Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • Obama dengar suara KL

    Najib bersama Obama selepas menghadiri mesyuarat pemimpin ASEAN-Amerika Syarikat di Phnom Penh, semalam.

    Najib bersama Obama selepas menghadiri mesyuarat pemimpin ASEAN-Amerika Syarikat di Phnom Penh, semalam.

    Presiden AS ambil tindakan hentikan konflik di Gaza selepas Najib, Susilo bangkitkan isu kekejaman Israel

    Usaha Malaysia dan Indonesia membangkitkan isu kekejaman rejim Zionis ketika mesyuarat ASEAN-Amerika Syarikat di sini kelmarin berjaya mempengaruhi Presiden Barack Obama mengambil tindakan segera membendung keganasan di Gaza.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata selepas beliau dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono bercakap mengenai isu itu, Obama terus bertindak untuk membendungnya.

    Tangani kekejaman zionis

    Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh Obama di luar mesyuarat Perkongsian Trans Pasifik (TPP) di Peace Palace di sini semalam.

    “Obama memberitahu saya, beliau membuat beberapa panggilan telefon selepas Malaysia dan Indonesia membangkitkan perkara itu.”

    “Beliau sudah bertindak memainkan peranan cuba menghentikan konflik yang berlarutan di Gaza,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, di sini semalam.
    Najib berkata, beliau mengambil kesempatan membangkitkan konflik di Gaza dalam mesyuarat pemimpin ASEAN-Amerika Syarikat dan memohon Obama bertindak mencari penyelesaian membendung keganasan.

    Katanya, ia bukan saja penyelesaian jangka pendek tetapi jangka panjang.

    “Malaysia juga menggesa Amerika meluangkan masa bagi memulakan semula rundingan berdasarkan penyelesaian dua negara sebagai asas penyelesaian pertikaian itu,” katanya.

    Najib berkata, Obama memaklumkan beliau mahu keganasan dihentikan dan mengakui cabaran mencari penyelesaian amat rumit.

    “Oleh itu, Obama amat tertarik konsep kesederhanaan sebab yakin ia adalah satu nilai yang boleh menentukan setiap insan akan mendapat peluang mengembangkan potensi, menyelesaikan konflik serta membantu ke arah keamanan, kedamaian dan kestabilan dunia,” katanya.

    Mengenai perkara lain yang dibangkitkan beliau dalam mesyuarat itu, Najib berkata Malaysia menyokong cadangan oleh Tokoh Terkemuka ASEAN-Amerika Syarikat untuk menaik taraf kerjasama kepada perkongsian strategik.

    “Oleh kerana kepentingan rantau ini sebagai kuasa ekonomi global, cadangan itu akan meningkatkan keyakinan terhadap rantau ini,” katanya.

    Beliau berkata, mesyuarat juga mengalu-alukan cadangan Kumpulan Tokoh Terkemuka ASEAN-Amerika Syarikat supaya mesyuarat itu dinaikkan taraf kepada Sidang Kemuncak.

    Perdana Menteri berkata, Malaysia juga menegaskan komitmen dalam isu sekuriti maritim seperti isu Selat Melaka.

    Via: Obama dengar suara KL

  • Doa hancur sesama Islam haram: Mufti

    Mendoakan dan mengaminkan kehancuran saudara sesama Islam adalah perbuatan bidaah yang hukumnya haram. Justeru, menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria mereka yang melakukannya perlu bertaubat.

    Beliau menegaskan dakwaan UMNO murtad adalah tuduhan bersifat fitnah yang tidak mempunyai asas jelas dari segi hukum syarak.

    Jika orang itu tidak kafir, tetapi dia menuduh kafir… jadi dia kafir. Justeru, orang itu kena bertaubat. Selain itu, tuduhan mengatakan murtad terhadap orang Islam lain tanpa asas kukuh adalah fitnah.

    (more…)

  • Draf 5 tahun lonjak kerjasama Beijing, KL

    Najib mengadakan perbincangan bersama Jiabao pada mesyuarat dua hala Malaysia-China sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Peace Palace, Phnom Penh, semalam. - Foto BERNAMA

    Najib mengadakan perbincangan bersama Jiabao pada mesyuarat dua hala Malaysia-China sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Peace Palace, Phnom Penh, semalam. – Foto BERNAMA

    China akan mengemukakan draf Pelan Lima Tahun Kerjasama Ekonomi dalam masa terdekat untuk melonjakkan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan Malaysia.

    Ia dimaklumkan Perdana Menteri China, Wen Jiabao kepada Datuk Seri Najib Razak, dalam mesyuarat dua hala di luar Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini, kelmarin.

    Perdana Menteri berkata, pelan kerjasama bermula 2013 hingga 2017 akan mengembangkan lagi perdagangan dua hala yang boleh mencecah US$100 bilion dolar (RM300 bilion) dalam beberapa tahun akan datang.

    (more…)

  • DAP tak mahu Hadi jadi PM

    Kuala Lumpur: DAP menolak cadangan Dewan Ulama PAS yang mahukan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri jika pembangkang berkuasa di negara ini.

    DAP tidak berganjak dengan ketetapan sebelum ini dan mahu jawatan itu diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata ia adalah pendirian konsensus pembangkang dan tidak akan diubah.

    “Berdasarkan apa yang dipersetujui dalam pakatan pembangkang selama ini, Perdana Menteri adalah Anwar. Kita kekal dengan apa yang dipersetujui dalam pakatan pembangkang sebelum ini,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

    (more…)

  • Panduan Bayaran Saman/Denda Konvokesyen UiTM 2012

    Panduan Bayaran Saman/Denda Konvokesyen UiTM 2012

    Selepas pengumuman diskaun 90% saman/denda untuk semua siswa/siswi UiTM yang akan berkonvo pada hujung tahun ini, pihak Bendahari UiTM mengumumkan langkah mudah untuk membayar baki saman/denda. Kempen pengurangan saman trafik ini hanya sah sehingga 31 Oktober 2012.

    (more…)

  • Semakan Agihan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia UiTM Shah Alam

    Semakan Agihan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia UiTM Shah Alam

    Berita baik kepada semua siswa/siswi yang menuntut di UiTM Shah Alam. Anda hari ini boleh menyemak nama anda bagi agihan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia-Bank Rakyat melalui Portal Bendahari UiTM dengan klik pautan ini.

    Semak nama anda melalui fail ini, kemudian ikuti tiga langkah mudah untuk menuntut kad diskaun anda.

    (more…)