≡ Menu

Trip Ke Langkawi [3H 2M]

Pada 4 Mac 2006, crew Reflector Studio telah dijemput untuk ke Hotel Langkasuka, Langkawi untuk satu temu janji berkaitan perjanjian timbal balik membina laman web untuk hotel tersebut. Trip yang disertai oleh Aku, Hafiz aka Epih, Ariff aka Cedin, Cipun aka Saipon, dan Fakhrul aka Pandir.

Kami bertolak dari Jeti Kuala Perlis tepat jam 6.00 petang menaiki feri xXXXXxx dan selamat tiba di Jeti Kuah pada jam 7.00 petang. Ketibaan kami disambut oleh En Azhar aka Abg Azhar yang merupakan seorang pengurus di Hotel Langkasuka aka orang yang bertanggungjawab mengendalikan urusan laman web tersebut. Sejurus selepas itu, kami dibawa ke hotel untuk makan malam.

Jeti Kuah Wit En Azhar! Ref!ector Crew

Selesai makan malam, kami dibawa bersiar-siar di Langkawi Fair dan Dataran Lagenda. Tepat jam 10.00 malam, kami pulang ke hotel penginapan untuk memulakan sesi pembelajaran kami. Aku mengajar En Azhar serba sedikit bagaimana untuk memformat komputer dan tips-tips ringkas untuk menjaga dan menyelenggara komputer.

Jam 11.00 malam, kami turun ke bawah untuk mengambil supper dan En Azhar banyak menceritakan pengalamannya kepada kami untuk dijadikan pengajaran. Kami amat terharu mendengar ceritanya yang kadang-kadang sedih dan juga diselitkan dengan cerita-cerita lawak. Selepas itu kami kembali ke office untuk menyambung kelas pelajaran kami. Apabila selesai, kami bersama-sama bersetuju untuk meronda malam sekitar Pulau Langkawi. Dengan berbekalkan RM3 setiap seorang, kami mengisi minyak untuk mengembara malam. Kami menaiki kereta yang dipandu Abg Azhar dan destinasi pertama kami ialah Pantai Chenang. Kami tiba di Pantai Chenang kira-kira 2.30 pagi dan berjalan lebih 2 KM di pesisir pantai Pantai Chenang.

Selepas itu, kira-kira jam 5.40 pagi kami meneruskan perjalanan ke Petronas Quay dan singgah solat Subuh sebelum ke Tanjung Rhu kira-kira jam 6.40 pagi. Kami meluangkan masa untuk menghirup udara segar sebelum pulang ke hotel penginapan jam 8.00 pagi kerana Abg Azhar bekerja pada pagi tersebut.

Pagi kami diisi dengan aktiviti tidur dan melepak di dalam bilik dan kami dikejutkan oleh Abg Azhar pada jam 1.30 tengah hari untuk makan tengah hari dan menyelesaikan beberapa perkara yang belum diselesaikan pada sebelah malamnya. Selepas makan tengah hari, Abg Azhar menyuarakan pendapat agar kami terus tinggal di sini untuk sehari lagi kerana dia akan ke Kuala Lumpur atas urusan peribadi.

Abg Azhar: Abg nak bagi pendapat la, apa kata hampa lajak tidoq semalam dua lagi.. Seminggu pun boleh, boleh teman abang kat sini.
Epih: Kami bukan apa, banyak kerja lagi yang ada kat Perlis.
Abg Azhar: Alang-alang mai tu, biaq la lama sikit.. La macam ni la, hampa tolong abang, abang tolong hampa balik. Kita orang sekampung. Apa kata ampa tidoq aja kat bilik abang tu, FOC.
Epih: *Aduh, tak suka..*
Adam: Takpa, satgi kami buat meeting lain..
Abg Azhar: Ok, abang nak kena balik bilik sat, nak p bersiap barang nak p KL lepas Asar nanti.
Cipun: *Aduh, tak suka la macamni.. Tak suka..*

Maka, kami pun bersepakat untuk terus tinggal sehari lagi di Pulau Langkawi dan mengerjakan beberapa perkara yang belum diselesaikan. Perkara yang menjadi masalah besar kepada kami ialah pengangkutan dimana syarat untuk menyewa kenderaan sama ada motor atau kereta memerlukan si pemandu mempunyai lesen D. *Tapi, semua dok ada lesen*.. Kami hampir-hampir putus asa untuk mencari penyewa kereta kerana semua memerlukan lesen untuk memenuhi syarat. Walaupun Abg Azhar sedang dalam perjalan ke KL, namun dia banyak membantu kami bagi mendapatkan contact number penyewa kereta. Abg Azhar merekomen untuk bertanya ke kedai berhampiran. Tanpa melengahkan masa, aku pun pi kat kedai tu.

Aku: Makcik, kat sini ada sewa kereta ka?
Makcik: Ya, ada.. Encik nak sewa kereta berapa hari?
Aku: Er.. sehari berapa makcik?
Makcik: Sehari RM70 jer encik..
Aku: La ni kereta tu ada? *Dengan nada ingin tahu*
Makcik: Ada, tu depan tu.. Kereta putih tu.. *Sambil menunjuk kearah kereta Nissan AD Resort*
Aku: *Aduh, kecil saja..* Ha, pakai jadi.. Gena nak sewa?
Makcik: Mai duit, kira sewa la..
Aku: Ha, pakai jadi.. pakai jadi.. *dengan terketar-ketar, takut dia mintak lesen kereta*
Makcik: Ok, jaga elok-elok na..
Anak Makcik Yang Cun: Ha, tinggai la nombor telefon, kot ada apa-apa boleh telefon.
Aku: Ha.. Amik ni.. 012-xXXXxXXXx.. *Lalu membelahkan diri dengan perasaan gembira*

Aduh, lesen tak mintak pun makcik ni.. Epih yang mulanya muram kini kembali ceria. Kami naik ke bilik dan bersiap-siap untuk keluar bersiar-siar dan sempat menjamah makan malam di hotel. Aduh, orang tak usha pun.. Kami menuju ke Pantai Chenang untuk rilex-rilex dan lepak di Rasa Cafe, Chenang. Selepas lepak di Chenang, kami ke Awana Resort tetapi tidak dibenarkan masuk untuk orang ramai dan singgah di TM Resort bertemu Jeff yang bekerja di sana.

Dengan Nissan AD Resort Pantai Pasir Hitam

Tepat jam 2.00 pagi, kami ke Langkawi Parade yang terletak di sebelah Hotel Langkasuka untuk ke Pusat Snuker dan pulang ke bilik jam 4.30 pagi dan aktiviti kumpul daya dijalankan. Esoknya, kami bergerak awal untuk mengelilingi Pulau Langkawi. Kami singgah ke tempat-tempat menarik seperti Pantai Pasir Hitam, Petronas Quay, Kereta Kabel Gunung Mat Chincang, Air Terjun Telaga Tujuh, Makam Mahsuri dan Beras Terbakar.

Kereta Kabel! Bye bye Langkawi!

Dengan berbekal minyak yang diisi sebanyak RM 50, kami mampu mengelilingi Pulau Langkawi sehinggakan beberapa kali melalui jalan yang sama. Meter trip yang direkodkan ialah kami telah menempuh perjalanan sejauh 265 KM dalam masa 24 jam.

Perbelanjaan

Tiket Feri; RM15 x 2 = RM 30
Hotel; RM 50 x 2 = RM 100 FOC
Kereta; RM 70 / 5 = RM 14
Minyak; RM 25 + RM 10 + RM 15 = 50 / 5 = RM 10 untuk 260KM
Lain-lain; RM 50

Kesimpulan

Trip ni da best! Ini merupakan kali pertama Cipun ke Pulau Langkawi dan banyak kenangan manis telah terukir di sini. Dengan hanya berbekalkan RM 100, kami mampu survive untuk tinggal di Langkawi selama 3 hari 2 malam. Dengan adanya kereta, kami telah melalui dan singgah ke semua tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi dengan maksud lain, semua jalan di Pulau Langkawi telah kami lalui dan dah boleh hafal jalan-jalan di sini.

Rancangan Masa Depan

Trip ke Langkawi hanya RM 100? Boleh hidup ka?? Bila nak mai lagi, kena bawak lebih untuk bayaran masuk ke tempat peranginan seperti;

  • Kereta Kabel Gunung Mat Chincang – RM 25
  • Under Water World – RM 28

Jom usha gambar menarik sekitar Pulau Langkawi!

Other articles you might like;

4 comments… add one
  • manchurr March 15, 2007, 2:30 pm

    wahh! syok gler gi langkawi.. free lak tu hotel! jeles tul.. :P

  • shahkang March 16, 2007, 9:25 pm

    keh2
    wei keta kabel ada mykad x salah aku rm15 ja
    tah aku pun dah lupa

  • madnilk March 19, 2007, 9:39 pm

    wesh lain kali ajak sy juga… nak ikuttttttttttttttttttttttt buat ler rombongan york

  • 9w2kpr March 22, 2007, 1:28 am

    huhuhu………..x aci…kalo x msti km da sama.hehehe

Leave a Comment