Author: Adam Roslan

  • Jadual DMC4E Dis-Apr 2009

    Jadual DMC4E Dis-Apr 2009

    Salam.

    Dikesempatan ini, Adam berkongsi jadual ini untuk rujukan bersama. Maaf, masih dalam bentuk TXT ya. Nanti Adam siapkan dalam bentuk .DOC kalau ada kelapangan. 5 hari sebelum bertolak ke Melaka. Haha.

    * Klik untuk pembesaran.

    Update: Jadual DMC4E dalam bentuk Microsoft Word 2003, klik untuk download.

  • 3.74 dan SMS Seri Puteri Cyberjaya

    3.74 dan SMS Seri Puteri Cyberjaya

    Assalamualaikum WBT.

    Alhamdulillah selepas berhempas pulas selama 3 bulan pada semester lepas, Adam akhirnya berjaya mencapai cita-cita untuk memperoleh Anugerah Dekan. Dengan pencapaian yang banyak meningkat, Adam berjaya memperoleh 3.74 untuk semester lepas.

    Ramai yang menduga keputusan Adam akan mencetuskan kelainan, tapi Adam sendiri tidak yakin dengan keputusan yang mereka jangkakan itu. Namun setibanya dari Langkawi, Adam sendiri memeriksa keputusan peperiksaan melalui Portal i-Student UiTM.

    Tahniah juga kepada rakan-rakan yang lain yang berjaya mendapat Anugerah Dekan termasuk Hafiz, Shasha, Pdi, Capat, Alisya dan ramai lagi. Semester lepas, ramai dari kalangan Masscommers yang berjaya memperoleh Anugerah Dekan ini. Tahniah juga kepada semua ahli Berjaya Consultant, Smile Mobile dan Masscommers yang lain, semoga kecemerlangan ini akan diteruskan pada semester akan datang.

    Dan pagi tadi, Amira – adik perempuan Adam yang bongsu ada menerima sepucuk surat tawaran daripada Kementerian Pengajian Malaysia. Dia ditawarkan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Cyberjaya. Umi berusaha untuk memujuk dia agar dia ke sana demi masa depannya. Kakaknya, insya Allah akan juga menyambung pelajaran di luar Perlis selepas ini. Jadi, akan tinggal Ammar dan Umi di sini. Semua ini masih di dalam pertimbangan.

  • Yamaha Majesty YP250

    Yamaha Majesty YP250

    Salam.

    Entri pendek untuk merekod pembelian alat ganti Yamaha Majesty. Dua bulan lepas selepas Adam membuat pesanan kepada Lean Hin Motor untuk membeli kabel brake Majesty yang terputus menemui jalan hampa, Adam bertindak sendiri dengan menghubungi semua pengedar alat ganti Yamaha di seluruh Malaysia. Alasan yang diberikan oleh Awin, tokei kedai tersebut bahawa stok di Malaysia habis telah melemahkan semangat Adam pada mulanya.

    Namun, memikirkan tanggungjawab Adam untuk menjaga skuter yang arwah Abah tinggalkan ni, Adam terus berusaha untuk mencari pengganti tali brake tersebut. Setelah menjalankan pencarian di ceruk Internet, Adam hanya menemukan sebuah kedai alat ganti Yamaha yang terletak di sebelah Eropah dengan harga mencecah ratusan ringgit, walau hanya memasang niat untuk mencari di sekitar Malaysia.

    Lalu Adam membeli senaskah majalah Malaysian Bike Trader dan memulakan pencarian. Alhamdulillah, hanya ada sebuah kedai yang menyimpan stok kabel tersebut dan kedai-kedai lain hanya mampu berjanji untuk mencarikan stok untuk Adam. Dengan tanpa melengahkan masa, Adam melakukan urusniaga jarak jauh. Kabel ini berharga RM220 dan diposkan ke Perlis dari Klang, Selangor dengan kos RM10. Kedai yang dimaksudkan ialah Chear Motor Sdn Bhd, Klang (Contact No. 03-3341 4593, 012-2272998).

    Kemudian, kabel ini dipasang oleh Awin dengan mengambil upah RM20 dan menjadikan jumlah keselurahan “Kerja-kerja mengganti, memasang dan mengawalselia kabel brek Yamaha Majesty YP250” adalah berjumlah RM250.00. Tanggungjawab untuk menjaga skuter ini adalah berat kerana kos alat ganti yang mahal dan terhad. Jadi, selepas ini kalau berangan nak pakai sebuah motorsikal yang lagi besar CC-nya, eloklah menyediakan jumlah secukupnya untuk menukar alat ganti, kan?

  • Adam, Fotografi dan Jutawan

    Adam, Fotografi dan Jutawan

    Salam. Pada mulanya entri ini bertajuk Adam dan Fotografi tapi perkataan Jutawan itu ditambah selepas Adam selesai membaca satu entri di blog peribadi Saiful Nang, Million Dollar Wedding Photographer. Kita tinggalkan sebentar kisah Saiful Nang dan bercerita tentang kisah Adam dan Fotografi.

    Ilmu fotografi yang Adam miliki hingga kini hanyalah secebis daripada sebuku roti, umpamanya. Minat Adam kepada fotografi hanyalah sekadar satu hobi yang biasa. Tapi dengan peredaran masa yang cepat, hobi fotografi telah bertukar menjadi satu peluang untuk menjana pendapatan sampingan atau menjadikan bidang fotografi sebagai pekerjaan. Suatu hari nanti tidak mustahil sekiranya ruang pekerjaan di dalam Borang Pesakit Luar di hospital kerajaan diisi dengan JURUGAMBAR. Dewasa ini banyak pula yang menceburi bidang ini. Adakah Adam baru sedar yang bidang fotografi ini telah lama popular?

    (more…)

  • Nine Whiskey Two Yankee Papa Romeo

    Nine Whiskey Two Yankee Papa Romeo

    Assalamualaikum WBT. Akhirnya Adam berpeluang untuk bercerita tentang satu lagi hobi Adam iaitu Radio Amatur. Entri ini direquest oleh saudara Adib yang nampaknya amat berminat dengan hobi ini. Baiklah, tanpa bercerita panjang elok Adam mulakan entri ini dengan sekeping gambar.

    Sebagai permulaan Adam kenalkan callsign yang Adam daftarkan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) iaitu 9W2YPR atau dalam sebutan phonetik disebut “Nine Whiskey Two Yankee Papa Romeo”. Adam akan bercerita lebih lanjut apa itu callsign dan bagaimanakah hobi ini beroperasi dengan lebih lanjut selepas ini.

    (more…)

  • Kelas Fotografi #1

    Kelas Fotografi #1

    Salam.

    Hari ini Adam akan bercerita sedikit tentang Asas Fotografi yang telah Adam belajar pada semester 3 dalam kursus Komunikasi Foto atau Photo Communication. Tutorial ini akan ditulis dalam Bahasa Melayu dan dicampur dengan istilah Bahasa Inggeris sekiranya perlu. Apa yang penting di sini ialah Adam menulis mengikut kefahaman dan citation akan dibuat sekiranya Adam merujuk kepada mana-mana sumber.

    1. Asas DSLR

    DSLR atau Digital Single Lens Reflex adalah versi digital kepada SLR. Jika SLR menggunakan filem konvesional 35mm tetapi DSLR menggunakan kad memori sebagai ruang simpanan kepada gambar yang diambil.

    Jenama DSLR yang terkenal ialah Canon, Nikon, Olympus, Sony dan sebagainya. DSLR mempunyai mounting untuk diletakkan lens yang boleh dipasang dan ditanggal mengikut kehendak pengendali. Body (merujuk kepada badan kemera) dan lens pada kebiasannya akan dijual bersama dalam lingkungan harga RM1,999 dan ke atas mengikut spesifikasi kamera tersebut.

    (more…)