Author: Adam Roslan

  • Bittersweet : Perfect Match

    Bittersweet merupakan sebuah band Indie yang berasal dari Ipoh, Perak yang dianggotai oleh 5 orang anak muda yang berwawasan. Album pertama mereka berjudul Perfect Match telah dijual di pasaran. Tak banyak aku nak cakap pasal deorang ni, kalau nak tau lebih lanjut leh tengok deorang punya official myspace, www.myspace.com/bittersweet. Thanks to Zienow yang memperkenalkan band ni kat aku. :)

    BITTERSWEET – PERFECT MATCH (Independent)

    Track Listing

    1. A Perfect Match
    2. Simone
    3. Come On
    4. It’s Monday
    5. In Bloom
    6. Get It On
    7. Going Into The…
    8. Big Black Hole
    9. Capital E
    10. Kuching Hitam

    Sedikit buah tangan daripada aku untuk visitor Adam’s Playground.

    Bittersweet – Capital E

    [audio:http://www.rs.com.my/data/Bittersweet_XterdotOrg_Capital_E.mp3]

    Youtube!: Bittersweet @ The Curve Video

  • Pixel Art!

    Tengah aku mencari bahan untuk dimasukkan ke dalam blog semalam, aku terjumpa satu site ni.

    Cool collaboration pixel-art project by MrWong.de. It is 2000+ metres high (the Petronas Towers are around 500m) and made from 406 people.

    Smart gak mau ada idea yang kreatif macam ni, lagi satu BlueSfear Worm, gambar yang disambung-sambung dan menjadi hasil yang menarik!

  • Hujan Keroncong – Adibah Nor (OST Mukhsin)

    Hujan Keroncong – Adibah Nor (OST Mukhsin)

    193066050_c21a7c709b.jpg

    Lirik

    Mega mendung di angkasa
    Hembusan bayu dingin terasa
    gerimis berderai di merata
    bagai mutiara

    Rahmat dibawa bersama
    Limpahannya meresap dijiwa
    adakala bahgia terasa
    meskipun duka nestapa

    Tika hujan turun
    sayup mendayu lagu keroncong
    merdu irama dialun
    bersenandung

    Hujan membasahi bumi
    melahirkan keluhuran budi
    mengeratkan perpaduan suci
    kasih sayang abadi

    Streaming

    [audio:http://www.rs.com.my/data/Adibah Nor – OST Mukhsin – Hujan.mp3]

    Download

    Hujan Keroncong – Adibah Nor (OST Mukhsin) (Zip Pass: xterdotorg)

    Ni satu lagi lagu time Mukhsin terbang time deorang tengah dating, tajuknya Ne Me Quitte Pas nyanyian Nina Simone. Sesapa ada lirik boleh share kat sini ok?

    Streaming

    [audio:http://www.rs.com.my/data/Nina Simone – Ne Me Quitte Pas.mp3]
  • The Fabulous Cats – Dari Sinar Mata

    Lirik

    Keunggulan cinta dari sinar mata
    Yang bergelora
    Hati ditaman berbunga
    Satu impian satu harapan
    Sudah pasti ada sebaliknya
    Satu rahsia

    Engkau di mataku adalah cahaya
    Perjalanan ku
    Terang menyuluh segala
    Yang tersembunyi
    Lama kucari
    Sudah pasti ada jawapannya
    Kemungkinan itu

    Datang hampir senja sedang aku
    Merangkak dan kehausan cinta itu
    Kau hulur tangan mu
    Membawa ku ke atas semula
    Berdoalah aku kesyukuran
    Tercantum cinta jadi satu
    Biar ku tebus segalanya
    Agar di teman cinta yang suci itu

    Streaming

    [audio:http://www.rs.com.my/data/The Fabulous Cats – Dari Sinar Mata.mp3]

    Download The Fabulous Cats – Dari Sinar Mata

    The Fabulous Cats – Dari Sinar Mata

    Password: xterdotorg

  • Hari-hari yang Sibuk!

    Wah wah!

    Sibuk dan tiada kesempatan untuk online sbb banyak aktiviti yang best dalam minggu ni dan minggu-minggu lepas!

    • Perkhemahan Pengakap Sekolah Rendah dan Menengah Negeri Perlis 2007
    • Perkhemahan Muhibbah Pengakap Kelana Titiwangsa, Balik Pulau dan Negeri Perlis 2007
    • ….

    Lagu Fiq dapat sambutan yang hebat dalam blog ni, thanks kepada user yang sudi join blog ni dan dengar lagu Fiq kat sini.

    Dan kepada sesapa yang nak lagu, bolehlah dibuat request dan insya-Allah saya akan tunaikan apabila saya berpeluang untuk online. Thanks :)

  • Trip Ke Langkawi [3H 2M]

    Trip Ke Langkawi [3H 2M]

    Pada 4 Mac 2006, crew Reflector Studio telah dijemput untuk ke Hotel Langkasuka, Langkawi untuk satu temu janji berkaitan perjanjian timbal balik membina laman web untuk hotel tersebut. Trip yang disertai oleh Aku, Hafiz aka Epih, Ariff aka Cedin, Cipun aka Saipon, dan Fakhrul aka Pandir.

    Kami bertolak dari Jeti Kuala Perlis tepat jam 6.00 petang menaiki feri xXXXXxx dan selamat tiba di Jeti Kuah pada jam 7.00 petang. Ketibaan kami disambut oleh En Azhar aka Abg Azhar yang merupakan seorang pengurus di Hotel Langkasuka aka orang yang bertanggungjawab mengendalikan urusan laman web tersebut. Sejurus selepas itu, kami dibawa ke hotel untuk makan malam.

    Jeti Kuah Wit En Azhar! Ref!ector Crew

    Selesai makan malam, kami dibawa bersiar-siar di Langkawi Fair dan Dataran Lagenda. Tepat jam 10.00 malam, kami pulang ke hotel penginapan untuk memulakan sesi pembelajaran kami. Aku mengajar En Azhar serba sedikit bagaimana untuk memformat komputer dan tips-tips ringkas untuk menjaga dan menyelenggara komputer.

    Jam 11.00 malam, kami turun ke bawah untuk mengambil supper dan En Azhar banyak menceritakan pengalamannya kepada kami untuk dijadikan pengajaran. Kami amat terharu mendengar ceritanya yang kadang-kadang sedih dan juga diselitkan dengan cerita-cerita lawak. Selepas itu kami kembali ke office untuk menyambung kelas pelajaran kami. Apabila selesai, kami bersama-sama bersetuju untuk meronda malam sekitar Pulau Langkawi. Dengan berbekalkan RM3 setiap seorang, kami mengisi minyak untuk mengembara malam. Kami menaiki kereta yang dipandu Abg Azhar dan destinasi pertama kami ialah Pantai Chenang. Kami tiba di Pantai Chenang kira-kira 2.30 pagi dan berjalan lebih 2 KM di pesisir pantai Pantai Chenang.

    Selepas itu, kira-kira jam 5.40 pagi kami meneruskan perjalanan ke Petronas Quay dan singgah solat Subuh sebelum ke Tanjung Rhu kira-kira jam 6.40 pagi. Kami meluangkan masa untuk menghirup udara segar sebelum pulang ke hotel penginapan jam 8.00 pagi kerana Abg Azhar bekerja pada pagi tersebut.

    Pagi kami diisi dengan aktiviti tidur dan melepak di dalam bilik dan kami dikejutkan oleh Abg Azhar pada jam 1.30 tengah hari untuk makan tengah hari dan menyelesaikan beberapa perkara yang belum diselesaikan pada sebelah malamnya. Selepas makan tengah hari, Abg Azhar menyuarakan pendapat agar kami terus tinggal di sini untuk sehari lagi kerana dia akan ke Kuala Lumpur atas urusan peribadi.

    Abg Azhar: Abg nak bagi pendapat la, apa kata hampa lajak tidoq semalam dua lagi.. Seminggu pun boleh, boleh teman abang kat sini.
    Epih: Kami bukan apa, banyak kerja lagi yang ada kat Perlis.
    Abg Azhar: Alang-alang mai tu, biaq la lama sikit.. La macam ni la, hampa tolong abang, abang tolong hampa balik. Kita orang sekampung. Apa kata ampa tidoq aja kat bilik abang tu, FOC.
    Epih: *Aduh, tak suka..*
    Adam: Takpa, satgi kami buat meeting lain..
    Abg Azhar: Ok, abang nak kena balik bilik sat, nak p bersiap barang nak p KL lepas Asar nanti.
    Cipun: *Aduh, tak suka la macamni.. Tak suka..*

    Maka, kami pun bersepakat untuk terus tinggal sehari lagi di Pulau Langkawi dan mengerjakan beberapa perkara yang belum diselesaikan. Perkara yang menjadi masalah besar kepada kami ialah pengangkutan dimana syarat untuk menyewa kenderaan sama ada motor atau kereta memerlukan si pemandu mempunyai lesen D. *Tapi, semua dok ada lesen*.. Kami hampir-hampir putus asa untuk mencari penyewa kereta kerana semua memerlukan lesen untuk memenuhi syarat. Walaupun Abg Azhar sedang dalam perjalan ke KL, namun dia banyak membantu kami bagi mendapatkan contact number penyewa kereta. Abg Azhar merekomen untuk bertanya ke kedai berhampiran. Tanpa melengahkan masa, aku pun pi kat kedai tu.

    Aku: Makcik, kat sini ada sewa kereta ka?
    Makcik: Ya, ada.. Encik nak sewa kereta berapa hari?
    Aku: Er.. sehari berapa makcik?
    Makcik: Sehari RM70 jer encik..
    Aku: La ni kereta tu ada? *Dengan nada ingin tahu*
    Makcik: Ada, tu depan tu.. Kereta putih tu.. *Sambil menunjuk kearah kereta Nissan AD Resort*
    Aku: *Aduh, kecil saja..* Ha, pakai jadi.. Gena nak sewa?
    Makcik: Mai duit, kira sewa la..
    Aku: Ha, pakai jadi.. pakai jadi.. *dengan terketar-ketar, takut dia mintak lesen kereta*
    Makcik: Ok, jaga elok-elok na..
    Anak Makcik Yang Cun: Ha, tinggai la nombor telefon, kot ada apa-apa boleh telefon.
    Aku: Ha.. Amik ni.. 012-xXXXxXXXx.. *Lalu membelahkan diri dengan perasaan gembira*

    Aduh, lesen tak mintak pun makcik ni.. Epih yang mulanya muram kini kembali ceria. Kami naik ke bilik dan bersiap-siap untuk keluar bersiar-siar dan sempat menjamah makan malam di hotel. Aduh, orang tak usha pun.. Kami menuju ke Pantai Chenang untuk rilex-rilex dan lepak di Rasa Cafe, Chenang. Selepas lepak di Chenang, kami ke Awana Resort tetapi tidak dibenarkan masuk untuk orang ramai dan singgah di TM Resort bertemu Jeff yang bekerja di sana.

    Dengan Nissan AD Resort Pantai Pasir Hitam

    Tepat jam 2.00 pagi, kami ke Langkawi Parade yang terletak di sebelah Hotel Langkasuka untuk ke Pusat Snuker dan pulang ke bilik jam 4.30 pagi dan aktiviti kumpul daya dijalankan. Esoknya, kami bergerak awal untuk mengelilingi Pulau Langkawi. Kami singgah ke tempat-tempat menarik seperti Pantai Pasir Hitam, Petronas Quay, Kereta Kabel Gunung Mat Chincang, Air Terjun Telaga Tujuh, Makam Mahsuri dan Beras Terbakar.

    Kereta Kabel! Bye bye Langkawi!

    Dengan berbekal minyak yang diisi sebanyak RM 50, kami mampu mengelilingi Pulau Langkawi sehinggakan beberapa kali melalui jalan yang sama. Meter trip yang direkodkan ialah kami telah menempuh perjalanan sejauh 265 KM dalam masa 24 jam.

    Perbelanjaan

    Tiket Feri; RM15 x 2 = RM 30
    Hotel; RM 50 x 2 = RM 100 FOC
    Kereta; RM 70 / 5 = RM 14
    Minyak; RM 25 + RM 10 + RM 15 = 50 / 5 = RM 10 untuk 260KM
    Lain-lain; RM 50

    Kesimpulan

    Trip ni da best! Ini merupakan kali pertama Cipun ke Pulau Langkawi dan banyak kenangan manis telah terukir di sini. Dengan hanya berbekalkan RM 100, kami mampu survive untuk tinggal di Langkawi selama 3 hari 2 malam. Dengan adanya kereta, kami telah melalui dan singgah ke semua tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi dengan maksud lain, semua jalan di Pulau Langkawi telah kami lalui dan dah boleh hafal jalan-jalan di sini.

    Rancangan Masa Depan

    Trip ke Langkawi hanya RM 100? Boleh hidup ka?? Bila nak mai lagi, kena bawak lebih untuk bayaran masuk ke tempat peranginan seperti;

    • Kereta Kabel Gunung Mat Chincang – RM 25
    • Under Water World – RM 28

    Jom usha gambar menarik sekitar Pulau Langkawi!