BW lebih mudah dengan ezBlogwalking!

ezBlogwalking

Salam 1Malaysia. Selepas lama menyepi, kali ini saya kembali dengan membawa beribu harapan. Antaranya ialah mendapatkan wang lebih untuk membayar bil Internet dan telefon melalui blogging dan pemasaran Internet. Semoga momentum ini dapat la dikekalkan, sekurangya nilai Alexa dapat dikurangkan kepada ratusan ribu, berbanding juta sekarang. Semoga berjaya.

Dari dulu saya berangan untuk wujudkan satu mekanisma blog walking yang sistematik, setelah mengkaji dalam mimpi saya keluarkan ezBlogwalking ini. Konsepnya mudah, saya senarikan semua URL rakan blogger di dalam sistem, kemudian klik pada butang ezBlogwalking dan sistem akan memaparkan blog yang tersenarai. Dari situ, anda sudah menjimatkan masa untuk klik satu per satu, dan anda hanya fokuskan pada bacaan sahaja.

Berminat nak cuba? Klik pada ezBlogwalking di bahagian menu sana. Klik pada butang untuk ke blog seterusnya. Mudah bukan? Jika anda berminat untuk menyertai senarai blogwalking ini, sila hubungi saya melalui borang ini.

Comments

8 responses to “BW lebih mudah dengan ezBlogwalking!”

  1. sabree hussin Avatar

    kita boleh set sendiri nak pilih dan nak senarai blog yang mana ke?

    1. Adam Roslan Avatar

      Sekarang belum boleh lagi Bro, semua ikut senarai blogroll aku. Kalau nak bagi list nanti aku buatkan satu list khas. Hehe.

  2. Khairul Zamri Avatar

    Satu usaha dan teknik yang mudah ni. Senang mahu blogwalking dan satu kelebihan jimat masa lagi-lagi saya yang kurang masa online :)

    1. Adam Roslan Avatar

      Jimat betul, sebab kita dah ada senarai blog wajib lawat kan, so kita takkan terlepas untuk melawat bloggers yang lain.

  3. amirulfaiz Avatar

    Ya, saya pun nak wang lebih untuk bayar bil telefon dan internet. Hehe. :D

  4. titan Avatar

    bagus gak benda nih. pintar hang eh.

  5. Hafizul Avatar

    Huhu..memang seronok kalau macam ni..jap nak try klik..haha

  6. Shaklee Avatar

    Salam tuan rumah yang hebat

    terima kasih dan tahniah atas inisiatif pintar ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *