≡ Menu

Pinjaman PTPTN 11,764 Pelajar ditukar Biasiswa

Sejumlah 11,764 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membayar balik pinjaman yang ditukar kepada biasiswa apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata ini merupakan satu penghargaan kepada para peminjam atas usaha keras dan kesungguhan mereka dalam bidang pelajaran.

Mengenai jumlah peminjam yang telah membayar balik hutang mereka, Ismail berkata sejumlah RM3.18 bilion berjaya dikutip daripada 759,526 peminjam.

Selain itu, sejak 31 Mac lalu, seramai 25,138 peminjam yang disenarai hitam datang berunding dengan PTPTN serta membayar balik dengan kutipan berjumlah RM178.9 juta, katanya. — Bernama

Other articles you might like;

4 comments… add one
  • mama pipie May 21, 2012, 10:21 am

    alhamdulillah.. murah rezki deme kan

  • Mohkembara May 22, 2012, 5:41 am

    Assalamualaikum Yob Adam,
    Salam ziarah. Pe kabor?
    Dah jadi pinjaman pulak. Dulu students mintak tak kasi, skrng baru nak kasi. Hmmm nak pilihanrayalah katakan.
    Entri terkini Mohkembara: MEROYAN HARI PANAS, MOH LAYAN SALJI DI KG DEREDEBI, TURKI!My Profile

  • missnina May 23, 2012, 12:14 pm

    Salam singgah kembali.

    PTPTN ada masanya menyenangkan, ada masanya agak meyulitkan keadaan. Saya? Cuba langsaikan apa yang patut, lagi 2tahun setel, insyaallah.
    Cuma kalau PTPTN boleh upgrade sistem macam LHDN, Imigresen..tentu lebih bagus :)
    Entri terkini missnina: Sudut maklum balasMy Profile

  • SITI FATIMAH (ima) June 6, 2012, 2:33 pm

    InsyaALLAH..Sy harap sy adalah pelajar yg akan tersenarai dalam Pinjaman PTPTN Pelajar ditukar Biasiswa pd tahun 2014 nanti. Doakan kejayaan sy ye.

    p/s: thankz sudi lawat blOg sy (^^)

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3