
Hampir 22 hari Pencerobohan Kumpulan Bersenjata di Lahad Datu dan kawasan sekitar. Sehingga 5 Mac, 8 orang pejuang Negara terkorban, mereka ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sjn Sabarudin Daud, 46 dari Kem Ulu Kinta Perak.
Pada 2 Mac, enam lagi anggota Polis di Semporna terkorban, mereka ialah,
- Supt Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman
- L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau
- Sjn Abdul Azis Sakirun, 48, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau
- Kpl Salam Togiran, 42, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
- ASP Michael Padel, 36, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna
- Sjn Baharin Hamid, 49, dari Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Sabah.
Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu yang disediakan oleh BERNAMA.
12 Feb – Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjata yang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.
14 Feb – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengenal pasti kumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari selatan Filipina.
14 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan berkenaan.
16 Feb – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.
18 Feb – Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa pertumpahan darah.
24 Feb – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yangbertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas.
26 Feb – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
28 Feb – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
1 Mac – Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin Daud terkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.
2 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan pangkat kepada dua anggota Komando VAT 69 yang terkorban dalam kejadian tembak menembak di Lahad Datu. Mayat kedua-dua anggota VAT-69 yang maut dalam misi Ops Sulu di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo selamat tiba jam 12.30 tengah hari tadi dibawa oleh pesawat Charlie 130.
2 Mac – Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Kejadian pada pukul 8 malam itu menyebabkan enam anggota kumpulan penceroboh terbunuh.
3 Mac – Mayat enam anggota polis dikeluarkan dari kawasan perkampungan air itu dan polis turut mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari kampung itu.
4 Mac – Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brillantes dan Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dilapor bertemu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mencari resolusi damai.
4 Mac – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan keadaan keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna di Sabah adalah terkawal.
4 Mac – Polis mengeluarkan senarai nama enam pegawai dan anggota yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah.
5 Mac – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu media sebanyak tujuh batalion tentera dikerah bagi membantu pasukan polis menghadapi penceroboh di Sabah. Menerusi laman Twitter, beliau berkata daripada jumlah itu, lima batalion dihantar ke Lahad Datu, manakala dua batalion lagi masing-masing di Tawau dan Sandakan.
5 Mac (7 pagi) – Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di kawasan kampung itu.
5 Mac (8 pagi) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
5 Mac (11 pagi) – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan Ops Daulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.
5 Mac (1.30 tengah hari) – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.
5 Mac (4 petang) – Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakan operasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masih ada musuh di kawasan itu.
5 Mac – Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian, kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.
Sumber: mStar Online, Sinar Harian
Other articles you might like;
Bila la nak selesai pertempuran dengan pengganas sulu ni..
Susah juga, haisshhh harap2 masalah ni dapat diselesaikan secepat mungkin.
Bila la nak tamat? Pakcik saya polis, dihantar ke Lahad Datu huhu