Minggu Filem ‘I Love Capitalism’ 2011

Minggu Filem 'I Love Capitalism' 2011

Minggu Filem 'I Love Capitalism' 2011

“Pernah terasa seolah-olah tujuan hidup di dunia ini hanyalah untuk mencari duit dan berbelanja sebanyak mungkin?” 

“Pernah tertanya-tanya mengapa yang kaya bertambah kaya dan yang miskin sentiasa bertambah miskin?”

Pernahkah anda tanya diri anda dengan soalan di atas? Bersempena dengan Persidangan CEO Sejagat FORBES 2011 (Forbes Global CEO Conference 2011) kali ke-11 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 hingga 14 September 2011, Fahmi Reza menganjurkan I Love Capitalism 2011; satu siri tayangan filem yang akan membincangkan aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dan impak persekitaran kapitalis yang diamalkan di Malaysia khususnya.

Antara filem yang bakal ditayangkan ialah Fight Club disamping dokumentari Capitalism: A Love Story yang dipilih berdasarkan undian melalui laman Facebook I Love Capitalism 2011 (klik sini). Selepas setiap filem/dokumentari ditayangkan, satu forum perbincangan akan diadakan bagi mengupas mesej subteks daripada tayangan.

Maklumat tayangan adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 12 hingga 16 September 2011
  • Masa: Sesi Petang (4 – 7 petang) & Sesi Malam (8 – 11 malam) setiap hari
  • Tempat: Kelab 50B, No. 50B, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, 59000 Kuala Lumpur (bersebelahan Stesen LRT Bangsar)

Comments

12 responses to “Minggu Filem ‘I Love Capitalism’ 2011”

  1. Pacifista Avatar

    ingatkan ko sokong kapitalis tadi.huhu :p

  2. Ahmad Hatid Avatar

    Ingat apa lah tadi

  3. alia Avatar
    alia

    kapitalis tu ape?

    1. Pacifista Avatar

      la…tak tau ke?satu konsep ekonomi yang kaya menjadi semakin kaya,yang miskin semakin miskin.ni sistem ekonomi yang diamalkan oleh barat…

  4. Sya Isya Avatar

    tak pernah pula rasa hidup untuk cari duit je..hehe

  5. aried Avatar

    huhuhu…ingt promosi n sokong cptlsm ni.. :P sori salah anggap mula2 tngok tadi..ehhehehe

  6. titan Avatar

    hoho..ada pula filem macam ni yekk..

  7. Shell Avatar
    Shell

    tertanya-tanya apa itu kapitalis?! mungkin lepas dtg ke tayangan ni, korang akan lebih faham! jom datang! :)

  8. Juan Avatar

    bagus jugak pendedahan mcm ni

  9. nizamghazi Avatar

    Poster ni kreatif lah :)
    Dunia sekarang yang kapatalis.
    Sampai kapan pun kapatalis.

    1. Pacifista Avatar

      kapan?bila ko jadi indonesian?bukan ke ko korean ke?hehe :p

  10. Hanif Avatar

    kapitalisme adalah ideologi yang kaya bertambah kaya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *