Author: Adam Roslan

  • Menjelang 22

    Hai. Hari ini sudah empat hari kita berada di tahun baru 2011. Tiga hari lepas ialah tarikh kelahiran adinda kesayangan, Nur Hawa Illani dan Nur Amira Illani. Juga hari kelahiran Chenta tersayang. Mereka sudah semakin besar, sama seperti usia kakanda mereka. Selamat Hari Lahir! Tanggal 2011, kami yang sama-sama lahir pada tahun 1989 akan merubah daripada angka 21 kepada 22 tahun. Sungguh cepat masa berlalu.

    Hari ini, bermula kehidupan sebagai siswa semester empat di FKPM, UiTM Shah Alam. Hari mula, minggu pertama terasa masih ada lagi berat-berat untuk memulakan pembelajaran atau ke kelas. Biasalah, minggu pertama mana ada lecturer masuk kelas. Habis sangat, dia bagi balik awai.

    Rimas bila orang bercakap pasal azam. Tapi itulah klisenya apabila menjelang tahun baru. Bila sudah besar, mungkin azam pun dah boleh jadi yang betul betul serius. Azam nak kawin, azam nak jadi orang senang, azam nak itu, azam nak ini. Tapi, disebalik azam itu tiada diselitkan usaha. Kalau ada pun, cukup sekadar hangat-hangat tahi ayam.

    Calon pun ada nun jauh di sana. Sekali sekala ada buat perancangan untuk ke arah itu. Jiwa muda lain sikit kehendaknya. Tak salah kalau merancang, bila rezeki sampai, Alhamdulillah.

    Tahun 2010 banyak memberi kesedaran atau kekuatan untuk kita meneruskan tahun tahun mendatang, itu pun kalau dipanjangkan usia. Selamat 2011. Sama-sama berubah kearah kejayaan. Makin besar angka, makin besar tanggungjawab.

    P/S: Tak kena tema.

  • Piala AFF Suzuki 2010: Video Gol Malaysia lwn Indonesia

    Piala AFF Suzuki 2010: Video Gol Malaysia lwn Indonesia

    Final Pertama Piala AFF Suzuki 2010 (Malaysia 3 – Indonesia 0)

    60:15 – Gol padang oleh Safee Sali selepas 5 minit perlawanan dihentikan akibat insiden laser hijau yang dikomplen penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina.
    67:25 – Gol padang oleh Ashaari Shamsudin oleh Shahrul Idhan Talaha.
    71:55 – Gol tandukan oleh Safee Sali menewaskan Markus.
    80:25 – Amri Yahyah dimasukkan menggantikan Safee Sali. Safee Sali merupakan penjaring terbanyak kejohanan sebanyak 4 gol.
    89:35 – Sabree Abu menggantikan Mahali Jasuli
    90:00 – Indonesia memasukkan Bambang Pamungkas.

    (more…)

  • Tahniah Harimau Malaya!

    Tahniah Harimau Malaya!

    Seperti yang diramalkan, Malaysia akhirnya berjaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 walaupun tewas 2-1 di Stadium Glora Bung Karno, Jakarta hari ini. Walaupun tewas, skuad Harimau Malaya menang dengan agregat 4-2. Safee Sali sekali lagi menjadi wira Malaysia apabila menjaringkan gol pada minit ke-54.

    Indonesia sebelum itu mempunyai peluang menjaringkan gol pada minit ke-15 tetapi sepakan penalti Firman Utina berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. Indonesia akhirnya mendapat gol penyamaan pada minit ke-72 hasil jaringan Mohammad Nasuha. Pada minit ke 88, Indonesia mendapat gol kedua selepas sepakan Muhammad Ridwan terkena pertahanan Malaysia sebelum menerjah jaring.

    (more…)

  • Final Kedua Piala AFF Suzuki 2010 – Indonesia lwn Malaysia

    Final Kedua Piala AFF Suzuki 2010 – Indonesia lwn Malaysia

    Harimau Malaya

    Kurang sejam lagi, perlawanan Final Kedua Piala AFF Suzuki 2010 antara Indonesia lwn Malaysia akan berlangsung di Stadium Glora Bung Karno, Jakarta. Malam ini kita akan disajikan siapa sebenarnya yang berhak dan layak menjulang Piala AFF Suzuki.

    Cerita-cerita lepas akan dilupakan oleh pemain Indonesia dan mereka akan cuba bangkit untuk mendapatkan sekurang-kurangnya empat gol pada malam ini bagi mengatasi kelebihan Malaysia. Bagi pasukan Malaysia, mereka pasti akan bermain dengan lebih berhati hati bagi mengelakkan kubu pertahanan Harimau Malaya di bocori.

    (more…)

  • Wahai Penyokong Fanatik Malaysia dan Indonesia!

    Assalamualaikum WBT.

    Saya rasa ini tanggungjawab saya untuk menegakkan benang yang basah antara penyokong fanatik Malaysia dan Indonesia dalam isu sinar laser hijau dalam perlawanan yang membabitkan Malaysia dan Indonesia dalam perlawanan Final Pertama Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tahniah atas kemenangan yang bergaya dalam perlawanan tersebut. Tahniah juga kepada penyokong Malaysia dan Indonesia yang membanjiri stadium tersebut, dianggarkan 85,000 penyokong pada malam tersebut.

    Terima kasih kepada editorial Tabloid Kosmo yang memetik posting yang lepas. Trafik percuma untuk hari ini. Tujuan pendedahan video itu sebenarnya untuk mendedahkan isu laser ini bukan hanya berlaku pada malam tersebut tetapi ‘hantu’ yang bermain laser ini sudah berada di stadium sejak perlawanan peringkat kumpulan lagi.

    (more…)

  • Review Part 3 Broadcasting

    Hai. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Penyiaran di UiTM Shah Alam. Tak lama lagi kita akan bersama-sama berselisih di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam yang terletak jauh di atas bukit sana.

    Suka untuk saya berkongsi pengalaman lepas tentang subjek yang dipelajari sepanjang semester lepas. Mungkin boleh dibuat panduan, yang buruk dijadikan sempadan. Hal hal kehidupan, adik adik boleh fikir sendiri lah ya!

    Berikut adalah kursus yang ditawarkan untuk Semester 3:

    1. BEL482 – BUSINESS AND PROFESSIONAL COMMUNICATION – TF
    2. BGM401 – GERMAN LANGUAGE I – TF
    3. BRO530 – RADIO BROADCASTING – TF
    4. BRO531 – SCRIPT WRITING FOR ELECTRONIC MEDIA – TF
    5. BRO532 – ANIMATION TECHNIQUES – TF
    6. COM566 – COMMUNICATION RESEARCH AND METHODS – F
    7. CTU553 – ETHNIC RELATIONS – F
    8. JRN412 – ONLINE JOURNALISM – TF
    9. LIB501 – MANAGEMENT – TF

    (more…)