
Sebagai sebuah platform wajib lawat, Facebook mampu memberi jualan kalau kena caranya. Jualan tersebut boleh jadi secara iklan percuma atau berbayar. Bagi peniaga yang mahu mencapai pasaran yang lebih luas, mereka perlu gunakan servis iklan berbayar yang dikenali sebagai Facebook Ads.
Facebook Ads pula mempunyai dua kaedah, Boost Posts atau melalui kempen. Ada pro dan kontra bagi dua kaedah ini. Antara perbezaan paling ketara ialah Boost Posts cuma membenarkan target lokasi, jumlah bajet, dan tempoh iklan. Titik. Jadi, anda tidak boleh ‘customize’ mengikut target market/demografi pilihan anda. Boost Posts boleh diakses di setiap penjuru bawah posts di fanpage anda.