≡ Menu

Manjhi abadi 22 tahun ‘potong’ gunung

Dashrath Manjhi

Dashrath Manjhi dilahirkan pada 1934 dalam keluarga susah di perkampungan Gahlour berhampiran Gaya, Bihar. Pada tahun 1967, isterinya Falguni Devi jatuh sakit dan memerlukan rawatan daripada doktor. Dalam perjalanan ke hospital berhampiran yang terletak 70 kilometer daripada kampungnya, isterinya meninggal dunia.

Selepas daripada peristiwa itu, beliau sedar bahawa penduduk kampung mempunyai masalah untuk ke bandar berhampiran kerana kampung mereka dan bandar dipisahkan oleh gunung. Bagaikan tidak mahu pisang berbuah dua kali, beliau memulakan sesuatu yang tidak dijangka.

www.youtube.com/watch?v=xuz7qIjEjmQ

Beliau memulakan kerja-kerja ‘memotong’ gunung tersebut untuk membina laluan khusus kepada penduduk kampung untuk terus sampai ke bandar dalam masa yang singkat. Hampir 22 tahun beliau memerah keringat, akhirnya laluan sepanjang 360 kaki, 30 kaki tinggi dan 25 kaki lebar berjaya disiapkan. Laluan ini memendekkan jarak antara Atri dan Wazirganj dari 55 km ke 15 km.

Dashrat Manjhi potong gunung

Beliau meninggal pada tahun 2007 dan kerjaan tempatan mengiktiraf usahanya untuk membantu penduduk kampung dan memakan laluan tersebut sebagai Jalan Dashrath Manjhi.

Sumber

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3