Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Bila kali pertama anda mendaftar akaun e-mail? Kalau saya, tak silap saya daftar sekitar tahun 2002 di Yahoo! Mail sebab nak dapatkan akaun Geocities. Kemudian e-mail tu digunakan untuk mendaftar nickname di IRC. Dan kemudian akaun tersebut saya fikir sekarang tak wujud lagi ataupun sudah penuh dengan spam. Kemudian apabila Google memperkenalkan GMail sekitar 2004, saya beralih menggunakan perkhidmatan e-mel tersebut sehingga ke hari ini. Masa tu, GMail perlukan jemputan macam Google Plus atau Google Music sekarang ni.
Okay, itu pengenalan ringkas sebelum saya fokuskan kepada tajuk ‘Kenapa E-Mail Perlu Guna Nama Sendiri?’. Sebenarnya soalan ini bakal dijawab oleh anda di akhir tulisan ini. Jadi, apa kelebihan gunakan nama sendiri di e-mel berbanding nama samaran?
Perkara paling utama ialah nampak kemas dan professional. Ramai antara rakan blogger sekarang bekerja dan menuntut di institusi pengajian tinggi. Tugasan semua dalam bentuk softcopy dan cara paling mudah untuk hantar kepada rakan sekumpulan ialah menggunakan e-mel. Kalau ditulispun, nampak kemas. Berbanding bila gunakan nama samaran, bila ditulis mungkin akan timbul kekeliruan, lalu dimarahkan rakan salah menghantar tugasan.
Di dalam resume, alamat e-mel turut memberi pandang pertama yang positif. Seorang pakar kaunseling pernah memberitahu alamat e-mel yang menggunakan nama sendiri memberi gambaran bahawa orang yang ditemuduga ialah seorang yang professional dan bertanggungjawab. Itu dari sudut psikologi!
Kalau dulu kita bertukar nombor telefon, sekarang semua nak bertukar e-mel (walaupun tak jugak sebenarnya). Maklumlah, nak add di Facebook dan Twitter mestilah guna e-mel, nak tambah guna nama susah nak dihafalnya. Jadi, bila guna nama sendiri contohnya adam.roslan, senang untuk dihafal. Tambahan, tak timbul soal kekeliruan dan kalau untuk tujuan perniagaan tak segan sangat nak kongsi alamat e-mel. Umur dah 25 tapi masih guna remajahensem84, gadis_comel19 dan sebagainya.
Cukup tak beberapa sebab kenapa anda perlu gunakan e-mel dengan nama anda sendiri? Jadi kalau anda terpengaruh dengan pujukan ini dan ingin mendaftar akaun e-mel baru dengan nama anda, saya kongsikan beberapa tips mendaftar email secara professional.
- Pertama, gunakan penyedia e-mel GMail kerana kurang kerenah selain anda dapat akses ke perkhidmatan Google yang lain seperti Blogspot, Google Calendar dan Google Docs. Berbanding Yahoo Mail, e-mel akan kerap dihantar ke peti sampah akibat dicop spam walaupun sebenarnya e-mel itu penting. Jadi, takkan ada isu lagi e-mel dihantar ke peti sampah dengan GMail.
- Kedua, Gunakan dot (.) untuk memisahkan nama anda dan nama bapa, contohnya adam.roslan atau emel.saya@gmail.com dan bukannya underscore (_). Pada saya, dot lebih menarik berbanding underscore. Apa kata anda?
- Ketiga, buat akaun khas untuk akaun sosial seperti Facebook, Twitter dan Foursquare dan jangan campur aduk dengan e-mel peribadi/kerja. Tujuannya agar e-mel kerja anda tidak dipenuhi dengan e-mel notifikasi daripada Facebook. Sekali buka inbox, ada 43,394 e-mel belum dibaca, mana nak cari e-mel kerjanya. Solusinya, letak perkataan social di alamat e-mel anda seperti adam.social@gmail.com. Mudah dihafal.
- Lagi hebat gunakan domain dengan nama anda dan forward-kan ke akaun GMail, contohnya hello@namaanda.com :)
P/s – Kawan kawan dah mendaftar akaun e-mail Kerajaan Malaysia di MyEmail.my?
P/s/s – Untuk tujuan keselamatan, Saudara Affan Ruslan menasihatkan agar menggunakan e-mail random untuk akaun sosial bagi mengelakkan hacker dapat meneka e-mail dan seterusnya hack akaun anda.
Other articles you might like;
“Lagi hebat gunakan domain dengan nama anda dan forward-kan ke akaun GMail, contohnya hello@namaanda.com :)”
bro,macam mana nak forward tu bro? ajar sikit :D
ak punya email mail at azah.my… hoho…
ada dua cara, create email di google menggunakan domain sendiri atau pun cerate webmail dlm cpanel n forward ke primary email. try la.. :D
nampak menarik.terima kasih azah :D
Tak faham, little bit blur
Saya cuba buat entri tutorial berkenaan isu ini. Insya Allah.
setuju. guna email dengan nama sendiri lebih professional dan senang orang nak kenal. masa nak siapkan tesis dulu supervisor suruh create email guna nama sendiri supaya sesuai diletakkan dalam tesis. pada mulanya malas nak buat, buat pun tak ikhlas. tapi lama2 rasa sangat berguna sampailah ke sekarang ni
setujulah. nampak professional. kalau dalam bidang pekerjaan, mesti malu nak bagi email kalau letak word merepek. lecturers pon perna sound mereka2 yg emailnye mcm bdk2 tak matang.
Terima kasih berkunjung ke sini. Secara peribadi saya menggalakkan rakan-rakan guna nama sendiri dalam email sebab senang nak hafal. Kematangan pun boleh nampak dari situ kan?
p/s saya suka tulisan Izzati, kali pertama nampak ‘blogger muda’ yang gunakan Bahasa Melayu penuh tanpa kependekan. Tahniah! Kemas dan penuh dengan ilmu :)
err..terima kasih. :)
salam..agak lambat mengikuti entry ni..sy sgt setuju akaun kerja dengan akaun facebook atau sebagainya harus berlainan.Ia sgt mengganggu..
Btw, thanks for the backlink :)
Sama-sama. Isu yang sama, mesti berkait ;)
hahahahaa
betul2
macam aku nama merepek2..
tapi akaun gmail aku rasa2nya formal kut
ehehehehe
p/s : hang dah femes tak payah nak kenaikan dah blog hang
ha’aa la adam, betul jugak…
guna nama snirik sebab taktau la nak letak nama samaran padia…hehe
nice info!
Email dengan nama sendiir memang nampak profesional
Betul. Selalunya orang yang belajar di Universiti pun masih guna e-mail masa mIRC. Selayaknya tukarlah, baru nampak akademik sikit.
lagi 1, kalo utk business punya email, blh gune plugin wisestamp..nnti blh letak link fb, blog dan so on :)
Terima kasih untuk perkongsian. Memang menarik sebab boleh letak custom signature.
betul, jgn campurkan email peribadi dgn utk pendaftaran laman sosial untuk mengelakkan spam dan juga sekuriti.
Kalau setakat nak daftar laman sosial, pakai email pelik2 lagi bagus, susah org nak teka. Seterusnya susah sikit org nak hack. Just my 2 cent
Memang email menampakkan personaliti, aku setuju. Takkan kat resume nak letak email pelik2, aku pun segan camtu haha
kalau laman sosial, nak pakai email guna gmail atau yahoo? mana satu lebih baik?
Boleh guna mana-mana yang sedap dihati. Saya lagi suka GMail. Tapi untuk keselamatan gunakan password yang betul betul kukuh. Harap membantu.