≡ Menu

3.74 dan SMS Seri Puteri Cyberjaya

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah selepas berhempas pulas selama 3 bulan pada semester lepas, Adam akhirnya berjaya mencapai cita-cita untuk memperoleh Anugerah Dekan. Dengan pencapaian yang banyak meningkat, Adam berjaya memperoleh 3.74 untuk semester lepas.

Ramai yang menduga keputusan Adam akan mencetuskan kelainan, tapi Adam sendiri tidak yakin dengan keputusan yang mereka jangkakan itu. Namun setibanya dari Langkawi, Adam sendiri memeriksa keputusan peperiksaan melalui Portal i-Student UiTM.

Tahniah juga kepada rakan-rakan yang lain yang berjaya mendapat Anugerah Dekan termasuk Hafiz, Shasha, Pdi, Capat, Alisya dan ramai lagi. Semester lepas, ramai dari kalangan Masscommers yang berjaya memperoleh Anugerah Dekan ini. Tahniah juga kepada semua ahli Berjaya Consultant, Smile Mobile dan Masscommers yang lain, semoga kecemerlangan ini akan diteruskan pada semester akan datang.

Dan pagi tadi, Amira – adik perempuan Adam yang bongsu ada menerima sepucuk surat tawaran daripada Kementerian Pengajian Malaysia. Dia ditawarkan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Cyberjaya. Umi berusaha untuk memujuk dia agar dia ke sana demi masa depannya. Kakaknya, insya Allah akan juga menyambung pelajaran di luar Perlis selepas ini. Jadi, akan tinggal Ammar dan Umi di sini. Semua ini masih di dalam pertimbangan.

Other articles you might like;

4 comments… add one
  • aliff cha December 21, 2008, 12:36 am

    congratulations . semoga berjaya di masa akan datang :D

  • greenia December 21, 2008, 3:47 pm

    3.74?
    tinggi jugak tuh.
    congrats,bro!
    juga untuk amira.
    :P

  • adib. December 22, 2008, 10:23 pm

    hahaaa…nk bt gila laa tu..hehe…usaha lg mesti full laa..hehe.e.weh..dapat seri puteri elok la kalau dia pi..sekolah tu ok…dan sgt best…agama pon diorang sangat2 jaga….aku tau laa sket sbb ada kawan aku sekolah kat situ..tp skrg nih dia duk kat CUCMS….hehehe :P

  • shahkang December 23, 2008, 8:24 am

    tahniah adam, dan juga kepada adik ang

Leave a Comment