≡ Menu

Kelas Fotografi #1

Salam.

Hari ini Adam akan bercerita sedikit tentang Asas Fotografi yang telah Adam belajar pada semester 3 dalam kursus Komunikasi Foto atau Photo Communication. Tutorial ini akan ditulis dalam Bahasa Melayu dan dicampur dengan istilah Bahasa Inggeris sekiranya perlu. Apa yang penting di sini ialah Adam menulis mengikut kefahaman dan citation akan dibuat sekiranya Adam merujuk kepada mana-mana sumber.

1. Asas DSLR

DSLR atau Digital Single Lens Reflex adalah versi digital kepada SLR. Jika SLR menggunakan filem konvesional 35mm tetapi DSLR menggunakan kad memori sebagai ruang simpanan kepada gambar yang diambil.

Jenama DSLR yang terkenal ialah Canon, Nikon, Olympus, Sony dan sebagainya. DSLR mempunyai mounting untuk diletakkan lens yang boleh dipasang dan ditanggal mengikut kehendak pengendali. Body (merujuk kepada badan kemera) dan lens pada kebiasannya akan dijual bersama dalam lingkungan harga RM1,999 dan ke atas mengikut spesifikasi kamera tersebut.

Pada masa kini, Nikon menguasai pasaran DSLR dengan kamera Nikon D700 untuk professional atau Nikon D90 yang baru dikeluarkan dan Canon pula terkenal dengan Canon EOS 450D untuk beginner dan model-model lain seperti Canon EOS 5D Mark II untuk professional.

2. Fungsi Kamera

Setiap DSLR akan mempunyai fungsi mode yang hampir sama iaitu automatik dan manual. Maksud Auto di sini ialah menggunakan mode potrait mode, landscapemode , close-up mode, sports mode, dan night potrait mode yang juga ada pada kamera kompak (compact kamera) biasa.

Jika manual, pengguna boleh membuat tetapan sendiri mengikut pra-syarat yang ditetapkan yang melibatkan fungsi aperture, shutter dan program AE (berbeza mengikut pengeluar). Juga yang perlu menjadi perhatian di dalam fungsi manual ialah ISO speed, white balance dan metering.

Aperture ialah bukaan lensa untuk membenarkan kemasukan cahaya. Aperture diukur dengan nilai-F atau F-number. Contoh nilai aperture ialah F1.8, F5.6 dan F22. Semakin kecil nombor, semakin besar luas bukaan dan semakin besar nombor, semakin sempit bukaan lens. Contohnya F1.8 akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk kerana bukaannya lebih luas. Aperture digunakan untuk mendapatkan gambar yang cerah atau gelap dan untuk menggunakan teknik depth of field.

Shutter ialah kiraan masa untuk shutter dibuka. Semakin rendah nilai shutter, semakin banyak cahaya akan masuk. Jika nilai shutter rendah, lebih cepat shutter akan menangkap cahaya. Konsep shutter boleh disamakan dengan kelipan mata. Semakin rendah nilai shutter seperti 1/50 akan menangkap cahaya yang banyak berbanding 1/1000.

ISO merujuk kepada tahap kepekaan cahaya. Semakin tinggi nilai ISO makan makin sensitif sensor kepada cahaya. Contoh nilai ISO ialah 100, 200, 400, 800 dan 1600. Nilai ini akan digunakan mengikut keadaan pencahyaan. Sekiranya kita mengambil gambar di bawah cahaya matahari, ISO 100 sudah memadai dan ISO 800 digunakan di tempat yang kurang pencahayaan atau tiada pencahyaan terus kepada objek. Nilai ISO yang semakin tinggi akan menjadikan gambar lebih banyak noise atau grain.

Ketiga-tiga istilah ini akan digunapakai dalam pembelajaran seterusnya. Nilai aperture, shutter dan ISO akan diubah sehingga mendapat satu nilai yang neutral iaitu 0 dalam sistem metering atau bracketing. Sekiranya pengguna gagal untuk mendapatkan nilai 0, gambar tersebut mungkin akan menjadi gelap (underexposed) atau terlalu terang (overexposed).

Other articles you might like;

5 comments… add one
  • huda December 7, 2008, 5:17 pm

    yeah..i need this

  • Adam December 8, 2008, 7:46 pm

    Selamat datang.
    Nanti ada kesempatan saya update :)

  • huda December 8, 2008, 8:49 pm

    thanks, i newbie n baru nk blaja photography so mmg basic kna tahu. baca manual pn xpham sangat. And anyway, its raya kurban, shud be Salam Aidiladha..

  • Adam December 9, 2008, 12:41 pm

    @huda
    okayh. kalau tengok memang banyak tutorial kat Internet tapi mungkin cara penyampaian berbeza aja kan.
    er, mungkin emosi tak menentu semasa taip tu, and it should be salam aidiladha rite :D

  • ARZILI March 29, 2011, 9:06 am

    saya nak belajar kelas fotografi.Murah dan senang difahami.

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3