≡ Menu

Tahniah Harimau Malaya!

Seperti yang diramalkan, Malaysia akhirnya berjaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 walaupun tewas 2-1 di Stadium Glora Bung Karno, Jakarta hari ini. Walaupun tewas, skuad Harimau Malaya menang dengan agregat 4-2. Safee Sali sekali lagi menjadi wira Malaysia apabila menjaringkan gol pada minit ke-54.

Indonesia sebelum itu mempunyai peluang menjaringkan gol pada minit ke-15 tetapi sepakan penalti Firman Utina berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. Indonesia akhirnya mendapat gol penyamaan pada minit ke-72 hasil jaringan Mohammad Nasuha. Pada minit ke 88, Indonesia mendapat gol kedua selepas sepakan Muhammad Ridwan terkena pertahanan Malaysia sebelum menerjah jaring.

Safee Sali merupakan penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol. Firman Utina menjadi pemain paling bernilai kejohanan.

Other articles you might like;

6 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3