Amanz.my melaporkan bahawa Akta Kenyataan (Pindaan) 2012 akan dikuatkuasakan mulai esok selepas diluluskan kabinet pada April. Bagi kita yang tidak begitu kenal apa itu Akta Kenyataan dan apakah yang terkandung dalam akta ini, dan kenapa akta ini dipinda dan kenapa dilaksanakan pada hari ini, berikut adalah penerangannya.
Dalam Seksyen 114, Akta Penerangan 1950 menyatakan bahawa mahkamah boleh menganggap kewujudan fakta tertentu dengan menganggap kewujudan apa-apa fakta yang difikirkannya mungkin telah berlaku, setelah mengambil perhatian akan perjalanan biasa kejadian semula jadi, kelakuan manusia, dan urusan awam dan persendirian, dalam hubungannya dengan fakta kes
yang tertentu itu.
Contohnya, bahawa seseorang yang ada dalam milikannya barang curi selepas sahaja barang itu dicuri ialah pencuri barang itu atau telah menerima barang itu dengan disedarinya sebagai barang curi, melainkan jika dia boleh menerangkan bagaimana barang itu berada dalam milikannya;
Pindaan kepada Seksyen 114 (a) Akta Keterangan termasuk ketetapan adalah seperti berikut:
Dengan pindaan ini, penafian daripada pesalah tidak boleh lagi diterima sekiranya tidak disertakan bukti yang kukuh.
Selari dengan kemajuan Internet, selepas kewujudan laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, akta ini dilihat dapat membendung gejala buruk seperti penyebaran fitnah dan hasutan berleluasa di Internet.
Pemilik laman blog, portal atau laman komuniti akan lebih serius menjaga kandungan agar tidak terjebak dalam mana-mana elemen yang disebutkan di atas kerana setiap komen akan dianggap oleh mahkamah sebagai mencerminkan pandangan pemilik kecuali dinyatakan atau dinafikan.
Other articles you might like;
Jaga PC / laptop, smartphone,tablet dan awasi apa yang kita post.. InsyaAllah selamat.. :)
wah enak, bener, sehingga tulisan blog terjaga dari etika bloggernya, sayangnya di Indonesia, belum ada undang-undangnya. Hmm …
ttibe nak jadi kedekut tak bagi pinjam kat orang gadjet. haha
Bak kata pepatah…kerana pulut santan binasa,kerana mulut………… :)