Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • (GAMBAR) Adam Adli, Safwan Anang Dicederakan Polis

    (GAMBAR) Adam Adli, Safwan Anang Dicederakan Polis

    20120101-140809.jpg

    Ketika kedatangan tahun baru disambut meriah di seluruh negara, berbeza di Tanjung Malim apabila tahun 2012 dicemari insiden berdarah. Perhimpunan aman menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertukar ganas apabila pihak polis dipercayai memukul salah seorang peserta perhimpunan.

    Mangsa yang didakwa patah tulang rusuk ialah Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Safwan Anang Talib.
    (more…)

  • Dr Khir Toyo Dipenjara Setahun, Lot Tanah dan Banglo Dilucuthak

    Dr Khir Toyo Dipenjara Setahun, Lot Tanah dan Banglo Dilucuthak

    20111224-093947.jpg
    Isu pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga separuh lebih rendah iaitu RM3.5 juta pada empat tahun lalu oleh Dr Mohamad Khir Toyo hari ini memakan diri apabila bekas menteri besar Selangor itu dihukum penjara setahun.

    Lot tanah dan banglo bernombor 8 dan 10 di Jalan Suasa Seksyen 7 Shah Alam itu turut dilucutkan hak dan diserahkan kepada kerajaan seperti yang diarahkan oleh Hakim Datuk Mohtarudin Baki.

    Hakim Datuk Mohtarudin Baki dalam keputusannya di akhir kes pembelaan, turut mengarahkan dua lot tanah dan rumah Nombor 8 dan 10 di Jalan Suasa, Seksyen 7, di sini dilucut hak dan diserahkan kepada kerajaan.

    Dr Mohamad Khir, 45, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, menerima barangan berharga tanpa balasan iaitu mendapatkan bagi dirinya dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di Nombor 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah syarikat berkenaan, Shamsuddin Hayroni, 52, dengan harga RM3.5 juta sedangkan hartanah berkenaan dibeli syarikat terbabit dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.

    Mohtarudin berkata, mahkamah mengarahkan hartanah itu dilucut hak kerana Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 memperuntukkan perintah pelucutan apa-apa harta oleh mahkamah dalam kesalahan yang sudah dibuktikan terhadap tertuduh.
    (more…)

  • Apa Facebook Tahu Tentang Anda?

    Apa Facebook Tahu Tentang Anda?

    Apa Facebook Tahu Tentang Anda?

    Beberapa bulan lepas, seorang pelajar undang-undang di Austria, Max Schrems meminta Facebook untuk menghantar data yang berkaitan dengannya yang disimpan. Mengejutkan, Facebook menghantar Max sekeping CD mengandungi sebuah fail PDF dengan 1222 mukasurat. Beliau kemudiannya membuat laporan kepada suruhanjaya perlindungan data Ireland.

     

  • PM Lancar Rekabentuk Wang Kertas Baru, Not RM20

    PM Lancar Rekabentuk Wang Kertas Baru, Not RM20

    20111221-200249.jpg

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan reka bentuk wang kertas baru termasuk not RM20 baru yang akan mula diedarkan tahun depan.

    (more…)

  • iPhone 4S Percuma dengan Digi Khas untuk Blogger

    iPhone 4S Percuma dengan Digi Khas untuk Blogger

    20111220-203801.jpg

    Selepas dilancarkan minggu lepas, iPhone 4S akhirnya boleh dibeli di Malaysia melalui laman stor Apple Malaysia atau melalui pembekal perkhidmatan telekomunikasi seperti Digi. Digi Telecommunication Malaysia hari ini memberi anda peluang untuk memiliki iPhone 4S secara percuma dengan hanya menyertai pertandingan yang dianjurkan khas untuk para blogger.

    Caranya mudah, dengan satu entri bermakna anda layak. Ceritakan kenapa anda mahu Digi berikan anda iPhone 4S dengan menjawab beberapa point yang Digi mahukan seperti yang dipetik daripada laman blog Nuffnang.
    (more…)

  • Semak Keputusan PMR 2011 dengan mySMS pada 22 Disember

    Semak Keputusan PMR 2011 dengan mySMS pada 22 Disember

    20111220-013521.jpg

    Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia hari ini mengumumkan bahawa tarikh semakan Keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah pada 22 Disember bersamaan dengan hari Khamis. Calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah mereka mulai jam 10 pagi.

    Seramai 481,292 orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.

    Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011.