Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • Daftar dan Semak Permohonan Get Malaysian Business Online (GMBO)

    Geran GMBO - adamroslan

    Usahawan dalam talian di Malaysia antara golongan yang diberi perhatian dalam pembentangan bajet tahun lepas oleh YB Dato’ Seri Najib Razak. Mereka layak menerima geran perniagaan online sebanyak RM1,000.00 untuk setiap perniagaan.

    (more…)

  • Pemuda nyaris maut ditikam

    Seorang pemuda berusia 26 tahun nyaris maut selepas ditikam dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki yang berang kerana mendakwa isterinya dirogol oleh mangsa berkenaan beberapa bulan lalu.

    Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata dalam kejadian kira-kira 9.45 malam semalam, mangsa cedera di paha kiri dan tapak tangan kirinya selepas ditikam lelaki tersebut, ketika sedang bersembang dengan beberapa rakannya di sebuah kedai burger di Bachok.

    (more…)

  • #HotFMSejuta apa kisahnya?

    Sedang asyik menonton Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu ke-2, timeline di Twitter menjadi sesak dengan berita kemenangan seorang pendengar/peserta palsu #HotFMSejuta yang menerima iPhone 5S. Akaun @haziqopus yang didaftarkan pada November 2013 milik Haziq berjaya menjawab soalan yang diajukan.

    #HotFMSejuta apa kisahnya?

    (more…)

  • Manjhi abadi 22 tahun ‘potong’ gunung

    Dashrath Manjhi

    Dashrath Manjhi dilahirkan pada 1934 dalam keluarga susah di perkampungan Gahlour berhampiran Gaya, Bihar. Pada tahun 1967, isterinya Falguni Devi jatuh sakit dan memerlukan rawatan daripada doktor. Dalam perjalanan ke hospital berhampiran yang terletak 70 kilometer daripada kampungnya, isterinya meninggal dunia.

    Selepas daripada peristiwa itu, beliau sedar bahawa penduduk kampung mempunyai masalah untuk ke bandar berhampiran kerana kampung mereka dan bandar dipisahkan oleh gunung. Bagaikan tidak mahu pisang berbuah dua kali, beliau memulakan sesuatu yang tidak dijangka.

    (more…)

  • Indeks Pencemaran Udara di Muar, Ledang cecah 746 melebihi tahap kecemasan
  • Pejabat kerajaan, swasta, kilang, ladang, kuari, tapak pembinaan dinasihat tutup

    Kuala Lumpur: Muar dan Ledang diisytiharkan daerah Darurat Bencana Jerebu mulai semalam apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500, iaitu pada tahap kecemasan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan IPU di dua kawasan berkenaan mencecah sehingga 746 pada jam 7 pagi semalam dan menurun kepada 690 pada jam 11 pagi dan 507 pada jam 5 petang, tetapi masih pada tahap berbahaya.

  • Kronologi Penceroboh Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu, 12 Feb – 5 Mac

    Kronologi Penceroboh Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu, 12 Feb – 5 Mac

    Kronologi Penceroboh Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu, 12 Feb - 5 Mac

    Hampir 22 hari Pencerobohan Kumpulan Bersenjata di Lahad Datu dan kawasan sekitar. Sehingga 5 Mac, 8 orang pejuang Negara terkorban, mereka ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sjn Sabarudin Daud, 46 dari Kem Ulu Kinta Perak.

    Pada 2 Mac, enam lagi anggota Polis di Semporna terkorban, mereka ialah,

    1. Supt Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman
    2. L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau
    3. Sjn Abdul Azis Sakirun, 48, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau
    4. Kpl Salam Togiran, 42, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
    5. ASP Michael Padel, 36, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna
    6. Sjn Baharin Hamid, 49, dari Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Sabah.

    Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu yang disediakan oleh BERNAMA.

    (more…)