≡ Menu

Nine Whiskey Two Yankee Papa Romeo

Assalamualaikum WBT. Akhirnya Adam berpeluang untuk bercerita tentang satu lagi hobi Adam iaitu Radio Amatur. Entri ini direquest oleh saudara Adib yang nampaknya amat berminat dengan hobi ini. Baiklah, tanpa bercerita panjang elok Adam mulakan entri ini dengan sekeping gambar.

Sebagai permulaan Adam kenalkan callsign yang Adam daftarkan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) iaitu 9W2YPR atau dalam sebutan phonetik disebut “Nine Whiskey Two Yankee Papa Romeo”. Adam akan bercerita lebih lanjut apa itu callsign dan bagaimanakah hobi ini beroperasi dengan lebih lanjut selepas ini.

Menurut SKMM, radio amatur atau “ham radio” didefinasikan sebagai hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubungan dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.

Pengalaman

Sebenarnya Adam terlibat dengan radio amatur melalui Putra Rovers yang menyarankan setiap ahlinya untuk mempunyai lesen untuk mengendalikan radio amatur ini. Jadi Adam bersama beberapa ahli pasukan yang lain menyertai kelas radio amatur anjuran MARTS Perlis. Selepas itu Adam mengambil Radio Amateur Examination (RAE) 1/2007 di USM Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 6 Jun 2007 dengan bayaran RM50. Nasib menyebelahi Adam kerana akhirnya Adam berjaya lulus peperiksaan tersebut dan membolehkan Adam mendapatkan lesen radio kelas B untuk mengoperasikan radio amatur ini. Sebenarnya Adam sendiri tidak percaya yang Adam akan lulus peperiksaan ini kerana Adam tidak yakin semasa menjawab, mungkin pembacaan dan sedikit pengetahuan fizik berjaya membantu Adam.

Selepas berjaya, Adam memohon lesen B dan callsign daripada SKMM Utara yang terletak di Menara UMNO Pulau Pinang. Adam memilih 9W2YPR kerana PR adalah merujuk kepada Putra Rovers (PR) dan Yankee ialah pilihan Adam. Dengan bayaran RM24 untuk satu tahun dan sejumlah Ringgit untuk kos pengoperasian, Adam akhirnya memiliki Lesen B untuk mengoperasikan stesen Adam sendiri.

Sehingga kini, Adam jarang sekali menggunakan radio amatur untuk berada di jaluran kerana mungkin atas kekangan masa yang tidak memberikan Adam peluang untuk membuat ‘kontak perdana’. Walau pernah sekali dua berada di jaluran Adam dapat mengaplikasikan cara untuk berkomunikasi. Adam lebih kerap menggunakan medium komunikasi ini ketika mengadakan konvoi bermotor atau berkereta bersama rakan-rakan kerana lebih menjimatkan dan efektif.

Bagaimana untuk sertai Radio Amatur?

Soalan ini akan menjawab semua persoalan anda yang berminat untuk melibatkan diri dalam hobi ini.

Anda mestilah berumur 14 tahun dan lulus Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B yang diadakan dua kali setahun pada Jun dan Disember dengan bayaran RM50 untuk sekali peperiksaan. Kemudian, selepas anda lulus anda bolehlah memohon callsign dan layak untuk memegang lesen kelas B. Bayaran RM24 untuk satu tahun dan RM28 untuk kos pengendalian. Kini anda layak mengoperasikan stesen radio anda dengan callsign 9W2 pilihan anda.

Sekiranya anda ingin lebih jauh dengan menaiktaraf lesen ke Kelas A dengan lulus Ujian Sijil Perakuan Kelas B dan juga lulus ujian Kod Morse dan layak menggunakan callsign 9M2.

Sebenarnya, callsign di Malaysia dimulakan dengan 9W untuk Kelas B dan 9M untuk Kelas A. Prefix ketiga iaitu 2, 4, 8, dan 6 berbeza mengikut kawasan iaitu 9W2 untuk Semenanjung Malaysia, 9W6 dan 9W8 untuk Sabah serta Sarawak.

Radio Amatur di Malaysia

Pergerakan radio amatur di Malaysia dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan terdapat banyak kelab radio amatur yang ditubuhkan untuk menggalakkan orang ramai menyertai hobi ini. Antara kelab radio amatur yang terkenal ialah MARES, ASTRA, NESRAC, PEMANCAR dan MARTS. Anda boleh ke laman web MARTS untuk mengetahui lebih lanjut tentang radio amatur.

Anda juga boleh memuat turun dokumen Standard Operating Procedure (SOP) untuk mengetahui bagaimana radio amatur ini beroperasi melalui laman web 9W2WTF.

Other articles you might like;

4 comments… add one
  • adib. December 11, 2008, 12:30 am

    nih baru permulaan..aku nk tgu part 2 plak..dekat alatan dia..barang2 dia…thanks adam..

  • Adam December 11, 2008, 1:34 am

    @adib – okayh. aku akan mula menulis bila aku rasa rajin. BTW, ang boleh refer site yang aku bagi kalau nak tau sejarah etc. :)

  • yusri June 23, 2014, 11:57 am

    Salam kontek perdana dari 9W2YSW
    Entri terkini yusri: Nama Baru AkuMy Profile

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3