Ramai pemohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang mengalami masalah dengan akaun mereka mencari bantuan di Internet. Paling kurang mencari jawapan kepada masalah mereka. Semalam, salah seorang pemohon menghantar SMS kepada saya meminta bantuan. Daripada SMS yang diterima, nampaknya seperti terdesak.
Masalah yang saya nampak dalam situasi ini ialah kata laluan yang digunakan adalah silap. Jadi, anda boleh menggunakan kemudahan ‘Terupa Kata Laluan‘ untuk set semula kata laluan anda. Jika masih tercari-cari dimana letaknya pautan tersebut, anda boleh klik di sini untuk set semula kata laluan PTPTN.
Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan, anda mempunyai beberapa cara untuk menghubungi PTPTN seperti:
- Soalan-Soalan Lazim PTPTN (FAQ) [Lancar]
- Telefon Hotline PTPTN di talian +6.03-2080 4455
- Borang Aduan dan Maklumbalas PTPTN Online [Lancar]
- Info Centre PTPTN di Damansara atau KL Sentral
Jika anda mempunyai masalah ketika menerima e-mail daripada PTPTN, pastikan anda menambah webmaster@ptptn.gov.my dan webmaster@mx3.ptptn.gov.my di dalam buku alamat emel (Contact List E-mel) dan perlu klik webmaster@ptptn.gov.my dan webmaster@mx3.ptptn.gov.my sebagai bukan SPAM.
Other articles you might like;
untuk apa kata laluan ni bro adam. dulu aku rasa xder pun pakai kata laluan…isi borang berjela-jela ada la..
Sekarang semua online. Masa saya dulu pun isi borang berjela-jela jugak. Lepas daripada saya yang mula guna online. Bila isi online kena lah ada username dan password ni.
Sekarang semua benda nak dipermudah dengan online. Tapi kalau siapa yang terlepas, memang susah sikit.
Betul tu, semua guna online. Then sever down ;p
jangan lupa nak bayar lepas dah dapat pinjaman nanti.hehe… :D
senang aje nak reset. Email diorang. Diorang akan balas. Aku sampai dah terhafal password ptptn aku..alhamdulillah, dah nak dekat habis dah ni..
boleh gtaw alamat emel dorang ?
salam…sewaktu kali pertama sye memohon ptptn sye menggunakan email lama tpi sekrg sye tk gne lgi email yng telh sye berikn kpd pihk ptptn sewktu pendaftaran.macam mana yerk nak berithu pihk ptptn sye telh gnekn email bru?
saya terlupa kata laluan saya ,jadi saya tak tahu macam mane nak bukak .saya betul betul buntu nak bukak macam mane ni .saya takut nnty saya susah kelak kalau saya tak dapat nak bukak pasword ni . .tolong saya
saya nak memohon ptptn . tapi terlupa kata laluan . tolong saya
saya dah klik butang terlupa kata laluan . tapi sistem cakap reset kata laluan tidak berjaya
saya dah lupa kata laluan saya semasa saya menukarnya tadi. jadi boleh tak tolong saya utuk ingatkan kembali?????
masalah sama mcm aishah guna email bru sebab yg lama xingt dah.mcm mana naj bgitau depa. nak reset password xleh
Aku Lupa Kata Laluan .. Macam Mana Boleh Dapatkan Balik Erk ? Dah Macam Cara Dah Buat .
hai. saya pelajar diploma dan saya apply ptptn macam biasa. bila saya daftar saya tak isi apa-apa borang. bila saya panggil pegawai ptptn kata permohonan tiada dalam sistem. kalau saya nak apply sekali lagi boleh tak saya guna no pin yang saya beli sebelum ini..??kalau boleh macam mana. bagi tahu cara-caranya..
Macam mana nak log masuk sebab tak ingat password dan email ??
Da cuba dekat trlupa kata laluan,da msukkn ic dgn abjad/huruf yg die da tulis tapi bila tekan teruskn,laman ptptn keluar gangguan sistem.sila cuba sebentar..saya dah cuba berkali-kali pada waktu yg lain tapi tetap sama lamannya…tolong saya,saya buntu?