≡ Menu

Adam, Fotografi dan Jutawan

Salam. Pada mulanya entri ini bertajuk Adam dan Fotografi tapi perkataan Jutawan itu ditambah selepas Adam selesai membaca satu entri di blog peribadi Saiful Nang, Million Dollar Wedding Photographer. Kita tinggalkan sebentar kisah Saiful Nang dan bercerita tentang kisah Adam dan Fotografi.

Ilmu fotografi yang Adam miliki hingga kini hanyalah secebis daripada sebuku roti, umpamanya. Minat Adam kepada fotografi hanyalah sekadar satu hobi yang biasa. Tapi dengan peredaran masa yang cepat, hobi fotografi telah bertukar menjadi satu peluang untuk menjana pendapatan sampingan atau menjadikan bidang fotografi sebagai pekerjaan. Suatu hari nanti tidak mustahil sekiranya ruang pekerjaan di dalam Borang Pesakit Luar di hospital kerajaan diisi dengan JURUGAMBAR. Dewasa ini banyak pula yang menceburi bidang ini. Adakah Adam baru sedar yang bidang fotografi ini telah lama popular?

Adam tidak pernah terniat untuk menjadikan bidang fotografi yang Adam ceburi ini untuk mendapat pulangan secara terus kerana Adam tahu fotografi cuma hobi yang biasa. Namun apa salahnya jika hobi yang biasa ini ditukarkan kepada satu cara untuk menjana pendapatan? Tidaksalah kan. Banyak cara untuk menjadikan bidang ini sebagai lubuk wang iaitu menjual perkhidmatan. Di Perlis sendiri, sudah ramai fotografi amatur melibatkan diri dalam perniagaan ini kerana pulangannya yang tinggi. Ramai juga rakan-rakan yang bertanyakan kepada Adam untuk melibatkan diri dalam perniagaan ini kerana Adam mempunyai secebis pengetahuan dan peralatan, namun Adam tidak yakin kerana Adam sedar diri ini masih kosong pengalaman. Suatu hari nanti…

Kalau diimbas kembali, Adam cuma pernah menjadi jurufoto di sekolah menengah selama tiga tahun dan sekali dipanggil untuk menjadi jurukamera sempena Sambutan Hari Kebangsaan Kg. Lubok Besar, Perlis dan selepas itu — sepi. Mungkin selepas ini dengan pergerakan secara kumpulan Adam dan rakan akan berusaha untuk menjadikan bidang sebagai sesuatu yang monetize seperti apa yang telah dicapai oleh photographer yang lain.

Ilmu yang Adam perolehi semasa berada di semester III akan Adam aplikasikan dan Alhamdulillah, hari ini seharian Adam telah menurunkan ilmu fotografi Adam kepada seorang rakan yang minatnya begitu mendalam dalam fotografi ini. Semoga kejayaan akan terus bersamanya.

Sepatutnya entri kali ini Adam inginkan sesuatu yang lain dan lebih bersemangat daripada entri yang lepas kerana malam ini Adam sudah menghabiskan sehingga 9 mukasurat dan berpuluh entri daripada blog SaifulNang. Banyak pengalaman yang dikongsikan kepada pengikut setia blognya. Adam amat tertarik dengan satu entri bertajukBenarkah? yang mana seorang jutawan menjadikan kata-kata beliau sebagai pemangkin untuk kembali bangkit setelah dirudum kegagalan. Jika seorang jutawan boleh mengikut jejak langkah seorang jutawan muda, bagaimana Adam yang masih mentah di sini?

Adam terpasang niat di hati untuk mendapatkan sesalinan e-book yang dijual oleh saudara SaifulNang, The Million Dollar Photographer yang dijual pada harga RM50 untuk satu salinan dan akan disumbangkan untuk pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin (Rumah perlindungan anak-anak yatim, OKU, ibu tunggal dan golongan asnaf) di Sg. Ramal Baru, Kajang Selangor. Ilmu boleh dicari, tapi masih ada yang perlu dibeli. Apalah nilai RM50 untuk sebuah buku yang Adam rasa akan dijadikan sebagai contoh panduan dalam menjadi seorang Adam Roeslani yang berjaya di dunia dan juga di akhirat nanti, InsyaAllah.

P/S – Maaf jika tiada kata-kata yang mencetuskan semangat seperti yang dijanjikan, juga dengan penggunaan ayat dan kata-kata yang meleret. Haha. Profession vs Passion, yang mana penting?

Other articles you might like;

9 comments… add one
  • aliff cha December 12, 2008, 10:08 pm

    passion .

  • Adam December 12, 2008, 10:11 pm

    @cha – thanks.

  • TuN TeJa December 13, 2008, 5:51 pm

    jom melangkah ke hadapan setapak..nak x?hehe..cari la customer..start ngan sedara dulu..try..test market kata org..mna tau..if keja gempak, dia akan rekemenkan ke kwn2 yg len..

  • Adam December 13, 2008, 9:15 pm

    @TuN TeJa – InsyaAllah. Dalam masa terdekat kita cuba dengan join OL dalam industri untuk cari pengalaman. =) Niat dah ada, usaha kena lebihkan.

  • Viere December 14, 2008, 12:54 pm

    Setiap pekerjaan dan hobi memerlukan keberanian dan kepercayaan. Bila kita dah berani dan diberi kepercayaan nescaya kita tak mencari orang, tapi orang akan mencari kita. Pengalaman boleh ditimba sedikit demi sedikit. Jika kita tak berani umpama kita tak mau mencari pengalaman/peluang yang ada di mana-mana sahaja.

    Jika ada peluang jangan lepaskan.. Jangan jadi orang yang terlepas peluang…

    Kadang-kadang kita tak beringat. Tapi apabila dah terlepas baru tergadah, menyesal tak sudah.

    Ingat kata-kata ni
    “Takkan lari rezeki dikejar”

    Kadang-kadang kita taktau rezeki kita kat mana. Mungkin dulu kita minat Public Relationship. Tapi akhirnya rezeki dalam fotografi. Mungkin Allah sembunyikan 1 Juta di dalam bidang fotografi untuk kita.

  • Adam December 14, 2008, 8:35 pm

    @Viere – Terima kasih atas kata-kata semangat.

    Memetik kata-kata mendiang Lim Goh Tong, “Kita mesti percaya dan yakin pada diri sendiri. Jika anda percayakan sesuatu, teruskan. Jangan fikir negatif, dalam perniagaan – lakukan secara berperingkat walaupun perlahan asalkan ia tindakan tepat, elakkan diri daripada bersikap tikam belakang dan jangan mencari musuh.”

  • greenia December 16, 2008, 10:17 pm

    berusaha tetapkan berjaya
    :D

  • Viere December 19, 2008, 5:36 am

    Ia juga beserta dengan doa..

    Ya Allah,
    sekiranya rezeki kami berada di langit,
    maka turunkanlah ia;
    jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
    dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
    Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
    dekatkanlah ia;
    jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
    dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
    mudahkanlah ia,
    serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
    dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
    dengan rahmatMu,
    wahai Yang Maha Pengasihi
    diantara yang pengasih.

  • Adam December 20, 2008, 2:30 am

    @Viere – Amin….

Leave a Comment