Pengguna Blogspot.com boleh menggunakan custom domain seperti .com, .net, .org atau .my untuk memudahkan URL blog anda diingati. Selain daripada itu, fungsi ini dapat membina branding untuk produk atau servis yang ditawarkan.
Untuk menggunakan domain .com, anda perlulah mendaftar di mana-mana reseller seperti di Serverfreak. Harga yang ditawarkan untuk setiap domain bermula RM40 hingga RM150. Selepas mendaftar, anda boleh ikuti langkah mudah di bawah.



