai Tang Tu, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 10.30 pagi tadi akibat masalah jantung. Al-Fatihah.

    Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim dan sembilan orang anak. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tapah, Perak.

  • (LIVE) Keputusan Malaysia lwn Myanmar

    (LIVE) Keputusan Malaysia lwn Myanmar

    Harimau Malaya 2011

    Perlawanan persahabatan antarabangsa melawan Myanmar ini adalah perlawanan pemanas badan sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 melawan Chinese Taipei pada 29 Jun dan 3 Julai nanti. Perlawanan ini diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan.

    Keputusan Perlawanan Malaysia lwn Myanmar

    Malaysia (2) – (0) Myanmar

    RINGKASAN PERLAWANAN

    28 – Amirul Hadi Zainal menjaringkan gol pembukaan skuad Harimau Malaya.

    54 – Amirul Bakhtiar menjaringkan gol kedua selepas mendapat hantaran lintang.

    66 & 68 – Amirul Bakhtiar lagi sekali mendapat peluang 1-dengan-1 dengan penjaga gol tetapi berjaya diselamatkan.

    69 – Amar Rohidan dimasukkan menggantikan Shakir Shaari.

    (more…)

  • Joomla Day Malaysia 2011 – KLCC

    Joomla Day Malaysia 2011 – KLCC

    Joomla! Day Malaysia

    Joomla! Day Malaysia adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh komuniti Joomla, dimana tahun ini dianjurkan oleh Slashes and Dots Sdn. Bhd bersama dengan komuniti pengguna Joomla! Malaysia.

    Tujuan utama acara ini adalah untuk menyediakan platform untuk pembina web, syarikat dan komuniti Joomla! untuk belajar lebih mendalam tentang Joomla!. Selain daripada itu, acara ini menjadi medan pertemuan para pengguna dan pakar Joomla! untuk meluaskan rangkaian selain bertukar-tukar pendapat.

    Tahun ini, Presiden Open Source Matters, Ryan Ozimek akan menjadi panel utama dan bersedia membincangkan masa depan Joomla! Maklumat lanjut di laman web rasmi Joomla! Day Malaysia 2011.

    Dan, Adam adalah salah seorang yang layak menyertai Joomla Day Malaysia ini selepas ditaja oleh myHarapan. Terima kasih myHarapan! Jumpa anda di sana.

    I am eager to tell that you are the one of fifty students which is selected to be sponsored by myHarapan to attend Joomla Day Malaysia at KLCC this 25th June. Thanks for being awesomeness by registering to Joomla Day Malaysia. Your seat now is safely secured.

    (more…)

  • PTPTN akan henti pinjaman pelajar catat PNGK bawah 2.0

    Berita Harian hari ini melaporkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menghentikan pinjaman pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah. Anggota Lembaga Pengarahnya, Datuk Tajul Urus Md Zain, berkata tindakan itu bagi memastikan pelajar yang komited dengan pelajaran sahaja diberikan pinjaman.

    Sehubungan itu, Tajul Urus menasihati pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan ibu bapa dan kerajaan yang memberi pinjaman bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian.

  • Kementerian Pelancongan Belanja RM1.8 juta untuk Kempen Atas Talian dan Media Sosial

    Cerita Kementerian Pelancongan Malaysia belanja RM1.8 juta untuk kempen dan promosi di Facebook menjadi bualan hangat sehingga ke Parlimen. Banyak pandangan positif dan negatif yang boleh diambil untuk kes ini. Bagi pengamal pemasaran internet (Internet Marketer), ini adalah peluang yang terbaik untuk mereka promosikan perkhidmatan mereka kerana banyak organisasi dan kementerian sudah melihat potensi besar Facebook dan laman sosial media untuk dijadikan medium promosi.

    Sejurus selepas penyebaran berita tersebut, Kementerian Pelancongan Malaysia membuat kenyataaan media bagi menjelaskan situasi sebenar bagaimana wang RM1.8 juta dibelanjakan. Memang ada salah faham antara ahli Parlimen apabila menyatakan RM1.8 juta adalah untuk satu laman Facebook, kerana RM1.8 juta dibelanjakan kepada promosi atas talian dan ke laman media sosial.

    (more…)

  • Senarai Laman Web Kerajaan yang Digodam

    Senarai Laman Web Kerajaan yang Digodam

    Twitter Anonymous Malaysia

    Tweet @AnonMalaysia pada 12 tengah malam memberitahu bahawa mereka belum bertindak dan menuding kepada pihak lain (mungkin Kerajaan Malaysia menutup laman web) berhubung laman web yang terpaksa ditutup sementara bagi mengelakkan ancaman Anonymous.

    Berikut adalah senarai laman web yang terlibat dalam ‘peperangan’ antaran hacker yang terdiri daripada Anonymous, RileksCrew dan Dragon Force dengan Kerajaan Malaysia. Kebanyakkan daripada laman web berikut dipercayai sudah ditutup bagi mengelakkan laman web ini diserang dengan DDOS oleh penggodam.

    (more…)