
Menyimpan emas adalah satu cara untuk melabur. Namun, mentaliti bahawa membeli emas adalah untuk golongan yang mampu dan berada adalah salah. Saya mula menyimpan emas sejak di zaman menuntut di UiTM Shah Alam, dengan mengamalkan satu dinar satu semester. Alhamdulillah, kesemua koleksi dinar emas tersebut itu saya gunakan sebagai hantaran perkahwinan.








