Author: Adam Roslan

  • Kali Terakhir

    Salam.

    Kenapa kali terakhir? Sbb kali terakhir aku memblog pada 22 Januari 2007. Satu tempoh masa yang lama dan dalam tempoh masa ni, banyak perkara berlaku dan antaranya merupakan satu kenangan yang manis dan pahit untuk ditelani. Haha..

    Aktiviti Bulan Ini

    Kursus Kepimpinan Belia Peringkat Negeri Perlis 01/2007
    Kem Pengakap Kelana 01/2007

    dan banyak lagi aktiviti menarik sepanjang Februari 2007!!

  • My Life?

    My Life

    Rutin harian, bangun pukul 9 pagi dan terus ke kedai untuk melaksanakan kewajipan. Bekerja untuk mencari secebis pengalaman sebagai bekalan menghadapi masa depan yang mencabar dan penuh dengan kekejaman. Wudien, ayat skema siot.. Ya lah, 9 Pagi masuk kerja, 4.30 Petang keluar keja pastu balik rumah atau pi memana yang dirasakan best.

    Start Sabtu aritu, dah bertambah bilangan member aku yang mempunyai pekerjaan sampingan, iaitu menjadi penjual Jagung Panggang Matahari. Apa itu? Jagung Panggang Matahari ialah sebuah rangkaian gerai yang menjual jangung Taiwan yang dipanggang dan dijual dengan harga RM2 bagi satu labu/setongkol. Jagung Panggang Matahari ini terdapat di 5 lokasi berbeza di seluruh negeri Perlis, iaitu di hadapan The Store, Padang Besar, Kuala Perlis, depan Aneka dan Taman Kemajuan. Mai la pakat-pakat beli.. Sedapppppp..

    Aku Masih Mengharap

    Banyak benda yang aku berharap akan terjadi kat diriku yang lemah ini, pertama, menanti si epal hijau yang sedang sibuk nun jauh di sana. Kedua, menanti perkhabaran gembira yang aku boleh join Red Frame Studio dan belajar selok belok fotografi dengan deorang yang dah pakar. Kalau dah ada ilmu tu, apa salahnya dicurahkan kepada orang yang memerlukan. Betul tak gitu? I hope so…

    My Project

    Projek? Sebagai usahawan muda yang berjaya, banyak projek perlu dilakukan untuk menajamkan minda dan mengasah bakat. Antara projek yang sedang dijalankan dalam minggu/bulan ini ialah.

    • Proses penaiktarafan laman web penyokong Singa Utara, www.singautara.net dan maintenance.
    • Hotel Langkasuka Langkawi, masih menunggu payment daripada pihak pengurusan.
    • Komuniti Remaja Malaysia, www.mydspace.org

    Berkaitan dengan menunggu payment ni, orang yang berpengalaman, pakar dan ‘pakar’ hanya gelakkan aku. Kenapa?

    “Hey, ko buat kelakar ke? Kalau aku, paling minimum pun RM2000…”

    “Hah? Buat video production hampa amik RM150 saja?”

    Kenapa RM 150? Di Negeri Perlis kesayangan ni, bidang-bidang pembangunan laman web ni masih kurang menjadi perhatian dan video production pun orang tak kisah sangat. Walaupun ramai yang mampu memiliki Video Cam sendiri, tapi deorang tak mampu nak manfaatkan perkhidmatan yang disediakan.. Mungkin salah aku jugak, kurang promosi..

    Akhirul Kalam

    Buat masa ni, aku gembira di tempat aku bekerja sekarang. Kamera yang aku gunakan untuk shoot/candid gambar telah dipinjam buat masa yang agak lama. Aku masih mencari kalau-kalau ada kamera Digital SLR yang dalam keadaan baik untuk dibeli.

  • Salam Maal Hijrah 1428

    MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

    Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

    (more…)

  • Pemergian Seorang Sahabat

    Kemarin, 9 Januari 2007. Aku dikejutkan dengan berita pemeriagan member baik aku, Faidz. Dia yang lebih mesra dengan panggilan Cat, pergi meninggalkan kami akibat kemalangan jalan raya. Aku tak sangka, kawan baik aku yang periang, sentiasa ceria dan aku sentiasa gembira bila dengan dia pergi dahulu meninggalkan kami.

    Dia merupakan classmate aku, dan aku duduk di sebelah dia, aku amat terasa dengan pemergiannya.. Dia banyak berjasa dan aku amat terhutang budi dengan dia. Dia banyak menolong aku dan aku kehilangan seorang rakan yang sukar dicari pengganti.

    Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatasnya. Aminnnn……….

  • Selamat Hari Raya Korban, Selamat Tahun Baru 2007, Selamat Tinggal 2006..

    Hari Raya Korban

    Gambar-gambar sekitar acara sembelih lembu sempena Hari Raya Korban yang diadakan di rumah tokwan kat Tambun Tulang.

    Klik Sini Untuk Ke Galeri Gambar.

    Tahun Baru?

    Tiada yang baru. Tiada azam baru dan segala-galanya lama. Hanya baru pada nama..

  • Malas ……

    Malas nk posting. Forum baru aja siap, dSpace macam biasa. Meh sapot!

    dSpace – Komuniti ala-ala myspace/fster made in Malaysia!

    dForum – Forum remaja melepak, lebih baik drpd melepak di luar, jadi rempit.